FILEM yang masih baru di pawagam pada hari ini ialah filem daripada genre seram yang bertajuk "Momok jangan cari Pasal", filem ini mungkin juga boleh dikatakan seram komedi berdasarkan apa yang telah Mat Kecoh tonton sebelum ini. Filem ini sebenarnya diarahkan oleh M. Jamil. Antara pelakon-pelakon yang membintangi filem ini ialah Wan Raja, Sharifah Sheril Aida, Myza Aryqa, M. Jamil dan juga Ruminah Sidek. Sebelum kita terus melalut ke lain, adalah lebih elok Mat Kecoh mengulas sedikit berkenaan filem ini. Terlebih dahulu Mat Kecoh nak mohon maaf kat M.Jamil, namun adalah lebih baik Mat Kecoh berterus terang daripada menyembunyikan apa yang benar demi untuk menjaga hati M.Jamil. Adalah diharap M. Jamil dapat menerima ulasan Mat Kecoh ini seadanya dan anggaplah ia kritikan yang membina.
0 Comments
LAMA juga Mat Kecoh tak mengemaskini blog ini, bukan kerana Mat Kecoh sengaja tak nak kemaskini blog ini, ye makluma sajalah banyak tugas-tugas Mat Kecoh perlu selesaikan, beberapa kali Mat Kecoh pernah mencuba untuk meluangkan masa untuk mengemaskini blog ini tetapi apakan daya kita hanya mampu merancang tuhan sahaja yang menentukan kejayaanya. Pada artikel kali ini, Mat Kecoh ingin berkongsi dengan korang semua sebuah filem yang telah mendapat sambutan hangat di kalangan penonton baru-baru ini. Filem yang Mat Kecoh maksudkan ialah Filem Nongkrong. Antara barisan pelakon yang membintangi filem Nongkrong adalah Shaheizy Sam, Angah Raja Lawak, Epy Raja Lawak, Nuremy Nadia, Mon Ryanti, Fyza Kadir, dan Liana Rafiai. HARI ini Mat Kecoh ingin berkongsi dengan korang semua mengenai sebuah filem yang sedang menghangatkan pawagam tanah air, filem yang Mat Kecoh maksudkan ialah Filem Jidin Sengal. Filem ini diarahkan oleh Nur Esmi Zahara Bt. Yusof dan diterbitkan oleh Outloud Studio Sdn. Bhd. Genre bagi filem ini adalah komedi. Manakala, durasi bagi filem ini ialah 90 minit. Filem ini terletak di dalam kategori Filem Cereka dan diklasifikasikan (U) atau lebih tepat lagi kalau kita katakan Untuk Tontonan Umum. Antara pelakon-pelakon yang membintangi Jidin Sengal adalah Along Cham sebagai Jidin yang merupakan Watak Utama di dalam filem ini, Angah Raja Lawak sebagai Bob Dobot yang juga merupakan pelakon utama filem ini, Jue Aziz sebagai Amy, Faezah sebagai Ella Sunti, Zack sebagai Iskandar, Azrul Zaidi sebagai Jay-Z, Ernie Chen sebagai Pengarah Ernie, Natalie sebagai Farah, Amyza Aznan sebagai Director Telemovie, dan Norman Hakim sebagai Cameo Pelakon Lelaki. ALHAMDULILLAH hari ini Mat Kecoh berkesempatan untuk mengemaskini blog Mat Kecoh. Sebenarnya beberapa hari yang lepas sudah beberapa kali Mat kecoh cuba untuk mengemaskini blog ini tetapi sepertimana kata orang kita hanya mampu merancang tuhan sahaja yang menentukan, pada masa yang lepas Mat Kecoh tidak meluangkan masa dengan blog ini kerana terlalu sibuk dengan tugas-tugas harian Mat Kecoh. Hari ini Mat Kecoh akan berkongsi dengan korang semua satu info mengenai filem Bujang Terlajak yang telah pun ditayangkan di pawagam berhampiran anda. Walaubagaimanapun Mat Kecoh tidak berkesempatan untuk menonton filem ini di pawagam namun oleh kerana sekarang ni ASTRO telah menyediakan perkhidmatan Astro First dapatlah juga Mat Kecoh menonton filem ini. Filem Bujang Terlajak ini diarahkan oleh Prof. Madya Abd. Razak Mohaideen yang sememangnya sudah sinonim dengan filem-filem ber'genre' komedi ini. Filem ini menampilkan tiga pelawak tanah air yang cukup terkenal iaitu Saiful Apek, Johan Raja Lawak Astro 1 dan Nabil Raja Lawak Astro 2. MAT KECOH nak kongsi dengan korang semua pada hari ini satu info mengenai satu filem yang mungkin akan membuatkan semua pawagam-pawagam di tanah air menjadi kecoh. Kali ini Mat Kecoh ingin berkongsi info tentang filem yang berada di dalam genre seram....Mat Kecoh tak nak buat korang tertaya-tanya lagi apa tajuk filem tersebut....Filem yang Mat Kecoh maksudkan ialah Filem Sumpahan Kum Kum.
Apa yang Mat Kecoh dapat tahu filem ini diarahkan oleh Pengarah yang sama yang mengarahkan filem Ngangkung, di mana Mat Kecoh diberitahu kutipan filem tersebut telah mencecah RM 8.45 juta. Wow! duit ni kalau dapat kat Mat Kecoh terpaksalah Mat Kecoh tukar nama jadi Mat Kaya pula....hhehe, Oh ya sebelum Mat Kecoh terlupa nama Pengarah Filem Sumpahan Kum Kum ini ialah Ismail Bob Hashim. Di dalam sesebuah filem, pelakon memainkan peranan yang amat penting....Mat Kecoh diberitahu antara pelakon-pelakon yang membintangi filem Sumpahan Kum Kum adalah Fezrul Khan, Putri Mardiana, Farisya Fatin, Lydiawati, Kaza dan dua lagi pendatang baru iaitu Shima Anuar dan Wawa Zainal. KALI ini Mat Kecoh nak berkongsi dengan anda semua yang Mat Kecoh sayangi sebuah lagu yang tengah 'top' dekat carta Era fm. Lagu ini bertajuk "Beribu Sesalan". Lagu ini dinyanyikan oleh 3 Suara. Memang asyik juga Mat Kecoh dengar lagu ni tak ada 'beribu sesalan' kalau korang semua mendengar dan menonton lagu ini.
Sebelum tu, Mat Kecoh nak beritahu bahawa 3 Suara ialah hasil gabungan tiga orang penyanyi hebat. Penyanyi-penyanyi yang Mat Kecoh Maksudkan ialah Jaclyn Victor, Ning Baizura, Shylla Amzah. Mat Kecoh rasa adalah lebih elok sekiranya terlebih dahulu Mat Kecoh Kongsikan lirik lagu Beribu Sesalan terlebih dahulu untuk memudahkan korang semua mendengar sambil menyanyi lagu ini. |
Mat Kecoh
Mat Kecoh yang sentiasa kecoh dengan pelbagai isu sensasi dan terkini.... Archives
May 2019
Kategori
All
|