FILEM yang masih baru di pawagam pada hari ini ialah filem daripada genre seram yang bertajuk "Momok jangan cari Pasal", filem ini mungkin juga boleh dikatakan seram komedi berdasarkan apa yang telah Mat Kecoh tonton sebelum ini. Filem ini sebenarnya diarahkan oleh M. Jamil. Antara pelakon-pelakon yang membintangi filem ini ialah Wan Raja, Sharifah Sheril Aida, Myza Aryqa, M. Jamil dan juga Ruminah Sidek. Sebelum kita terus melalut ke lain, adalah lebih elok Mat Kecoh mengulas sedikit berkenaan filem ini. Terlebih dahulu Mat Kecoh nak mohon maaf kat M.Jamil, namun adalah lebih baik Mat Kecoh berterus terang daripada menyembunyikan apa yang benar demi untuk menjaga hati M.Jamil. Adalah diharap M. Jamil dapat menerima ulasan Mat Kecoh ini seadanya dan anggaplah ia kritikan yang membina. Terus terang Mat Kecoh katakan filem ini antara filem yang paling teruk yang pernah Mat Kecoh tonton, jalan cerita yang membosankan, sukar untuk memahami apa yang cuba diceritakan oleh filem ini. Pendek kata filem ini merupakan filem yang gagal. Apa yang Mat Kecoh dapat lihat filem ini seperti dibuat secara tergesa-gesa sehinggakan ia menyebabkan penonton cepat bosan apabila menontonya, tambahan pula ada lawak yang merapu dan kadang-kadang tak ada punch line dia. Jelas mengambarkan filem ini kurang idea yang menarik. Walaupun filem ini tidak menarik langsung dan juga membosankan tetapi tidak bermakna Mat Kecoh tak perlu berkongsi sipnopsis filem ini. Bagi mereka-mereka yang ingin mengetahui sipnopsis filem tersebut boleh dapatkan di bawah ini: M.Jamil bersama krew produksinya sedang melakukan penggambaran filem MOMOK - Jangan Cari Pasal!. Penggambaran filem ini sering terganggu pada setiap adegan seram cuba dijalankan. Sejak hari pertama penggambaran, krew, pelakon dan tenaga kerja yang terlibat telah diganggu oleh ‘Momok’ dan kejadian-kejadian yang aneh dan penuh misteri. Bermula dengan babak Rasuk di mana pelakon Sheril Aida dan Wan Raja telah benar-benar dirasuk. Penggambaran tergendala. Begitu juga dengan hari-hari seterusnya yang melibatkan babak Pontianak dan Pocong di mana gangguan di babak Pontianak dan Pocong mengakibat beberapa pelakon dan krew produksi jatuh sakit. Pelbagai kejadian seram dan lucu yang telah berlaku yang turut membuat penggambaran tergendala. Ajaq dan Kamarul, dua orang pelakon mula menimbulkan kerenah mengganggu pengarah dan krew kerana terpaksa menunggu lama di lokasi. Maka terjadilah pula cinta lokasi di antara Ajaq dan Liza, si mekap artis. Kehampaan dan gangguan di lokasi juga telah menyebabkan beberapa pelakon dan krew produksi turut diserang histeria. Akhirnya sebagai pengarah, M.Jamil mengambil keputusan untuk ‘berhenti seketika’ dari membuat penggambaran bagi membolehkan beliau membuat majlis doa selamat dan tolak bala. Berjayakah penggambaran diteruskan selepas itu? Ke mana hilangnya Ajaq, pelakon baru yang terlalu minat untuk berlakon namun akhirnya lari ketika di set penggambaran? Mungkinkah beliau telah disorok Bunian? Bagaimana Pocong dan Pontianak sebenar mengganggu pengambaran? Apakah kemunculan kucing hitam di lokasi penggambaran sebagai jelmaan ‘MOMOK’ untuk memberitahu sesuatu? Dapatkah filem ini akhirnya disiapkan oleh M.Jamil walaupun hampir kesemua krewnya diganggu? Semuanya bakal terjawab dalam filem bergenre Komedi Thriller …. “Momok.. Jangan Cari Pasal!” (Tak Pasal-Pasal Cari Pasal!) Video Trailer Momok Jangan Cari Pasal MAT KECOH: Kecoh betul orang dok mengata dengan filem yang gagal ini.
0 Comments
Leave a Reply. |
Mat Kecoh
Mat Kecoh yang sentiasa kecoh dengan pelbagai isu sensasi dan terkini.... Archives
May 2019
Kategori
All
|