![]() HARI ini Mat Kecoh ingin Berkongsi sebuah lagu yang semakin popular sejak akhir-akhir, bertambah popular pasca program Raja Lawak Astro Peringkat Akhir. Lagu yang mat kecoh maksudkan ialah Anak Kampung, lagu ini dinyanyikan oleh Jimmy Palikat. Lagu Anak Kampung atau lagu Asalnya Tanak Kampung semakin mendapat sambutan hangat di kalangan peminat-peminat muzik tanah air, Lagu ini menjadi semakin popular apabila ianya turut dinyanyikan oleh salah satu kumpulan yang menyertai Raja Lawak Astro. Sebenarnya, lagu ini berasal dari Sabah, siapa duga lagu yang berasal daripada Sabah mampu terkenal di seluruh Malaysia termasuk di Semenanjung Malaysia. Inilah yang boleh katakan sebagai lagu 1Malaysia.
0 Comments
![]() HARI ini Mat Kecoh ingin berkongsi dengan korang semua mengenai sebuah filem yang sedang menghangatkan pawagam tanah air, filem yang Mat Kecoh maksudkan ialah Filem Jidin Sengal. Filem ini diarahkan oleh Nur Esmi Zahara Bt. Yusof dan diterbitkan oleh Outloud Studio Sdn. Bhd. Genre bagi filem ini adalah komedi. Manakala, durasi bagi filem ini ialah 90 minit. Filem ini terletak di dalam kategori Filem Cereka dan diklasifikasikan (U) atau lebih tepat lagi kalau kita katakan Untuk Tontonan Umum. Antara pelakon-pelakon yang membintangi Jidin Sengal adalah Along Cham sebagai Jidin yang merupakan Watak Utama di dalam filem ini, Angah Raja Lawak sebagai Bob Dobot yang juga merupakan pelakon utama filem ini, Jue Aziz sebagai Amy, Faezah sebagai Ella Sunti, Zack sebagai Iskandar, Azrul Zaidi sebagai Jay-Z, Ernie Chen sebagai Pengarah Ernie, Natalie sebagai Farah, Amyza Aznan sebagai Director Telemovie, dan Norman Hakim sebagai Cameo Pelakon Lelaki. ![]() LAMA juga Mat Kecoh tidak mengemaskini blog ini, ekoran daripada Mat Kecoh terlalu sibuk dengan tugas-tugas harian Mat Kecoh sehinggakan tiada masa untuk Mat Kecoh mendampingi blog ini, namun setelah sekian lama akhirnya Mat Kecoh mempunyai masa terluang jadi Mat Kecoh pun tidak mensia-siakan masa terluang ini untuk mengemaskini blog ini. Sepanjang peninggalan Mat Kecoh bermacam-macam isu hangat telah menghangatkan tanah air kita yakni Malaysia. Paling baru sekali ialah Perhimpunan Bersih 3.0 yang diadakan di Dataran Merdeka baru-baru ini. Sebelum Mat Kecoh mengulas lebih lanjut mengenai Perhimpunan Bersih 3.0 terlebih dahulu ingin ditegaskan di sini bahawa Mat Kecoh seorang yang berkecuali dan tidak menyokong mana-mana pihak, bagi Mat Kecoh adalah lebih baik ianya diulas menggunakan pandangan Mat Kecoh sendiri dan tidak menyebelahi mana-mana pihak. |
Mat Kecoh
Mat Kecoh yang sentiasa kecoh dengan pelbagai isu sensasi dan terkini.... Archives
September 2015
Kategori
All
|