![]() MAT KECOH percaya ramai yang berada di luar sana telah mengetahui tentang Deklarasi Menuntut DS Najib Razak meletak jawatan anjuran bersama mantan Perdana Menteri Tun Mahathir Mohammad dan juga pembangkang. Secara dasarnya Mat Kecoh turut bersetuju dengan pandangan yang dilontarkan oleh Tun Mahathir, kerana DS Najib Razak terbukti gagal menjadi Perdana Menteri yang cemerlang, lihat sahaja ketidaktentuan ekonomi dan kejatuhan nilai Ringgit yang gagal diatasi oleh DS Najib Razak selaku Perdana Menteri. Malah tidak nampak sebarang usaha oleh DS Najib Razak untuk memulihkan ekonomi dan juga mengukuhkan nilai ringgit, sebaliknya beliau lebih mementingkan usaha-usaha untuk memperkukuhkan kedudukanya sebagai Perdana Menteri dengan membuat tindakan-tindakan drastik berupa pemutihan dengan memecat sesiapa sahaja yang tidak sebulu denganya dengan cara terang-terangan mahupun cara yang penuh tersirat. Dewasa ini rakyat sebenar-benarnya tertekan dengan situasi ekonomi negara. Keadaan ekonomi negara sekarang ini, benar-benar memberikan tekanan dan kesusahan kepada rakyat. Adakah ini yang dikatakan yang dipilih rakyat? Kerajaan yang dipilih rakyat akhirnya menyusahkan rakyat sekaligus kerajaan Dinasti Najib Razak telah menyebabkan UMNO telah disenarai hitam oleh rakyat dan tunggu masa dan ketika sahaja untuk rakyat Meisytiharkan UMNO Muflis dengan memilih pembangkang pada PRU14 kelak. Tiada guna lagi DS Najib Razak mempertahankan jawatanya kerana sememangnya kedudukanya telah terjejas walaupun beliau mampu mempertahankan kedudukanya di dalam UMNO, beliau belum tentu mampu mempertahankan kedudukanya sebagai Perdana Menteri, beliau kena ingat Rakyat adalah hakim negara.
0 Comments
![]()
HARI ini Mat Kecoh mahu berkongsi dengan korang semua sebuah gajet keluaran terbaru Samsung. Model terbaru Samsung ini menjadi kegilaan muda-mudi masakini yang ternyata begitu taksub dengan telefon pintar. Model terbaru samsung yang Mat Kecoh maksudkan ialah Samsung Galaxy S6.
Mat Kecoh berharap moga maklumat yang bakal Mat Kecoh berikan ini akan menjadi panduan berguna buat semua pembaca setia blog Mat Kecoh ini. Maklumat berkenaan telefon pintar Samsung Galaxy S6 adalah sepertimana di bawah ini: KELUARAN: Samsung Mobile TEKNOLOGI RANGKAIAN: GSM / HSPA / LTE DIMENSI: 143.4 x 70.5 x 6.8 mm (5.65 x 2.78 x 0.27 in) BERAT: 138g SKRIN: Corning Gorilla Glass 4 back panel SIM: NANO-SIM Maklumat Lanjut boleh baca di sini. VIDEO PREVIEW SAMSUNG GALAXY S6
MAT KECOH: Nanti ada modal Mat Kecoh pun nak sambar satu...hahaha
|
Mat Kecoh
Mat Kecoh yang sentiasa kecoh dengan pelbagai isu sensasi dan terkini.... Archives
September 2015
Kategori
All
|