HARI ini Mat Kecoh nak kongsi dengan korang semua tutorial khas pemasangan MyFreeView TV atau lebih dikenali dengan nama MyTV. MyTV adalah satu projek khas oleh kerajaan untuk pengalihan sistem analog sebelum ini kepada sistem digital sepenuhnya untuk kemudahan rakyat marhaen. Ramai penerima set dekoder MyTV mengadu tidak pandai untuk membuat pemasangan.
Oleh kerana Mat Kecoh memang suka untuk menolong korang semua, kali ini Mat Kecoh akan kongsikan cara-cara pemasangan MyTV dengan beberapa langkah yang mudah untuk korang semua fahami, dalam masa yang sama Mat Kecoh mahu ucapkan tahniah kepada kerajaan kerana berjaya mengadakan peralihan dari sistem analog kepada digital sepenuhnya.
0 Comments
POWER dan MANTAP itulah yang Mat Kecoh boleh gambarkan bila menonton video dua pasangan kembar menyanyikan lagu Aisyah diiringi oleh petikan gitar, namun Mat Kecoh tidak mengetahui samaada pemetik gitar tersebut adakah Ayah mereka berdua atau tak dan tidak pasti juga apakah hubungan di antara pemetik gitar tersebut dengan pasangan kembar terbabit.
Khabarnya pasangan kembar ini berasal dari Sandakan, Sabah Malaysia. Video mantap pasangan kembar ini telah dimuat naik ke laman video yang tidak kurang popularnya di kalangan netizen-netizen negara kita. Korang semua patut bangga dengan bakat yang ada pada dua kanak-kanak riang ribena ini kerana video mereka di dalam Youtube telah mencapai 75, 500 tontonan setakat artikel ini ditulis. \ Korang semua mungkin tak sangka yang pasangan kembar ini begitu berbakat besar sehinggakan suaranya setanding dengan penyanyi yang lebih usianya daripada mereka berdua. Mat Kecoh berharap ada pihak yang berminat untuk membawa bakat yang ada pada mereka pergi lebih jauh lagi.
BOCEY sebuah kumpulan lawak jenaka yang cukup terkenal masa kini. Kalau cakap Abam Bocey sudah tentunya ramai yang mengenalinya. Kemampuan kumpulan Bocey dalam membuat lawak-lawak yang akan membuat korang semua tidak kering gusi menontonya. Malah antara kelebihan kumpulan Bocey ialah mampu membuat lawak jenaka bercorak muzikal bukan sahaja korang semua akan terhibur dengan lawaknya malah suara mereka yang lunak juga menambahkan umpphh yang ada bagi kumpulan ini.
Kumpulan Bocey pada asalnya dilahirkan di rancangan realiti tv yang dikendalikan oleh stesen tv swasta yang cukup terkenal tanah air iaitu TV3, salah sebuah subsidiari Media Prima menerusi rancangan Bintang Mencari Bintang. Selepas mencapai kejayaan di dalam rancangan Bintang Mencari Bintang mereka terus mencuba nasib dengan menyertai Maharaja Lawak Mega yang dikendalikan oleh pihak ASTRO. Dari situlah bermulanya beberapa kisah-kisah kejayaan mereka sehinggakan mereka menjadi popular bukan sahaja lawaknya yang bersahaja malah suara mereka yang lunak merdu yang mampu membuatkan korang semua terpukau apabila menontonya. Kali ini Mat Kecoh memilih untuk berkongsi dengan korang semua Video Bocey To Moment sepanjang mereka berada di dalam rancangan Maharajalawak Mega 2017. Mungkin video ini sedikit sebanyak dapat memberi sokongan moral buat Bocey sepanjang perjalanan mereka sejak bergelar Maharaja Lawak ini.
HEBAT, MENARIK. SANGAT BAGUS entah apa lagi yang mat kecoh nak cakap tentang kehebatan 5 remaja yang cover lagu Despacito dengan suara yang mempunyai kelas penyanyi dunia atau antarabangsa. Kehebatan 5 remaja ini memang sepatutnya diakaui. Mat Kecoh berharap lebih banyak lagi bakat-bakat dalam dunia seni suara ini diketengahkan pada masa-masa yang akan datang.
Korang semua jangan dengki pulak dengan bakat-bakat yang ada pada mereka berlima ni. Korang semua kena akur yang bakat itu Anugerah Allah jadi jangan berlagak pandai nak kecam mereka. Biarkan mereka ingin tonjolkan bakat mereka kerana tiada gunanya sekiranya bakat itu hanya dipendam semata-mata. Despacito satu lagu yang memang menghiburkan, Mat Kecoh percaya hampir semua dari korang semua adalah peminat lagu ini. Jadi alang-alang Mat Kecoh dah kongsi video 5 remaja cover lagu Despacito ini adalah lebih baik Mat Kecoh pun turut sama kongsikan lirik lagu Despacito.
MUNGKIN korang semua dah tahu mengenai majalah Mastika yang sentiasa memuatkan cerita-cerita seram berunsur mistik. Mungkin ada di antara korang semua adalah peminat majalah mastika. Mat Kecoh sendiri pun sebenarnya penggemar majalah mastika namun sejak akhir-akhir ini sahaja Mat Kecoh kesuntukkan masa untuk mendapatkan majalah tersebut.
Baru-baru ini Mat Kecoh mendapat maklumat bahawa beberapa cerita dari Mastika akan diterbitkan dalam bentuk siri TV. Siri Cerita dari Mastika ini ditayangkan di saluran Astro Prima dan Astro Maya pada setiap hari rabu jam 10.30 malam. Jadi jangan lupa simpan dalam jadual tontona korang semua tau bagi yang minat la....bagi yang tak minat tu dok diam-diam je lah jangan nak menyampuk nanti kena sampuk...hehehe. Kali ini Mat Kecoh akan berkongsi dengan korang semua salah satu episod dari siri Cerita Dari Mastika. Episod tersebut ialah Episod Pertama yang bertajuk Ratah Janin Sendiri. Jadi bersama-samalah kita tonton siri tv ini moga korang semua terhibur.
MAT KECOH hari ini ingin berkongsi satu lirik lagu daripada salah seorang penyanyi cilik yang berbakat besar, artis yang Mat Kecoh maksudkan ialah Aliff Amierul dengan lagu dari single beliau yang berjudul Ku Percaya. Mendengar suaranya begitu mengasyikkan dan memang akan membuatkan korang semua terhibur bila mendengar lagu ini.
Aliff Amierul merupakan seorang penyanyi cilik yang berbakat, di harap beliau dapat menyaingi populariti penyanyi cilik dari seberang iaitu Tegar Septian. Mat Kecoh amat berharap janganlah kehadiran penyanyi cilik ini sekadar untuk satu lagu single ini sahaja, sebaiknya perbanyakkan lagi lagu-lagunya agar penyanyi cilik negara kita mampu menyaingi penyanyi cilik dari seberang terutamanya Tegar Septian. Daripada lagu yang bertajuk Ku Percaya nyanyian Aliff Amierul ini Mat Kecoh percaya bintang cilik ini ada nilai komersialnya dan mampu pergi jauh. Oleh yang demikian, jangan sia-siakan bakat yang ada pada bintang kecil ini demi kemajuan industri muzik tempatan.
BERSEMPENA dengan Hari Raya Aidilfitri 1438H, Mat Kecoh ingin berkongsi dengan korang semua sebuah lagu raya baru untuk sama-sama kita meriahkan sambutan Hari Raya Aidilfitri pada kali ini. Tajuk lagu ini ialah Hang Pi Raya yang dinyanyikan oleh kumpulan Khalifah. Mat Kecoh akan turut kongsikan lirik lagu ini untuk kemudahan korang semua.
LIRIK LAGU JUDUL LAGU : HANG PI RAYA ARTIS: KHALIFAH
HARI ini Mat Kecoh memilih untuk berkongsi dengan korang semua lirik lagu yang terhangat di pasaran pada masa ini. Lirik lagu yang Mat Kecoh maksudkan ialah lirik lagu terbaru Wings. Judul lagu tersebut adalah Ingatkan Dia.
Ingatkan Dia merupakan lagu terbaru dari Wings yang pada hari ini lagu ini boleh dikatakan lagu ini kerap diputarkan oleh stesen-stesen radio tanah air, tidak kiralah stesen radio kerajaan ataupun swasta. Ternyata lagu ini mendapat sambutan hangat di kalangan peminat-peminat muzik tanah air. Oleh yang demikian, Mat Kecoh memilih untuk berkongsi lirik lagu ini buat korang semua. Dengan adanya lirik ini dapatlah korang semua berhibur. Dalam keseronokkan korang semua berhibur jangan lupa tanggugjawab ye...berhibur tak salah asalkan tahu bertempat. Apa yang Mat Kecoh lihat daripada muzik video lagu ini sememangnya Vokal Vokalis Kumpulan Wings ternyata masih mantap. Lima bintang Mat Kecoh beri pada Awie. Ternyata penyanyi dulu-dulu sememangnya betul-betul hebat. MAT KECOH rasa sudah terlalu lama Mat Kecoh tidak mengemaskini blog ini kerana masa memang amat mencemburui Mat Kecoh, sudah berkali-kali Mat Kecoh cuba untuk mengemaskini blog ini tetapi tak dapat, Alhamdullilah hari ini Mat Kecoh telah diberi kesempatan untuk mengemaskini blog ini jadi Mat Kecoh tidak mahu mensia-siakan peluang keemasan ini. MAT KECOH rasa sudah terlalu lama Mat Kecoh tidak mengemaskini blog ini kerana masa memang amat mencemburui Mat Kecoh, sudah berkali-kali Mat Kecoh cuba untuk mengemaskini blog ini tetapi tak dapat, Alhamdullilah hari ini Mat Kecoh telah diberi kesempatan untuk mengemaskini blog ini jadi Mat Kecoh tidak mahu mensia-siakan peluang keemasan ini. Pada kali ini Mat Kecoh ingin berkongsi dengan semua pembaca setia blog ini berkenaan satu filem yang sedang ditayangkan di pawagam sekarang ini. Filem yang Mat Kecoh maksudkan ialah filem Adik Manja Return. Adik Manja Returns menceritakan tentang kenakalan pelajar-pelajar perempuan di kolej swasta iaitu Kolej Professional Skill. Pengetua Sofea (Rozita Che Wan) pening kepala memikirkan kenakalan pelajarnya terutamanya Kumpulan Bib yang dianggotai oleh Bib (Faezah Elai), Tam (Jihan Raja Lawak), Mala (Geetha), Mei (Adelin Tsen) & Ayu (Fida) serta Kumpulan Su yang dianggotai oleh Su (Juliana Evans) dan rakan-rakannya. Untuk menangani masalah itu akhirnya pihak kolej menawarkan semula khidmat seorang pensyarah lelaki iaitu Cikgu Azmi (Dharma) supaya dapat mengajar dan menggunakan formulanya bagi menginsafkan semula pelajar nakal tersebut. Pelakon-Pelakon Adik Manja Return Antara barisan pelakon yang menjayakan filem adik manja returns ialah Dharma Harun, Rozita Che Wan, Noorfezah, Juliana Evans, Jihan Raja Lawak, Fida dan ramai lagi. Saksikan adik manja returns yang bakal ditayangkan di pawagam pada 20 Disember 2012. Mat Kecoh difahamkan ada sebuah filem baru yang sedang menghangatkan keadaan pawagam-pawagam tanah air. Filem tersebut dijangka meletup, filem yang Mat Kecoh maksudkan ialah filem Aji Noh Motor. Adalah difahamkan filem ini adalah sebuah filem di dalam kategori Komedi Islamik. Antara pelakon-pelakon yang membintangi filem ini adalah Alex Yan, Zalif Sidek, Wawa Zainal, Epy Raja Lawak, Azrul Anwar, Eizlan Yusof dan Nadia Mustafa. Filem ini telah menjalani proses pengambaran di Beranang, Selangor Darul Ehsan. Skripnya ditulis oleh Shahriman Wabap. |
Mat Kecoh
Mat Kecoh yang sentiasa kecoh dengan pelbagai isu sensasi dan terkini.... Archives
May 2019
Kategori
All
|