![]()
HARI ini Mat Kecoh mahu berkongsi dengan korang semua sebuah gajet keluaran terbaru Samsung. Model terbaru Samsung ini menjadi kegilaan muda-mudi masakini yang ternyata begitu taksub dengan telefon pintar. Model terbaru samsung yang Mat Kecoh maksudkan ialah Samsung Galaxy S6.
Mat Kecoh berharap moga maklumat yang bakal Mat Kecoh berikan ini akan menjadi panduan berguna buat semua pembaca setia blog Mat Kecoh ini. Maklumat berkenaan telefon pintar Samsung Galaxy S6 adalah sepertimana di bawah ini: KELUARAN: Samsung Mobile TEKNOLOGI RANGKAIAN: GSM / HSPA / LTE DIMENSI: 143.4 x 70.5 x 6.8 mm (5.65 x 2.78 x 0.27 in) BERAT: 138g SKRIN: Corning Gorilla Glass 4 back panel SIM: NANO-SIM Maklumat Lanjut boleh baca di sini. VIDEO PREVIEW SAMSUNG GALAXY S6
MAT KECOH: Nanti ada modal Mat Kecoh pun nak sambar satu...hahaha
0 Comments
![]() HARI ini Mat Kecoh ingin membawa anda semua melancong ke Pantai Bukit Keluang, Besut, Terengganu. Ia merupakan pantai yang mempunyai pandangan menarik berlatarbelakangkan pulau-pulau yang menarik dan mendamaikan selain sejuk mata memandang. Pantai Bukit Keluang letaknya di dalam daerah Besut. Besut merupakan salah sebuah daerah yang berada di dalam negeri Terengganu dan bersempadan dengan negeri Kelantan. Perjalanan dari Kota Bharu ke Bukit Keluang mengambil masa-masa kira satu jam 15 minit. Manakala perjalanan dari bandar Jerteh mengambil lebih kurang 20 minit. Selain itu, perjalanan dari Kuala Terengganu ke Bukit Keluang mengambil masa kira-kira 1 Jam 45 minit. Pulau-pulau yang paling jelas boleh dilihat di Bukit Keluat ialah Pulau Rhu kerana jaraknya begitu dekat dengan Bukit Keluang. Walaubagaimanapun Pulau Perhentian Kecil dan Pulau Perhentian Besar juga dapat dilihat dari Bukit Keluang sekiranya keadaan cuaca yang tidak berkabus ataupun tidak mendung. Penginapan yang berdekatan dengan Bukit Keluang adalah: Bukit Keluang Beach Resort Damai Beach Resort Tanjung Demong Beach Resort Manor Beach Resort Taman Azimos Chalet Kem Seri Keluang ![]() JABATAN Pengangkutan Jalan atau ringkasnya JPJ merupakan sebuah jabatan kerajaan yang bertangunggjawab sepenuhnya dalam urusan berkaitan dengan pengangkutan jalan. Perkhidmatan yang ditawarkan oleh mereka adalah antaranya ialah memperbaharui lesen memandu dan memperbaharui cukai jalan selain pendaftaran nombor kenderaan. Itulah yang menjadi bidang kuasa JPJ sejak sekian lama. Hendak dijadikan cerita hari ini Mat Kecoh pergi membuat urusan memperbaharui Lesen Memandu di Pejabat JPJ Cawangan Kecil, Besut, Terengganu. Disebabkan Mat Kecoh memperbaharui lesen memandu itu lewat sebulan maka terpaksalah Mat Kecoh membayar 2 tahun pembaharuan lesen memandu, tak mengapalah ini sememangnya Mat Kecoh yang salah lagipun tak rugi apa-apa pun. Namun, apa yang Mat Kecoh tak berpuas hati ialah layanan yang diberikan oleh pekerja-pekerja di kaunter perkhidmatan JPJ ini. Kalau Mat Kecoh nak beri markah daripada 1-10, Mat Kecoh rasa layak diberi satu sahaja tu pun markah kesian. Layanan yang diberikan amatlah mengecewakan Mat Kecoh. |
Mat Kecoh
Mat Kecoh yang sentiasa kecoh dengan pelbagai isu sensasi dan terkini.... Archives
September 2015
Kategori
All
|