BEGITU PANTAS Masa berlalu, Biarpun Ramadhan yang lalu telah berlalu pergi walaupun kita rasa baru beberapa hari yang lalu Ramadhan meninggalka kita tapi kini Ramadhan datang lagi mengunjungi kita, ketibaan bulan yang penuh keberkatan ini memang ditunggu-tunggu oleh sekalian Umat Islam di seantero dunia.
Kalau markah pahala kita di Ramadhan yang lalu sekadar cukup-cukup makan, maka Ramadhan kali ini kita hendaklah berusaha agar Ramadhan kali ini adalah yang lebih baik daripada yang telah berlalu meninggalkan kita. Mari bersama kita jadikan Ramadhan kali ini seolah-olah Ramadhan yang terakhir bagi hidup kita. Menjadi kelaziman bila tiba Ramadhan ialah di siangnya kita sama-sama menahan lapar dan dahaga di samping menjauhi perkara-perkara yang membatalkan puasa malah perkara-perkara yang boleh mengurangkan markah pahala atau ganjaran puasa tersebut, dan tidak semata-mata hanya dapat lapar dan dahaga. Dikesempatan ini, Mat Kecoh selaku insan biasa yang tidak lekang melakukan kesalah ingin menyusun sepuluh jari kepada semua pembaca blog mat kecoh ini, sekiranya sepanjang Mat Kecoh bergelar blogger ini ada kesilapan-kesilapan diri Mat Kecoh yang secara sengaja mahupun tidak sengaja yang dilakukan oleh Mat Kecoh kerana saya hanyalah Manusia biasa yang tahu tulis baca kadang-kadang terlupa watak dan perangai aku manusia.
0 Comments
RAMADHAN telah berlalu pergi meninggalkan kita, kini kita berada pula di bulan Syawal 1434 Hijrah. Pada bulan inilah kita meraikan hari kemenangan kita setelah hampir sebulan kita menunaikan ibadah puasa bersama dengan amal ibadat yang menjadi penambah perisa untuk pahala puasa kita. Setelah hampir sebulan kita berperang dengan nafsu akhirnya dapat kita menyambut hari kemenangan kita dengan penuh kejayaan. Adakah puasa kita mendapat markah penuh ataupun tidak belum kita ketahui namun kita sudah berusaha untuk mencapai markah penuh namun kita hanyalah manusia biasa yang tak lekang melakukan kesalahan. Kesempatan ini Mat Kecoh ambil untuk mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, maaf zahir dan batin kepada semua pembaca atau follower setia blog Mat Kecoh yang tak seberapa ini. Mat Kecoh menyusun sepuluh jari memohon kemaafan daripada anda semua agar dapatlah anda semua memaafkan sebarang kesalahan dan kekhilafan Mat Kecoh. Kepada yang sedang leka menjamah juadah raya tu makanlah dengan elok-elok dan berpada-padalah maklum sahajalah sebulan kita berpuasa nanti perut kita 'terkejut' tak pasal-pasal pula kita berulang alik ke tandas. TELAH lama juga Mat Kecoh tidak mengemaskini blog ini, maklum sahajalah sejak kebelakangan ini Mat Kecoh terlalu sibuk tambahan pula dua hari lepas Mat Kecoh diserang demam. Adoi letih juga demam bulan puasa ni, walaubagaimanapun Mat Kecoh telah menggalas cabaran ini tingkatkan semangat untuk terus beribadat walaupun diserang demam yang kuat. Pejam celik pejam celik sudah empat hari kita berpuasa, ini bermakna cuma tinggal 24 hari lagi untuk meneruskan ibadat puasa. Sudah dua hari Mat Kecoh diserang demam teruk, tak tahulah kenapa mungkin dua hari lepas masa pergi terawikh Mat Kecoh ditimpa hujan semasa dalam perjalanan. Namun, Mat Kecoh tetap kuatkan diiri untuk terus melaksanakan ibadat puasa walaupun tubuh Mat Kecoh sudah tidak bermaya, malah seluruh sendi-sendi Mat Kecoh terasa lenguh, tapi Mat Kecoh kuatkan semangat untuk meneruskan ibadat tersebut. |
Mat Kecoh
Mat Kecoh yang sentiasa kecoh dengan pelbagai isu sensasi dan terkini.... Archives
May 2019
Kategori
All
|