HARI ini Mat Kecoh ingin bercakap mengenai Telco. Mungkin ia boleh dijadikan rujukan oleh korang semua untuk memilih Telco mana yang patut anda guna. Dunia zaman sekarang memerlukan kita pilih yang terbaik dari segi Planya mahupun kadarnya. Telco yang menjadi pilihan Mat Kecoh hari ini ialah Umobile. Baru-baru ini Umobile telah melancarkan Pek Prabayar Power khas untuk korang semua yang terlalu sibuk main internet di telefon pintar masing-masing. Sepertimana telco-telco lain yang ada di Malaysia, uMobile juga tidak melepaskan peluang untuk bersaing dengan telco-telco yang ada di bumi Malaysia ini. Mat Kecoh merasakan ini persaingan yang sihat dan tambahan pula ianya juga memberikan keuntungan kepada kita selaku pengguna telco. Daripada apa yang Mat Kecoh tahu Pek Prabayar Power Umobile banyak kelebihanya dan memang sesuai untuk dipakai oleh sesiapa sahaja yang meminatinya. Maklumat berkenaan pek prabayar tersebut Mat Kecoh letakkan di bawah:
0 Comments
FILEM terus menjadi pilihan Mat Kecoh untuk dikongsi dengan korang semua hari ini. Kali ini filem Kapsul pula dipilih Mat Kecoh untuk dijadikan artikel blog Mat Kecoh pada hari ini. Filem ini boleh dikategorikan sebagai filem sains fiksyen.
Faizal Hussein selaku watak utama filem ini mungkin mengingatkan kembali sewaktu era kegemilangan Faizal Hussein yang pernah berlakon dalam filem sains fiksyen sebelum ini. Untuk rekod filem Faizal Hussein sebelum ini ialah XX Ray I dan XX Ray II yang diarahkan Aziz M. Osman. Sebut kata Aziz M. Osman sememangnya Mat Kecoh merindui karya-karyanya yang luar biasa, Mat Kecoh abang Aziz M. Osman dapat membuat come back di dalam industri filem tempatan. Lupakan perkara yang lama marilah sama-sama kita berusaha untuk menghasilkan filem-filem daripada genre sains fiksyen. Sebelum Mat Kecoh jadi lebih mengarut adalah lebih baik kita balik kepada artikel blog ini. Bagi mereka yang ingin mendapatkan informasi tentang sipnopsis filem ini jangan lupa ya baca di bawah ini:
DEWASA ini Malaysia ketandusan filem-filem yang memaparkan genre patriotik, akhirnya ketandusan itu terubat apabila Filem Bravo 5 mula ditayangkan di pawagam-pawagam berhampiran dengan korang semua.
Sememangnya telah lama juga filem patriotik tidak diterbitkan di Malaysia, mungkin bagi penerbit filem bercorak seperti ini mungkin tidak akan menguntungkan mereka. Namun, filem Bravo 5 mengubah segala-gala apabila ia juga dalam kategori filem aksi. Hari ini Mat Kecoh ingin berkongsi dengan anda semua maklumat mengenai filem Bravo 5 ini mungkin juga boleh dijadikan rujukan untuk korang semua membuat keputusan filem apakah yang bakal anda tonton di pawagam nanti. Mat Kecoh difahamkan filem ini padat dengan aksi-aksi yang hebat yang mampu membuat anda semua terpukau. Namun sejauh mana dakwaan ini hendaklah korang semua sendiri yang menontonya di pawagam berhampiran dan yang paling penting jangan beli cetak rompak.
HARI ini Mat Kecoh ingin berkongsi dengan korang semua maklumat mengenai salah satu daripada telefon pintar mudah alih keluaran terbaru daripada gergasi syarikat pengeluar telefon terkenal yakni Samsung Mobile.
Samsung merupakan satu jenama yang gah dari segi pengeluaran model telefon pintar yang dewasa ini menjadi kegilaan ramai. Boleh dikatakan setiap hari ada saja model baru yang diperkenalkan oleh Samsung. Hari ini Mat Kecoh memilih untuk berkongsi dengan korang semua mengenai telefon pintar keluaran terbaru Samsung yakni Samsung Galaxy J. Dewasa ini memang telefon pintar boleh dikatakan keperluan bagi setiap rakyat Malaysia. Malah di Malaysia penggunaan telefon pintar terus meningkat dari sehari ke sehari. Walaupun Samsung terpaksa bersaing di pasaran sengit dunia telefon pintar ekoran daripada perlumbaan teknologi di kallangan pengeluar telefon pintar lain, Samsung tidak berputus asa mengeluarkan produk baru. Terbaru Samsung Galaxy J mula memasuki pasaran. |
Mat Kecoh
Mat Kecoh yang sentiasa kecoh dengan pelbagai isu sensasi dan terkini.... Archives
May 2019
Kategori
All
|