HARI ini Mat Kecoh ingin berkongsi satu artikel yang tidak kurang menariknya. Artikel yang Mat Kecoh maksudkan ialah artikel Surat Mohon Cuti dalam versi Kelantan. Surat ini sepertimana surat-surat biasa namun, apa yang uniknya surat ini dikarang dengan menggunakan loghat Kelantan.
Surat ini juga mengandungi beberapa entry lucu yang akan membuat korang tidak kering gusi dibuatnya. Terlebih dahulu eloklah Mat Kecoh terjemahkan dahulu dalam bahasa surat untuk memudahkan korang memahami surat ini. TERJEMAHAN SURAT MENGIKUT BAHASA SURAT Kepada, Bos Besar Tempat Kerja Saya Bos, MEMOHON TAMBAHAN CUTI RAYA Adalah saya merujuk kepada perkara di atas 2. Saya mahu memberitahu bos, saya kerja di sini sudah lama doh sejak zaman Tokong Tonggek lagi, tapi setiap kali cuti raya saya boleh cuti sedikit sahaja. Biasanya subuh hari di pagi raya saya tiba di kampong. Mak dan Ayah selalu berleter. 3. Sehubungan itu, raya tahun ini saya minta bos biar reti bahasa sikit. Apa-apa pun saya nak cuti lebih juga. Boleh dua hari sebelum raya dan tiga hari selepas raya pun dah tak mengapa. Balik Kuala Lumpur tak adalah kena masuk pejabat terus, letih bos. KL ke Besut, 7/8 Jam tapi kalau musim raya tak tahulah lama mana. Krem punggong saya. Kalau masuk pejabat pun tak boleh buat kerja juga. Saya berharap bos mengambil peduli pada masalah saya ini. Saya akan buat sujud syukur terus jika bos meluluskan permohonan saya ini. Lepas raya saya nanti saya akan belanja bos makan nasi ulam dengan ikan singang cicah budu, oh sedap bos. Terima kasih banyak. "Biar Reti Bahasa Sikit yang benar, Anok Besut Nak Balik Raya Di Kampung. VERSI KELANTAN
0 Comments
HARI ini Mat Kecoh mahu berkongsi dengan korang semua sebuah gajet keluaran terbaru Samsung. Model terbaru Samsung ini menjadi kegilaan muda-mudi masakini yang ternyata begitu taksub dengan telefon pintar. Model terbaru samsung yang Mat Kecoh maksudkan ialah Samsung Galaxy S6.
Mat Kecoh berharap moga maklumat yang bakal Mat Kecoh berikan ini akan menjadi panduan berguna buat semua pembaca setia blog Mat Kecoh ini. Maklumat berkenaan telefon pintar Samsung Galaxy S6 adalah sepertimana di bawah ini: KELUARAN: Samsung Mobile TEKNOLOGI RANGKAIAN: GSM / HSPA / LTE DIMENSI: 143.4 x 70.5 x 6.8 mm (5.65 x 2.78 x 0.27 in) BERAT: 138g SKRIN: Corning Gorilla Glass 4 back panel SIM: NANO-SIM Maklumat Lanjut boleh baca di sini. VIDEO PREVIEW SAMSUNG GALAXY S6
MAT KECOH: Nanti ada modal Mat Kecoh pun nak sambar satu...hahaha
MAT KECOH rasa sudah terlalu lama Mat Kecoh tidak mengemaskini blog ini, kebetulan hari ini Mat Kecoh ada masa terluang jadi Mat Kecoh rasa inilah masa terbaik untuk berkongsi sesuatu dengan korang semua. Sunyi juga lama berblogging ni....Alhamdulillah hari dapat juga Mat Kecoh blogging.
Oleh kerana sudah lama Mat Kecoh tidak mengemaskini blog ini, hari ini Mat Kecoh memilih untuk berkongsi sebuah video muzik istimewa khas buat semua pembaca dan pengikut setia blog Mat Kecoh ini. Mungkin korang pernah menonton video muzik lagu rancak yang berirama disko yang 'bait-bait'nya berbunyi seperti ini: "Bara Bara". Hari ni bukanlah Mat Kecoh nak berkongsi video muzik asal lagu tersebut tetapi video muzik lagu tersebut di dalam versi Kelantan. Orang yang sudah biasa dengan aliran muzik Kelantan sudah pasti akan meminati lagu ini dan mungkin juga lagu ini boleh dikategorikan sebagai lagu Dikir Barat. Di mana Dikir Barat merupakan salah satu aliran muzik yang digemari ramai di Kelantan. SALAM 1Malaysia khas buat semua pembaca dan pengikut setia blog Mat Kecoh yang tak seberapa ini, hari ini sempurna masih di bulan Hari Raya Aidilfitri yakni bulan Syawal, Mat Kecoh rasa mungkin masa yang terbaik untuk Mat Kecoh berkongsi satu resipi yang agak sinonim dengan Aidilfitri, resipi tersebut ialah Resepi Biskut Almond London. Bahan-bahan ( +/- 150 biji )
BENGANG betul Mat Kecoh dengan tuan-tuan punya anjing ni, nak pelihara anjing tapi dibiarkan hidup terbiar, dilepas bebas sehingga menimbulkan kekacauan dan juga menganggu-gugat keselamatan orang ramai. Mat Kecoh tak marah kalau mereka nak bela anjing sekalipun tetapi biarlah mengikut caranya janganlah membiarkan anjing-anjing anda hidup bebas sehingga menganggu ketenteraman orang lain.
Apabila bercakap mengenai anjing teringat pada satu insiden yang berlaku semalam. Anjing punya pasal seorang warga emas terbabit dengan kemalangan, Mat Kecoh lihat mangsa kemalangan tersebut sekejap sedar, sekejap pengsan tak tahulah parah atau tidak kecederaan yang mangsa alami. Menurut saksi kejadian yang memberitahu Mat kecoh, semasa mangsa tengah menunggang motor dengan tiba-tiba seekor anjing melintas dan menyebabkan mangsa terpaksa brek mengejut sehingga menyebabkan beliau terpelanting ke jalan raya dan tidak sedarkan diri. |
Mat Kecoh
Mat Kecoh yang sentiasa kecoh dengan pelbagai isu sensasi dan terkini.... Archives
May 2019
Kategori
All
|