![]() LAMA juga Mat Kecoh tak mengemaskini blog ini, bukan kerana Mat Kecoh sengaja tak nak kemaskini blog ini, ye makluma sajalah banyak tugas-tugas Mat Kecoh perlu selesaikan, beberapa kali Mat Kecoh pernah mencuba untuk meluangkan masa untuk mengemaskini blog ini tetapi apakan daya kita hanya mampu merancang tuhan sahaja yang menentukan kejayaanya. Pada artikel kali ini, Mat Kecoh ingin berkongsi dengan korang semua sebuah filem yang telah mendapat sambutan hangat di kalangan penonton baru-baru ini. Filem yang Mat Kecoh maksudkan ialah Filem Nongkrong. Antara barisan pelakon yang membintangi filem Nongkrong adalah Shaheizy Sam, Angah Raja Lawak, Epy Raja Lawak, Nuremy Nadia, Mon Ryanti, Fyza Kadir, dan Liana Rafiai. SIPNOPSIS FILEM NONGKRONG Mengisahkan tiga orang pemuda, Aman (Angah Raja Lawak), Bada (Shaheizy Sam) dan Cumi (Epy Raja Lawak) yang cuba mencari kekayaan dengan menggunakan jalan tidak sepatutnya iaitu meminta nombor ekor. Cumi yang terdesak ingin meminang kekasihnya, Lin (Nuremy Ramli) manakal Bada dan Aman yang mahu mengubah nasib keluarga tekad menemui bomoh bagi melaksanakan hasrat mereka.Segala-galanya bermula apabila seorang bomoh handal menjalankan upacara memanggil Puteri Laut (Mon Ryanti) untuk membantu mereka. Puteri bersetuju dengan syarat, salah seorang dari mereka perlu berkahwin dengannya. Melihatkan kejelitaan Puteri, Bada tanpa bertangguh terus bersetuju. Usai sahaja upacara perkhawinan, Puteri bertukar rupa menjadi hantu yang menakutkan menyebabkan kesemua mereka terus lari lintang pukang. Bomoh pula telah dibunuh oleh hantu Puteri. Hidup mereka berubah apabila hantu Puteri terus mengejar dan menghantu kehidupan mereka termasuklah menggangu Zura, isteri Aman yang sedang hamil dan Haryani, anak perempuan Bada yang masih kecil. Pelbagai peristiwa yang ngeri campur lucu berlaku sehinggalah mereka mendapatkan bantuan daripada Azan iaitu abang kepada Aman. Azan yang bijak pandai, terus nampak dengan jelas apa yang diinginkan oleh hantu Puteri tersebut dan membuat keputusan untuk membantu mereka. Dapatkan Azan menyelamatkan mereka ? Adakah akhirnya mereka akan sedar kesalahan sendiri dan berubah ? Semuanya akan terjawab dalam filem seram komedi terhebat ini, Nongkrong. Trailer Nongkrong MAT KECOH: Kecoh juga cerita ni rugi besar kalau korang tak tengok tau....
0 Comments
Your comment will be posted after it is approved.
Leave a Reply. |
Mat Kecoh
Mat Kecoh yang sentiasa kecoh dengan pelbagai isu sensasi dan terkini.... Archives
September 2015
Kategori
All
|