![]() Kejam, angkuh dan sombong mungkin itulah yang Mat Kecoh boleh berikan kepada negara yang dibina di atas tanah orang lain yang berketurunan Yahudi iaitu Israel. Hari demi hari ada saja rakyat Palestin yang tak berdosa menjadi mangsa Israel yang rakus itu. Boleh dikatakan hampir setiap hari kanak-kanak yang tak berdosa menjadi mangsa kekejaman perang rejim Israel. Mat Kecoh rasa tindakan yang dilakukan oleh Israel ini merupakan salah satu cara mereka nak menghapuskan Umat Islam. Saudara seagama kita di Palestin hampir setiap hari ada sahaja mati terbunuh dek kerana perang yang dilancarkan Israel ke atas Palestin. Kerakusan Israel melancarkan perang ternyata mengorbankan nyawa-nyawa Umat Islam. Sudah tiba masanya Umat Islam di seluruh dunia bersatu menentang keganasan Israel. Israel pula didakwa di atas kekejaman perang yang dilakukanya sehingga mengorbankan bukan ratusan malah ribuan mangsa yang tak berdosa menjadi mangsa. Ayuh negara-negara Islam di seluruh dunia marilah bersama-sama kita mengheret Israel ke muka pengadilan. Jangan biarkan Palestin terus menjadi mangsa keganasan Israel. Mat Kecoh juga ingin menyifatkan bahawa Israel merupakan sebuah negara Pengganas NO1 Dunia atau dalam Bahasa Inggerisnya berbunyi "Israel is The #1 Terorist Country in the world". MAT KECOH: Turut simpati dengan nasib rakyat Palestin, marilah bersama-sama kita menghulurkan bantuan yang terdaya oleh kita.
0 Comments
SEMPENA tinggal beberapa hari lagi kita sebagai umat Islam di Malaysia akan menyambut Hari Raya Aidilfitri, Mat Kecoh mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua pembaca setia blog Mat Kecoh dan juga seluruh rakyat Malaysia serta semua umat Islam di seantero dunia.
Mat Kecoh ingin memohon maaf seandainya ada posting-posting Mat Kecoh yang telah membuat orang tersinggung kerana Mat Kecoh menulis bukan bermaksud untuk membuat orang tersingung tetapi apakan daya Mat Kecoh hanyalah manusia biasa yang tidak lekang melakukan kesalahan. Mat Kecoh menyusun sepuluh jari memohon keampunan daripada semua pembaca setia blog Mat Kecoh yang tak seberapa ini. Dari hujung rambut hingga ke hujung kaki Mat Kecoh mohon maaf. Dalam masa yang sama, Mat Kecoh ingin melahirkan rasa terima kasih yang tidak terhingga kepada semua pembaca setia yang terus menjadi pembaca setia blog Mat Kecoh yang tak seberapa ini. |
Mat Kecoh
Mat Kecoh yang sentiasa kecoh dengan pelbagai isu sensasi dan terkini.... Archives
September 2015
Kategori
All
|