KETIDAKTENTUAN EKONOMI global telah memberi kesan kepada negara-negara di seluruh dunia. Negara kita Malaysia turut tidak terkecuali dari terkena tempias kemelesetan ekonomi global ini. Di ikuti pula dengan kejatuhan nilai ringgit dari sehari ke sehari sekaligus ia juga turut membuatkan pasaran ekonomi domestik menjadi lembab.
Sebenarnya sewaktu dunia mengalami kemerosotan ekonomi ianya waktu yang sesuai bagi kita untuk menyimpan. Ada pelbagai cara untuk kita menyimpan terpulanglah kepada korang semua untuk menyimpan macamana. Ada yang memilih untuk menyimpanya di rumah mungkin juga di bawah bantal, namun bagi Mat Kecoh akhir-akhir kadar jenayah meningkat jadi menyimpan di bawah bantal di rumah anda mungkin satu masa nanti akan membuatkan korang semua rugi besar. Mungkin juga ada yang memilih untuk menyimpanya dengan skim-skim cepat kaya tapi skim ini tidak mampu memberi apa jaminan kepada kita kerana akhirnya korang semua juga yang merana. Mungkin ada yang memilih untuk menyimpan di akaun simpanan biasa ataupun simpanan tetap di bank-bank, namun pulangannya pula tidak berbaloi. Mungkin juga boleh menyimpan di Tabung Haji kerana ia bukan sahaja berbaloi tetapi simpanan anda sudah dibayar zakatnya. Paling ramai yang memilih Amanah Saham seperti Amanah Saham Bumiputera (ASB) sebagai simpanan mereka kerana dividen yang ditawarkan kompetitif. Namun, ramai tidak tahu Simpanan Emas juga satu instrumen simpanan @ pelaburan yang menguntungkan.
0 Comments
WANG TIDAK DITUNTUT boleh didefinasikan kepada sejumlah wang yang kena bayar di sisi undang-undang kepada empunya tetapi tidak bayar di dalam tempoh tidak kurang dari satu (1) tahun di dalam kategori pertama.
Contoh Wang Tidak Dituntut bagi kategori ini ialah:
Wang di dalam kredit sesuatu akaun yang telah tidak dikendalikan oleh empunya dengan apa cara sekalipun dalam tempoh masa tidak kurang dari tujuh (7) tahun di dalam kategori kedua. Contoh wang tidak dituntut dalam kategori ini ialah
Wang di dalam kredit satu akaun dagangan yang telah tidak dikendalikan melalui apa-apa urusniaga dalam satu tempoh tidak kurang dari dua (2) tahun. Contoh wang tidak dituntut dalam kategori ini ialah:
HARI INI Mat Kecoh nak kecoh pasal CTOS, persoalan yang Mat Kecoh nak kecohkan ialah kenapa perlu adanya CTOS, kewujudan CTOS sememangnya menyusahkan orang ramai. Sedangkan kita sudah ada CCRIS sebagai rujukan kredit sah yang disediakan oleh Bank Negara Malaysia.
Kewujudan CTOS sebagai rujukan kredit sebenarnya telah benar-benar menyusahkan orang ramai, baru-baru ini Mat Kecoh ada menerima rungutan mengenai salah seorang mangsa yang disenarai CTOS, paling mengejutkan sudah lama pinjaman yang tersenarai sebagai trade referee dalam CTOS sebenarnya sudah lama dijelaskan. Akibat penyenaraian di dalam CTOS tersebut, mangsa gagal untuk memohon pinjaman daripada mana institusi kewangan. Ini bermakna, CTOS yang begitu lembab dalam bertindak mengemaskini datanya menyebabkan si mangsa menjadi mangsa kepada CTOS. TELAH lama juga Mat Kecoh tidak mengemaskini blog ini kerana keblakangan ini Mat Kecoh terlalu sibuk, Alhamdulillah hari ini ada kesempatan masa terluang ini Mat Kecoh tidak sia-siakan dan memilih untuk menerbitkan artikel mengenai Perbankan Tanpa Cawangan BSN. Apa itu BSN? bagi mereka-mereka yang tidak tahu apa itu BSN, sebenarnya ianya sebuah bank dan ringkasan kepada Bank Simpanan Nasional. Baru-baru ini Mat Kecoh dapat tahu mengenai perkhidmatan terbaru yang ditawarkan BSN. Perkhidmatan terbaru yang ditawarkan oleh BSN adalah Perbankan Tanpa Cawangan. Satu kemudahan yang cukup menarik khas untuk pelanggan-pelanggan BSN. Untuk rekod, BSN merupakan bank yang pertama yang menawarkan perkhidmatan ini. |
Mat Kecoh
Mat Kecoh yang sentiasa kecoh dengan pelbagai isu sensasi dan terkini.... Archives
May 2019
Kategori
All
|