TANGGAL 31 OGOS 1957 negara kita Merdeka. Oleh kerana kita sekarang berada di bulan kemerdekaan yakni Ogos Mat Kecoh ingin berkongsi dengan korang semua info tentang salah seorang tokoh yang berkaitan dengan kemerdekaan negara kita. Orang yang Mat Kecoh maksudkan ialah Leftenan Adnan atau Leftenan Adnan Saidi.
Adnan bin Saidi (Jawi: آدنان بن سيدي; 1919 - 14 Februari 1942) adalah seorang askar Malaya dari Briged Infanteri Pertama yang bertempur dengan Jepun dalam Pertempuran Singapura. Dia dianggap oleh rakyat Singapura dan rakyat Malaysia hari ini sebagai wira untuk tindakannya di Pertempuran Bukit Chandu untuk Pasir Panjang. Nama beliau juga merupakan nama untuk Kenderaan Pertempuran Infantri Malaysia (MIFV). Kehidupan Peribadi Adnan dilahirkan di Sungai Ramal berhampiran Kajang, Selangor, seorang muslim keturunan Minangkabau. Dia adalah anak sulung di seluruh keluarganya. Saudaranya, Ahmad Saidi dan Amarullah Saidi, juga askar. Ahmad terbunuh dalam tindakan selepas kapalnya, HMS Pelanduk, ditenggelamkan oleh orang Jepun dalam perjalanan ke Australia. Amarullah selamat dari perang dan kini tinggal di Kajang, Selangor. Adnan telah berkahwin dengan Sophia Pakir, seorang guru agama Islam. Dia meninggal dunia pada tahun 1949. Mereka mempunyai seorang anak perempuan, yang meninggal dunia tidak lama selepas kelahiran, dan dua anak lelaki: Mokhtar Adnan, yang kini tinggal di Seremban, dan Zainudin Adnan, yang tinggal di negeri Johor.
0 Comments
FILEM XXRAY satu masa dulu telah mendapat tempat dikalangan peminat tempatan kerana jarang sekali filem Melayu mahu mengenengahkan filem yang bergenre sains fiksyen ini. Kejayaan XXRay I dan XXRay II satu masa dahulu sudah tentu menjadi indikasi bahawa kesinambungan filem ini perlu diteruskan.
Setelah bertahun lama, kini akhirnya XXRAY sekali lagi menemui kita meneruskan kesinambungan XXRay I dan XX Ray II yang ternyata mendapat sambutan hangat ketika itu. Mungkinkah XXRAY III mampu mengembalikan zaman kegemilanganya tak lama dahulu? Kita tunggu dan lihat sahaja. Filem arahan Aziz M Osman yang sebelum ini belum pernah mengecewakan penontonya, Jadi adakah buah tanganya kali ini membuahkan hasil sepertimana karya-karya beliau yang terdahulu. Mungkinkah ianya lebih hebat daripada dahulu semua jawapan hanya korang akan peroleh setelah menonton filem ini, jadi jangan lupa jadi penonton filem XXRAYIII di panggung wayang berdekatan dengan korang. Mat Kecoh difahamkan ada sebuah filem baru yang sedang menghangatkan keadaan pawagam-pawagam tanah air. Filem tersebut dijangka meletup, filem yang Mat Kecoh maksudkan ialah filem Aji Noh Motor. Adalah difahamkan filem ini adalah sebuah filem di dalam kategori Komedi Islamik. Antara pelakon-pelakon yang membintangi filem ini adalah Alex Yan, Zalif Sidek, Wawa Zainal, Epy Raja Lawak, Azrul Anwar, Eizlan Yusof dan Nadia Mustafa. Filem ini telah menjalani proses pengambaran di Beranang, Selangor Darul Ehsan. Skripnya ditulis oleh Shahriman Wabap. LAMA juga Mat Kecoh tak mengemaskini blog ini, bukan kerana Mat Kecoh sengaja tak nak kemaskini blog ini, ye makluma sajalah banyak tugas-tugas Mat Kecoh perlu selesaikan, beberapa kali Mat Kecoh pernah mencuba untuk meluangkan masa untuk mengemaskini blog ini tetapi apakan daya kita hanya mampu merancang tuhan sahaja yang menentukan kejayaanya. Pada artikel kali ini, Mat Kecoh ingin berkongsi dengan korang semua sebuah filem yang telah mendapat sambutan hangat di kalangan penonton baru-baru ini. Filem yang Mat Kecoh maksudkan ialah Filem Nongkrong. Antara barisan pelakon yang membintangi filem Nongkrong adalah Shaheizy Sam, Angah Raja Lawak, Epy Raja Lawak, Nuremy Nadia, Mon Ryanti, Fyza Kadir, dan Liana Rafiai. HARI ini Mat Kecoh ingin berkongsi dengan korang semua mengenai sebuah filem yang sedang menghangatkan pawagam tanah air, filem yang Mat Kecoh maksudkan ialah Filem Jidin Sengal. Filem ini diarahkan oleh Nur Esmi Zahara Bt. Yusof dan diterbitkan oleh Outloud Studio Sdn. Bhd. Genre bagi filem ini adalah komedi. Manakala, durasi bagi filem ini ialah 90 minit. Filem ini terletak di dalam kategori Filem Cereka dan diklasifikasikan (U) atau lebih tepat lagi kalau kita katakan Untuk Tontonan Umum. Antara pelakon-pelakon yang membintangi Jidin Sengal adalah Along Cham sebagai Jidin yang merupakan Watak Utama di dalam filem ini, Angah Raja Lawak sebagai Bob Dobot yang juga merupakan pelakon utama filem ini, Jue Aziz sebagai Amy, Faezah sebagai Ella Sunti, Zack sebagai Iskandar, Azrul Zaidi sebagai Jay-Z, Ernie Chen sebagai Pengarah Ernie, Natalie sebagai Farah, Amyza Aznan sebagai Director Telemovie, dan Norman Hakim sebagai Cameo Pelakon Lelaki. ALHAMDULILLAH hari ini Mat Kecoh berkesempatan untuk mengemaskini blog Mat Kecoh. Sebenarnya beberapa hari yang lepas sudah beberapa kali Mat kecoh cuba untuk mengemaskini blog ini tetapi sepertimana kata orang kita hanya mampu merancang tuhan sahaja yang menentukan, pada masa yang lepas Mat Kecoh tidak meluangkan masa dengan blog ini kerana terlalu sibuk dengan tugas-tugas harian Mat Kecoh. Hari ini Mat Kecoh akan berkongsi dengan korang semua satu info mengenai filem Bujang Terlajak yang telah pun ditayangkan di pawagam berhampiran anda. Walaubagaimanapun Mat Kecoh tidak berkesempatan untuk menonton filem ini di pawagam namun oleh kerana sekarang ni ASTRO telah menyediakan perkhidmatan Astro First dapatlah juga Mat Kecoh menonton filem ini. Filem Bujang Terlajak ini diarahkan oleh Prof. Madya Abd. Razak Mohaideen yang sememangnya sudah sinonim dengan filem-filem ber'genre' komedi ini. Filem ini menampilkan tiga pelawak tanah air yang cukup terkenal iaitu Saiful Apek, Johan Raja Lawak Astro 1 dan Nabil Raja Lawak Astro 2. MAT KECOH nak kongsi dengan korang semua pada hari ini satu info mengenai satu filem yang mungkin akan membuatkan semua pawagam-pawagam di tanah air menjadi kecoh. Kali ini Mat Kecoh ingin berkongsi info tentang filem yang berada di dalam genre seram....Mat Kecoh tak nak buat korang tertaya-tanya lagi apa tajuk filem tersebut....Filem yang Mat Kecoh maksudkan ialah Filem Sumpahan Kum Kum.
Apa yang Mat Kecoh dapat tahu filem ini diarahkan oleh Pengarah yang sama yang mengarahkan filem Ngangkung, di mana Mat Kecoh diberitahu kutipan filem tersebut telah mencecah RM 8.45 juta. Wow! duit ni kalau dapat kat Mat Kecoh terpaksalah Mat Kecoh tukar nama jadi Mat Kaya pula....hhehe, Oh ya sebelum Mat Kecoh terlupa nama Pengarah Filem Sumpahan Kum Kum ini ialah Ismail Bob Hashim. Di dalam sesebuah filem, pelakon memainkan peranan yang amat penting....Mat Kecoh diberitahu antara pelakon-pelakon yang membintangi filem Sumpahan Kum Kum adalah Fezrul Khan, Putri Mardiana, Farisya Fatin, Lydiawati, Kaza dan dua lagi pendatang baru iaitu Shima Anuar dan Wawa Zainal. |
Mat Kecoh
Mat Kecoh yang sentiasa kecoh dengan pelbagai isu sensasi dan terkini.... Archives
May 2019
Kategori
All
|