ALHAMDULILLAH hari ini Mat Kecoh berkesempatan untuk mengemaskini blog Mat Kecoh. Sebenarnya beberapa hari yang lepas sudah beberapa kali Mat kecoh cuba untuk mengemaskini blog ini tetapi sepertimana kata orang kita hanya mampu merancang tuhan sahaja yang menentukan, pada masa yang lepas Mat Kecoh tidak meluangkan masa dengan blog ini kerana terlalu sibuk dengan tugas-tugas harian Mat Kecoh. Hari ini Mat Kecoh akan berkongsi dengan korang semua satu info mengenai filem Bujang Terlajak yang telah pun ditayangkan di pawagam berhampiran anda. Walaubagaimanapun Mat Kecoh tidak berkesempatan untuk menonton filem ini di pawagam namun oleh kerana sekarang ni ASTRO telah menyediakan perkhidmatan Astro First dapatlah juga Mat Kecoh menonton filem ini. Filem Bujang Terlajak ini diarahkan oleh Prof. Madya Abd. Razak Mohaideen yang sememangnya sudah sinonim dengan filem-filem ber'genre' komedi ini. Filem ini menampilkan tiga pelawak tanah air yang cukup terkenal iaitu Saiful Apek, Johan Raja Lawak Astro 1 dan Nabil Raja Lawak Astro 2.
0 Comments
TANGGAL 10 Februari 2012 satu sejarah hitam yang telah berlaku di dalam hidup seorang manusia yang bernama Mat Kecoh. Sejarah hitam itu Mat Kecoh akan bongkarkan kepada semua khas buat pembaca setia blog Mat Kecoh. Ini adalah kisah percintaan yang mungkin agak peribadi bagi sesetengah orang tetapi Mat Kecoh rasa tidak menjadi kesalahan untuk kita kongsikan pengalaman ini dengan sesiapa sahaja mungkin juga ianya dapat dijadikan panduan untuk mereka yang baru berjinak-jinak dengan alam percintaan. Banyak juga kita dengar orang cakap yang berkata saat paling manis adalah saat bercinta. Benarkah ia atau ia hanyalah sekadar retorik semata-mata? Itulah yang Mat Kecoh nak bincangkan pada hari ini, moga dengan perbincangan ini yang gelap akan jadi terang. BENGANG betul Mat Kecoh dengan tuan-tuan punya anjing ni, nak pelihara anjing tapi dibiarkan hidup terbiar, dilepas bebas sehingga menimbulkan kekacauan dan juga menganggu-gugat keselamatan orang ramai. Mat Kecoh tak marah kalau mereka nak bela anjing sekalipun tetapi biarlah mengikut caranya janganlah membiarkan anjing-anjing anda hidup bebas sehingga menganggu ketenteraman orang lain.
Apabila bercakap mengenai anjing teringat pada satu insiden yang berlaku semalam. Anjing punya pasal seorang warga emas terbabit dengan kemalangan, Mat Kecoh lihat mangsa kemalangan tersebut sekejap sedar, sekejap pengsan tak tahulah parah atau tidak kecederaan yang mangsa alami. Menurut saksi kejadian yang memberitahu Mat kecoh, semasa mangsa tengah menunggang motor dengan tiba-tiba seekor anjing melintas dan menyebabkan mangsa terpaksa brek mengejut sehingga menyebabkan beliau terpelanting ke jalan raya dan tidak sedarkan diri. GERAM betul Mat Kecoh sejak akhir-akhir ini betapa sukarnya mendapat bekalan minyak masak. Bukan Mat Kecoh sahaja yang geram dengan keadaan ini, Mat Kecoh percaya ramai yang berada di luar sana geram dengan situasi terbaru ini.
Minyak Masak Mat Kecoh rasa boleh dikategorikan sebagai barang keperluan harian, pelik juga Mat Kecoh kenapa sejak akhir-akhir ini bekalan minyak masak sukar untuk didapati. Kalau ikut pengalaman Mat Kecoh yang lepas-lepas sekiranya kita sukar mendapat bekalan minyak masak itu tandanya harga barang keperluan itu akan naik harga. Mat Kecoh pun kadang-kadang tertanya-tanya juga kenapa sebelum kenaikkan harga, barangan keperluan itu sukar dicari tetapi selepas naik harga mudah pula nak cari. Adakah ini berlaku kerana ianya salah satu strategi syarikat pembekal untuk menaikkan harga? Entahlah kena tanya kat pembekal itu sendiri. HENDAK dijadikan cerita, pagi kelmarin Mat Kecoh pergi ke Nilam Puri, Kota Bharu, Kelantan untuk jalan-jalan, setibanya Mat Kecoh di sana kelihatan ramai orang berkumpul di Kolej Islam Antarabangsa Ismail Petra atau ringkasnya KIAS.
Kehadirang orang yang di KIAS membuatkan hati Mat Kecoh tergerak untuk bertanya apakah program yang diadakan di situ sehingga mengamit ramai pengunjung. Kebetulan pula, Mat Kecoh terserempak dengan salah seorang peserta program itu. Tanpa segan silu, Mat Kecoh pun bertanya dengan salah seorang peserta itu, kebetulan pula namanya pun Mat juga tetapi tak tahulah Mat apa. Mat memberitahu Mat Kecoh program tersebut adalah Peperiksaan Kemasukkan Ke Skim Perkhidmatan Penguasa Kastam Gred WK-1. Oh patutlah ramai rupa-rupanya peperiksaan kendalian Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) untuk mengambil pekerja-pekerja baru untuk KASTAM. MAT KECOH nak kongsi dengan korang semua pada hari ini satu info mengenai satu filem yang mungkin akan membuatkan semua pawagam-pawagam di tanah air menjadi kecoh. Kali ini Mat Kecoh ingin berkongsi info tentang filem yang berada di dalam genre seram....Mat Kecoh tak nak buat korang tertaya-tanya lagi apa tajuk filem tersebut....Filem yang Mat Kecoh maksudkan ialah Filem Sumpahan Kum Kum.
Apa yang Mat Kecoh dapat tahu filem ini diarahkan oleh Pengarah yang sama yang mengarahkan filem Ngangkung, di mana Mat Kecoh diberitahu kutipan filem tersebut telah mencecah RM 8.45 juta. Wow! duit ni kalau dapat kat Mat Kecoh terpaksalah Mat Kecoh tukar nama jadi Mat Kaya pula....hhehe, Oh ya sebelum Mat Kecoh terlupa nama Pengarah Filem Sumpahan Kum Kum ini ialah Ismail Bob Hashim. Di dalam sesebuah filem, pelakon memainkan peranan yang amat penting....Mat Kecoh diberitahu antara pelakon-pelakon yang membintangi filem Sumpahan Kum Kum adalah Fezrul Khan, Putri Mardiana, Farisya Fatin, Lydiawati, Kaza dan dua lagi pendatang baru iaitu Shima Anuar dan Wawa Zainal. KALI ini Mat Kecoh nak berkongsi dengan anda semua yang Mat Kecoh sayangi sebuah lagu yang tengah 'top' dekat carta Era fm. Lagu ini bertajuk "Beribu Sesalan". Lagu ini dinyanyikan oleh 3 Suara. Memang asyik juga Mat Kecoh dengar lagu ni tak ada 'beribu sesalan' kalau korang semua mendengar dan menonton lagu ini.
Sebelum tu, Mat Kecoh nak beritahu bahawa 3 Suara ialah hasil gabungan tiga orang penyanyi hebat. Penyanyi-penyanyi yang Mat Kecoh Maksudkan ialah Jaclyn Victor, Ning Baizura, Shylla Amzah. Mat Kecoh rasa adalah lebih elok sekiranya terlebih dahulu Mat Kecoh Kongsikan lirik lagu Beribu Sesalan terlebih dahulu untuk memudahkan korang semua mendengar sambil menyanyi lagu ini. MAT KECOH rasa hari ni merupakan hari terbaik buat Mat Kecoh nak berkongsi informasi khas untuk semua pembaca setia Mat Kecoh. Semua orang sekarang ni tengah kecoh camna nak semak Keputusan Bagi Permohonan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M)
Kepada yang belum tahu lagi camne cara nak semak keputusan permohonan bantuan tersebut Mat Kecoh ingin kongsikan beberapa informasi mengenainya sepertimana di bawah ini. CARA UNTUK MENYEMAK STATUS PERMOHONAN BR1M: Pemohon boleh membuat semakan dengan mendail no di bawah ini bermula 16 januari 2012 jam 9:00 pagi hingga 5:00 petang.talian hotline ini akan beroperasi setiap hari berkerja sehingga tamat tempoh selama 2 bulan seperti yang dirancangkan.talian hotline:1-800-222-500/1-300-88-3010 MAT KECOH: Apa lagi jangan kecoh-kecoh lagi...semak kalau tak dapat buat rayuan kalau dapat tunggulah surat datang. Assalamualakum w.b.t
TERLEBIH dahulu Mat Kecoh nak ucap terima kasih kepada semua yang terlibat di dalam menjayakan dan merealisasikan penerbitan blog Mat Kecoh ini. Mat Kecoh akan cuba memberikan yang terbaik untuk anda semua dan teruskanlah bersama Mat Kecoh. Bagi mereka-mereka yang tak tahu fungsi blog Mat Kecoh ini boleh dikatakan pelbagai fungsi atau dalam Bahasa Inggerisnya berbunyi Multipurpose Blog. Apabila dimelayukan ia menjadi Blog Pelbagai guna. Mat Kecoh akan membincangkan pelbagai perkara di dalam blog ini, daripada isu semasa, teknologi, dalam negara, luar negara dan bermacam-macam lagilah yang sudah tak larat Mat Kecoh nak coretkan di sini. Bagi mereka yang baru dengan Mat Kecoh terima kasih Mat Kecoh ucapkan semoga anda semua bahagia. MAT KECOH: Marilah kita kecohkan blog ini biar sekecoh Mat Kecoh. |
Mat Kecoh
Mat Kecoh yang sentiasa kecoh dengan pelbagai isu sensasi dan terkini.... Archives
May 2019
Kategori
All
|