MAT KECOH nak kongsi dengan korang semua pada hari ini satu info mengenai satu filem yang mungkin akan membuatkan semua pawagam-pawagam di tanah air menjadi kecoh. Kali ini Mat Kecoh ingin berkongsi info tentang filem yang berada di dalam genre seram....Mat Kecoh tak nak buat korang tertaya-tanya lagi apa tajuk filem tersebut....Filem yang Mat Kecoh maksudkan ialah Filem Sumpahan Kum Kum. Apa yang Mat Kecoh dapat tahu filem ini diarahkan oleh Pengarah yang sama yang mengarahkan filem Ngangkung, di mana Mat Kecoh diberitahu kutipan filem tersebut telah mencecah RM 8.45 juta. Wow! duit ni kalau dapat kat Mat Kecoh terpaksalah Mat Kecoh tukar nama jadi Mat Kaya pula....hhehe, Oh ya sebelum Mat Kecoh terlupa nama Pengarah Filem Sumpahan Kum Kum ini ialah Ismail Bob Hashim. Di dalam sesebuah filem, pelakon memainkan peranan yang amat penting....Mat Kecoh diberitahu antara pelakon-pelakon yang membintangi filem Sumpahan Kum Kum adalah Fezrul Khan, Putri Mardiana, Farisya Fatin, Lydiawati, Kaza dan dua lagi pendatang baru iaitu Shima Anuar dan Wawa Zainal. Mat Kecoh dapat lihat Filem Sumpahan Kum Kum ini begitu menarik kalau melihat kepada video trailer yang disediakan oleh syarikat yang menerbitkan Filem Sumpahan Kum Kum. Terlebih dahulu Mat Kecoh rasa adalah lebih elok sekiranya korang terlebih dahulu membaca sipnopsis filem Sumpahan Kum Kum sepertimana di bawah ini: SIPNOPSIS FILEM SUMPAHAN KUM KUM Sumpahan Kum Kum mengisahkan Mila yang memiliki wajah berjerawat, malu dengan keadaan rupanya lalu berjumpa dengan seorang dukun bagi mendapatkan rawatan susuk. Pantang laranganya adalah Mila tidak boleh melihat cermin selama 44 hari. Di tempat kerjanya, Mila yang dahulunya langsung tidak dipandang oleh lelaki, mula menjadi siulan ramai. Mila tidak sabar untuk melihat wajah barunya dan dia melihat cermin. Wajah Mila bertukar menjadi hodoh dan Mila pergi berjumpa dukun yang sama untuk memulihkan wajahnya. Setelah dipujuk dan dirayu, akhirnya dukun iaitu Mak Tom, memberitahu Mila bahawa satu-satunya cara untuk memulihkan wajahnya adalah dengan meminum darah 9 gadis sunti. Mila mengekori Shima ke tandas dan membunuhnya serta meminum darahnya. Shima adalah anak kepada Mak Tom. Mak Tom bertekad untuk membalas dendam terhadap kematian anaknya dan memanggil Mila dengan mengatakan kononnya ada cara lain untuk mencantikkan kembali wajahnya. Mak Tom melibas Mila dengan cangkul dan memasukkan tubuh Mila yang nyawa-nyawa ikan ke dalam lubang yang telah digalinya. Sebelum ditimbus, Mila sempat menyumpah yang dia akan membunuh anak-anak sunti keturunan Mak Tom. Mak Tom mempunyai seorang cucu, Tini dan Mak Tom bimbang Tini akan menjadi mangsa dendam Mila maka Mak Tom sentiasa bersikap dingin terhadap Tini. Hantu Mila(hantu kum-kum) sering merayau dan menggangu orang kampung. Pada suatu hari, Mak Tom meninggal dan wajahnya berulat dan dipenuhi lipas dan serangga. Rahsia Mak Tom terbongkar apabila Adi, anak lelaki Mak Tom pergi berjumpa Mak Leh, ibu saudaranya, untuk mendapatkan penjelasan tentang hantu Mak Tom dan hantu Shima yang menganggunya. Adi menyuruh isterinya, Nurul, membawa anak mereka pulang ke KL. Di KL, hantu Mila mengekori Tini dan Nurul sehingga dirumah. Nurul mendapat panggilan dari Adi menyuruhnya mengunci semua pintu dan tingkap. Malangnya, Mila sudah berada didalam rumah dan sedang bermain dengan Tini. Nurul mengunci dirinya dan Tini di dalam bilik. Di kampung, orang kampung sedang mengadakan upacara pengebumian mayat Mila. Adi bergegas pulang ke rumahnya di KL dan ketika tiba, Adi mendapati Tini berada di dalam bilik bersama hantu Mila dan sedang menjerit ketakutan. Adi berjaya membuka pintu dan mendapati hantu Mila sedang mengendong anaknya yang pengsan. Sebelum sempat hantu Mila menggigit leher Tini, hantu Mila menggelupur kerana pada ketika itu, di kampung, orang ramai sudah selesai mengebumikan mayat Mila dan sedang membaca Yassin. Di kubur Mila, kelihatan sorang wanita berjubah dan berhijab sedang berdiri tunduk melihat batu nisan. Video Trailer Filem Sumpahan Kum Kum MAT KECOH: Memang menyeramkan....berdebar-debar rasa di hati Mat Kecoh ini....
0 Comments
Leave a Reply. |
Mat Kecoh
Mat Kecoh yang sentiasa kecoh dengan pelbagai isu sensasi dan terkini.... Archives
May 2019
Kategori
All
|