Apa yang kau cari
Usah kau cari ketum untuk berkhayal Apa yang kau cari Usah kau cari membron untuk kelihatan gila Apa yang kau cari usah kau cari metapethamine untuk berjaga malam Apa yang kau cari Usah kau jadi kaya kerana mengedar dadah Apa yang kau cari Hari ini kaya esok bertemu padah Apa yang kau cari Ayuhlah kita berganding bahu membangun bangsa Apa yang kau cari Jangan kau cari nahas menjadi perosak bangsa Apa yang kau cari Marilah kita mencari kekayaan halal Apa yang kau cari Usahlah diragui mencari rezeki halal
0 Comments
HARI ini Mat Kecoh memilih untuk berkongsi dengan korang semua lirik lagu yang terhangat di pasaran pada masa ini. Lirik lagu yang Mat Kecoh maksudkan ialah lirik lagu terbaru Wings. Judul lagu tersebut adalah Ingatkan Dia.
Ingatkan Dia merupakan lagu terbaru dari Wings yang pada hari ini lagu ini boleh dikatakan lagu ini kerap diputarkan oleh stesen-stesen radio tanah air, tidak kiralah stesen radio kerajaan ataupun swasta. Ternyata lagu ini mendapat sambutan hangat di kalangan peminat-peminat muzik tanah air. Oleh yang demikian, Mat Kecoh memilih untuk berkongsi lirik lagu ini buat korang semua. Dengan adanya lirik ini dapatlah korang semua berhibur. Dalam keseronokkan korang semua berhibur jangan lupa tanggugjawab ye...berhibur tak salah asalkan tahu bertempat. Apa yang Mat Kecoh lihat daripada muzik video lagu ini sememangnya Vokal Vokalis Kumpulan Wings ternyata masih mantap. Lima bintang Mat Kecoh beri pada Awie. Ternyata penyanyi dulu-dulu sememangnya betul-betul hebat.
KALI ini Mat Kecoh memilih untuk berkongsi dengan korang semua informasi tentang Persembahan Keseniaan yang sinonim dengan negeri Cik Siti Wan Kembang yakni Kelantan. Persembahan yang Mat Kecoh maksudkan ialah persembahan Mak Yong. Mungkin ada diantara korang semua sudah biasa dengan persembahan Mak Yong tetapi tidak kurang juga yang tak biasa dengan persembahan Mak Yong.
Mak Yong merupakan sebuah persembahan kebudayaan yang unik dan mampu membuat penonton terpukau dengan persembahanya. Mak Yong juga mengandungi alunan-alunan muzik yang menenangkan selain itu persembahan Mak Yong ini juga mempunyai unsur-unsur mistik. Mak Yong merupakan salah satu tarian Melayu tradisional. Tarian mengambungkanya dengan drama atau lebih tepat lagi kalau kita menggelarnya sebagai Drama Tari. Ia biasanya dipertontonkan di Kelantan, Terengganu dan kedah. Mak yong mengabungkan unsur-unsur ritual, lakonan dan tarian yang digayakan muzik vokal, instrumental, cerita dan teks percakapan yang formal dan bersahaja. Mak Yong juga dikaitkan dengan salah satu cara perubatan. HARI ini Mat Kecoh ingin berkongsi cerita berkenaan dengan Kisah Tiga Mahkluk. Tiga Makhluk yang Mat Kecoh maksudkan ialah Manusia, Malaikat dan Syaitan. Kisah tiga makhluk ini mungkin berguna untuk korang semua sebagai teladan di dalam menghadapi hari-hari yang mendatang. Walaupun tiga mahkluk ini berbeza namun ia tetap ada satu persamaan. Apakah Persamaan itu? Persamaan ketiga-tiga makhluk ini ialah ketiga-tiganya adalah Mahkluk Allah walaupun ada makhluk yang melanggar perintah Allah tuhan seru sekian alam. Jadikan artikel blog Mat Kecoh hari ini sebagai salah satu bentuk ilmu yang berguna untuk memastikan kita sentiasa berada di landasan yang betul menuju Akhirat kerana kiamat sudah dekat jadi jangan lupa gandakan amal anda. HARI ini Mat Kecoh ingin bercakap mengenai Telco. Mungkin ia boleh dijadikan rujukan oleh korang semua untuk memilih Telco mana yang patut anda guna. Dunia zaman sekarang memerlukan kita pilih yang terbaik dari segi Planya mahupun kadarnya. Telco yang menjadi pilihan Mat Kecoh hari ini ialah Umobile. Baru-baru ini Umobile telah melancarkan Pek Prabayar Power khas untuk korang semua yang terlalu sibuk main internet di telefon pintar masing-masing. Sepertimana telco-telco lain yang ada di Malaysia, uMobile juga tidak melepaskan peluang untuk bersaing dengan telco-telco yang ada di bumi Malaysia ini. Mat Kecoh merasakan ini persaingan yang sihat dan tambahan pula ianya juga memberikan keuntungan kepada kita selaku pengguna telco. Daripada apa yang Mat Kecoh tahu Pek Prabayar Power Umobile banyak kelebihanya dan memang sesuai untuk dipakai oleh sesiapa sahaja yang meminatinya. Maklumat berkenaan pek prabayar tersebut Mat Kecoh letakkan di bawah:
FILEM terus menjadi pilihan Mat Kecoh untuk dikongsi dengan korang semua hari ini. Kali ini filem Kapsul pula dipilih Mat Kecoh untuk dijadikan artikel blog Mat Kecoh pada hari ini. Filem ini boleh dikategorikan sebagai filem sains fiksyen.
Faizal Hussein selaku watak utama filem ini mungkin mengingatkan kembali sewaktu era kegemilangan Faizal Hussein yang pernah berlakon dalam filem sains fiksyen sebelum ini. Untuk rekod filem Faizal Hussein sebelum ini ialah XX Ray I dan XX Ray II yang diarahkan Aziz M. Osman. Sebut kata Aziz M. Osman sememangnya Mat Kecoh merindui karya-karyanya yang luar biasa, Mat Kecoh abang Aziz M. Osman dapat membuat come back di dalam industri filem tempatan. Lupakan perkara yang lama marilah sama-sama kita berusaha untuk menghasilkan filem-filem daripada genre sains fiksyen. Sebelum Mat Kecoh jadi lebih mengarut adalah lebih baik kita balik kepada artikel blog ini. Bagi mereka yang ingin mendapatkan informasi tentang sipnopsis filem ini jangan lupa ya baca di bawah ini: |
Mat Kecoh
Mat Kecoh yang sentiasa kecoh dengan pelbagai isu sensasi dan terkini.... Archives
May 2019
Kategori
All
|