PROTON Suprima S baru sahaja dilancarkan oleh Mantan Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohammad baru-baru ini, oleh yang demikian hari ini Mat Kecoh mengambil kesempatan ini untuk berkongsi dengan anda semua berkenaan kereta nasional terbaru ini. Mungkin juga artikel ini boleh dijadikan panduan untuk membeli atau tidak membeli kereta ini. Proton Suprima S dikatakan merupakan antara model terbaik keluaran Proton, mungkin ia juga sebahagian daripada program transformasi Proton. Bagi Mat Kecoh Proton Suprima S adalah antara model terbaik yang dikeluarkan oleh syarikat pengeluaran Kereta Nasional itu. Bagi memudahkan anda semua membuat pilihan adalah lebih elok Mat Kecoh membincangkan dulu berkenaan dengan spesifikasi kereta terbaru keluaran Proton ini. Spesifikasinya adalah sebagaimana berikut:
0 Comments
HARI ini Mat Kecoh ingin membawa anda semua melancong ke Pantai Bukit Keluang, Besut, Terengganu. Ia merupakan pantai yang mempunyai pandangan menarik berlatarbelakangkan pulau-pulau yang menarik dan mendamaikan selain sejuk mata memandang. Pantai Bukit Keluang letaknya di dalam daerah Besut. Besut merupakan salah sebuah daerah yang berada di dalam negeri Terengganu dan bersempadan dengan negeri Kelantan. Perjalanan dari Kota Bharu ke Bukit Keluang mengambil masa-masa kira satu jam 15 minit. Manakala perjalanan dari bandar Jerteh mengambil lebih kurang 20 minit. Selain itu, perjalanan dari Kuala Terengganu ke Bukit Keluang mengambil masa kira-kira 1 Jam 45 minit. Pulau-pulau yang paling jelas boleh dilihat di Bukit Keluat ialah Pulau Rhu kerana jaraknya begitu dekat dengan Bukit Keluang. Walaubagaimanapun Pulau Perhentian Kecil dan Pulau Perhentian Besar juga dapat dilihat dari Bukit Keluang sekiranya keadaan cuaca yang tidak berkabus ataupun tidak mendung. Penginapan yang berdekatan dengan Bukit Keluang adalah: Bukit Keluang Beach Resort Damai Beach Resort Tanjung Demong Beach Resort Manor Beach Resort Taman Azimos Chalet Kem Seri Keluang JABATAN Pengangkutan Jalan atau ringkasnya JPJ merupakan sebuah jabatan kerajaan yang bertangunggjawab sepenuhnya dalam urusan berkaitan dengan pengangkutan jalan. Perkhidmatan yang ditawarkan oleh mereka adalah antaranya ialah memperbaharui lesen memandu dan memperbaharui cukai jalan selain pendaftaran nombor kenderaan. Itulah yang menjadi bidang kuasa JPJ sejak sekian lama. Hendak dijadikan cerita hari ini Mat Kecoh pergi membuat urusan memperbaharui Lesen Memandu di Pejabat JPJ Cawangan Kecil, Besut, Terengganu. Disebabkan Mat Kecoh memperbaharui lesen memandu itu lewat sebulan maka terpaksalah Mat Kecoh membayar 2 tahun pembaharuan lesen memandu, tak mengapalah ini sememangnya Mat Kecoh yang salah lagipun tak rugi apa-apa pun. Namun, apa yang Mat Kecoh tak berpuas hati ialah layanan yang diberikan oleh pekerja-pekerja di kaunter perkhidmatan JPJ ini. Kalau Mat Kecoh nak beri markah daripada 1-10, Mat Kecoh rasa layak diberi satu sahaja tu pun markah kesian. Layanan yang diberikan amatlah mengecewakan Mat Kecoh. RAMADHAN telah berlalu pergi meninggalkan kita, kini kita berada pula di bulan Syawal 1434 Hijrah. Pada bulan inilah kita meraikan hari kemenangan kita setelah hampir sebulan kita menunaikan ibadah puasa bersama dengan amal ibadat yang menjadi penambah perisa untuk pahala puasa kita. Setelah hampir sebulan kita berperang dengan nafsu akhirnya dapat kita menyambut hari kemenangan kita dengan penuh kejayaan. Adakah puasa kita mendapat markah penuh ataupun tidak belum kita ketahui namun kita sudah berusaha untuk mencapai markah penuh namun kita hanyalah manusia biasa yang tak lekang melakukan kesalahan. Kesempatan ini Mat Kecoh ambil untuk mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, maaf zahir dan batin kepada semua pembaca atau follower setia blog Mat Kecoh yang tak seberapa ini. Mat Kecoh menyusun sepuluh jari memohon kemaafan daripada anda semua agar dapatlah anda semua memaafkan sebarang kesalahan dan kekhilafan Mat Kecoh. Kepada yang sedang leka menjamah juadah raya tu makanlah dengan elok-elok dan berpada-padalah maklum sahajalah sebulan kita berpuasa nanti perut kita 'terkejut' tak pasal-pasal pula kita berulang alik ke tandas. |
Mat Kecoh
Mat Kecoh yang sentiasa kecoh dengan pelbagai isu sensasi dan terkini.... Archives
May 2019
Kategori
All
|