![]() MAT KECOH percaya ramai yang berada di luar sana telah mengetahui tentang Deklarasi Menuntut DS Najib Razak meletak jawatan anjuran bersama mantan Perdana Menteri Tun Mahathir Mohammad dan juga pembangkang. Secara dasarnya Mat Kecoh turut bersetuju dengan pandangan yang dilontarkan oleh Tun Mahathir, kerana DS Najib Razak terbukti gagal menjadi Perdana Menteri yang cemerlang, lihat sahaja ketidaktentuan ekonomi dan kejatuhan nilai Ringgit yang gagal diatasi oleh DS Najib Razak selaku Perdana Menteri. Malah tidak nampak sebarang usaha oleh DS Najib Razak untuk memulihkan ekonomi dan juga mengukuhkan nilai ringgit, sebaliknya beliau lebih mementingkan usaha-usaha untuk memperkukuhkan kedudukanya sebagai Perdana Menteri dengan membuat tindakan-tindakan drastik berupa pemutihan dengan memecat sesiapa sahaja yang tidak sebulu denganya dengan cara terang-terangan mahupun cara yang penuh tersirat. Dewasa ini rakyat sebenar-benarnya tertekan dengan situasi ekonomi negara. Keadaan ekonomi negara sekarang ini, benar-benar memberikan tekanan dan kesusahan kepada rakyat. Adakah ini yang dikatakan yang dipilih rakyat? Kerajaan yang dipilih rakyat akhirnya menyusahkan rakyat sekaligus kerajaan Dinasti Najib Razak telah menyebabkan UMNO telah disenarai hitam oleh rakyat dan tunggu masa dan ketika sahaja untuk rakyat Meisytiharkan UMNO Muflis dengan memilih pembangkang pada PRU14 kelak. Tiada guna lagi DS Najib Razak mempertahankan jawatanya kerana sememangnya kedudukanya telah terjejas walaupun beliau mampu mempertahankan kedudukanya di dalam UMNO, beliau belum tentu mampu mempertahankan kedudukanya sebagai Perdana Menteri, beliau kena ingat Rakyat adalah hakim negara.
0 Comments
![]() LAMA juga Mat Kecoh tidak mengemaskini blog ini, ekoran daripada Mat Kecoh terlalu sibuk dengan tugas-tugas harian Mat Kecoh sehinggakan tiada masa untuk Mat Kecoh mendampingi blog ini, namun setelah sekian lama akhirnya Mat Kecoh mempunyai masa terluang jadi Mat Kecoh pun tidak mensia-siakan masa terluang ini untuk mengemaskini blog ini. Sepanjang peninggalan Mat Kecoh bermacam-macam isu hangat telah menghangatkan tanah air kita yakni Malaysia. Paling baru sekali ialah Perhimpunan Bersih 3.0 yang diadakan di Dataran Merdeka baru-baru ini. Sebelum Mat Kecoh mengulas lebih lanjut mengenai Perhimpunan Bersih 3.0 terlebih dahulu ingin ditegaskan di sini bahawa Mat Kecoh seorang yang berkecuali dan tidak menyokong mana-mana pihak, bagi Mat Kecoh adalah lebih baik ianya diulas menggunakan pandangan Mat Kecoh sendiri dan tidak menyebelahi mana-mana pihak. |
Mat Kecoh
Mat Kecoh yang sentiasa kecoh dengan pelbagai isu sensasi dan terkini.... Archives
September 2015
Kategori
All
|