BERSEMPENA dengan Hari Raya Aidilfitri 1438H, Mat Kecoh ingin berkongsi dengan korang semua sebuah lagu raya baru untuk sama-sama kita meriahkan sambutan Hari Raya Aidilfitri pada kali ini. Tajuk lagu ini ialah Hang Pi Raya yang dinyanyikan oleh kumpulan Khalifah. Mat Kecoh akan turut kongsikan lirik lagu ini untuk kemudahan korang semua.
LIRIK LAGU JUDUL LAGU : HANG PI RAYA ARTIS: KHALIFAH
0 Comments
HARI ini |Mat Kecoh ingin berkongsi dengan korang semua satu perbaningan kelajuan top speed antara dua buah motosikal yang mempunyai cc yang sama iaitu 150cc. Kedua-dua buah motosikal ini adalah versi standard kilang tanpa apa-apa pengubahsuaian. Mari kita tengok siapa yang lagi power. Adakah Honda RS150R atau Yamaha Y15ZR yang lagi power.
Adalah lebih elok jika kita tengok terlebih dahulu spesikasi kedua-kedua jentera ini. Ini mungkin boleh korang jadi rujukan jika nak membuat keputusan nak beli yang mana satu di antara kedua-dua jentera yang bertenaga ini. Spesifikasi Honda RS150R HARI ini Mat Kecoh ingin berkongsi satu artikel yang tidak kurang menariknya. Artikel yang Mat Kecoh maksudkan ialah artikel Surat Mohon Cuti dalam versi Kelantan. Surat ini sepertimana surat-surat biasa namun, apa yang uniknya surat ini dikarang dengan menggunakan loghat Kelantan.
Surat ini juga mengandungi beberapa entry lucu yang akan membuat korang tidak kering gusi dibuatnya. Terlebih dahulu eloklah Mat Kecoh terjemahkan dahulu dalam bahasa surat untuk memudahkan korang memahami surat ini. TERJEMAHAN SURAT MENGIKUT BAHASA SURAT Kepada, Bos Besar Tempat Kerja Saya Bos, MEMOHON TAMBAHAN CUTI RAYA Adalah saya merujuk kepada perkara di atas 2. Saya mahu memberitahu bos, saya kerja di sini sudah lama doh sejak zaman Tokong Tonggek lagi, tapi setiap kali cuti raya saya boleh cuti sedikit sahaja. Biasanya subuh hari di pagi raya saya tiba di kampong. Mak dan Ayah selalu berleter. 3. Sehubungan itu, raya tahun ini saya minta bos biar reti bahasa sikit. Apa-apa pun saya nak cuti lebih juga. Boleh dua hari sebelum raya dan tiga hari selepas raya pun dah tak mengapa. Balik Kuala Lumpur tak adalah kena masuk pejabat terus, letih bos. KL ke Besut, 7/8 Jam tapi kalau musim raya tak tahulah lama mana. Krem punggong saya. Kalau masuk pejabat pun tak boleh buat kerja juga. Saya berharap bos mengambil peduli pada masalah saya ini. Saya akan buat sujud syukur terus jika bos meluluskan permohonan saya ini. Lepas raya saya nanti saya akan belanja bos makan nasi ulam dengan ikan singang cicah budu, oh sedap bos. Terima kasih banyak. "Biar Reti Bahasa Sikit yang benar, Anok Besut Nak Balik Raya Di Kampung. VERSI KELANTAN
HARI ini Mat Kecoh ingin bercakap mengenai cukai jalan atau dalam Bahasa Inggerisnya dipanggil Road Tax. Kebanyakkan daripada kita sering terlupa untuk membayar cukai jalan atau road tax ini maklum sahajalah kalau road tax mati bertahun pun dia tidak berbau ini membuatkan kita tidak perasan sehingga kita terlihat baru perasan. Itulah kelemahan kita seringkali terlupa.
Hari ini bersama-samalah kita mengubahnya agar di masa akan datang kita tidak akan terlupa lagi, jika terlupa lagi dikhuatiri kita akan menerima padah, cuba bayangkan kita tidak perasan cukai jalan kereta kita sudah mati tetapi kebetulan abang Polis ke abang JPJ buat sekatan jalan raya atau road block kita main lalu je lah sampai giliran kita abang polis ke abang jpj tu minta kita tandantangan satu surat, ya lah surat apa lagi surat saman lah apalagi bayarlah sebelum tamat tempoh saman tu, tak pasal-pasal dua kali kena kena keluar modal, modal pertama bayar saman, modal kedua bayar roadtax Oleh itu, kita sebagai pengguna jalanraya perlulah alert dengan tarikh mati cukai jalan kita kalau tak nak rugi. Tapi kalau korang banyak duit silakan sahaja kalau korang tak kisah habis banyak duit, mungkin korang ni dari keluarga beruang eh silap berwang jadi tak kisahlah keluar banyak pun. Bagi yang kais pagi makan pagi kais petang makan petang janganlah buat camni kelak anda juga termenung.
HARI INI Mat Kecoh nak kecoh pasal CTOS, persoalan yang Mat Kecoh nak kecohkan ialah kenapa perlu adanya CTOS, kewujudan CTOS sememangnya menyusahkan orang ramai. Sedangkan kita sudah ada CCRIS sebagai rujukan kredit sah yang disediakan oleh Bank Negara Malaysia.
Kewujudan CTOS sebagai rujukan kredit sebenarnya telah benar-benar menyusahkan orang ramai, baru-baru ini Mat Kecoh ada menerima rungutan mengenai salah seorang mangsa yang disenarai CTOS, paling mengejutkan sudah lama pinjaman yang tersenarai sebagai trade referee dalam CTOS sebenarnya sudah lama dijelaskan. Akibat penyenaraian di dalam CTOS tersebut, mangsa gagal untuk memohon pinjaman daripada mana institusi kewangan. Ini bermakna, CTOS yang begitu lembab dalam bertindak mengemaskini datanya menyebabkan si mangsa menjadi mangsa kepada CTOS. |
Mat Kecoh
Mat Kecoh yang sentiasa kecoh dengan pelbagai isu sensasi dan terkini.... Archives
May 2019
Kategori
All
|