BEGITU PANTAS Masa berlalu, Biarpun Ramadhan yang lalu telah berlalu pergi walaupun kita rasa baru beberapa hari yang lalu Ramadhan meninggalka kita tapi kini Ramadhan datang lagi mengunjungi kita, ketibaan bulan yang penuh keberkatan ini memang ditunggu-tunggu oleh sekalian Umat Islam di seantero dunia.
Kalau markah pahala kita di Ramadhan yang lalu sekadar cukup-cukup makan, maka Ramadhan kali ini kita hendaklah berusaha agar Ramadhan kali ini adalah yang lebih baik daripada yang telah berlalu meninggalkan kita. Mari bersama kita jadikan Ramadhan kali ini seolah-olah Ramadhan yang terakhir bagi hidup kita. Menjadi kelaziman bila tiba Ramadhan ialah di siangnya kita sama-sama menahan lapar dan dahaga di samping menjauhi perkara-perkara yang membatalkan puasa malah perkara-perkara yang boleh mengurangkan markah pahala atau ganjaran puasa tersebut, dan tidak semata-mata hanya dapat lapar dan dahaga. Dikesempatan ini, Mat Kecoh selaku insan biasa yang tidak lekang melakukan kesalah ingin menyusun sepuluh jari kepada semua pembaca blog mat kecoh ini, sekiranya sepanjang Mat Kecoh bergelar blogger ini ada kesilapan-kesilapan diri Mat Kecoh yang secara sengaja mahupun tidak sengaja yang dilakukan oleh Mat Kecoh kerana saya hanyalah Manusia biasa yang tahu tulis baca kadang-kadang terlupa watak dan perangai aku manusia.
0 Comments
MAT KECOH percaya ramai yang berada di luar sana telah mengetahui tentang Deklarasi Menuntut DS Najib Razak meletak jawatan anjuran bersama mantan Perdana Menteri Tun Mahathir Mohammad dan juga pembangkang. Secara dasarnya Mat Kecoh turut bersetuju dengan pandangan yang dilontarkan oleh Tun Mahathir, kerana DS Najib Razak terbukti gagal menjadi Perdana Menteri yang cemerlang, lihat sahaja ketidaktentuan ekonomi dan kejatuhan nilai Ringgit yang gagal diatasi oleh DS Najib Razak selaku Perdana Menteri. Malah tidak nampak sebarang usaha oleh DS Najib Razak untuk memulihkan ekonomi dan juga mengukuhkan nilai ringgit, sebaliknya beliau lebih mementingkan usaha-usaha untuk memperkukuhkan kedudukanya sebagai Perdana Menteri dengan membuat tindakan-tindakan drastik berupa pemutihan dengan memecat sesiapa sahaja yang tidak sebulu denganya dengan cara terang-terangan mahupun cara yang penuh tersirat. Dewasa ini rakyat sebenar-benarnya tertekan dengan situasi ekonomi negara. Keadaan ekonomi negara sekarang ini, benar-benar memberikan tekanan dan kesusahan kepada rakyat. Adakah ini yang dikatakan yang dipilih rakyat? Kerajaan yang dipilih rakyat akhirnya menyusahkan rakyat sekaligus kerajaan Dinasti Najib Razak telah menyebabkan UMNO telah disenarai hitam oleh rakyat dan tunggu masa dan ketika sahaja untuk rakyat Meisytiharkan UMNO Muflis dengan memilih pembangkang pada PRU14 kelak. Tiada guna lagi DS Najib Razak mempertahankan jawatanya kerana sememangnya kedudukanya telah terjejas walaupun beliau mampu mempertahankan kedudukanya di dalam UMNO, beliau belum tentu mampu mempertahankan kedudukanya sebagai Perdana Menteri, beliau kena ingat Rakyat adalah hakim negara.
FILEM terus menjadi pilihan Mat Kecoh untuk dikongsi dengan korang semua hari ini. Kali ini filem Kapsul pula dipilih Mat Kecoh untuk dijadikan artikel blog Mat Kecoh pada hari ini. Filem ini boleh dikategorikan sebagai filem sains fiksyen.
Faizal Hussein selaku watak utama filem ini mungkin mengingatkan kembali sewaktu era kegemilangan Faizal Hussein yang pernah berlakon dalam filem sains fiksyen sebelum ini. Untuk rekod filem Faizal Hussein sebelum ini ialah XX Ray I dan XX Ray II yang diarahkan Aziz M. Osman. Sebut kata Aziz M. Osman sememangnya Mat Kecoh merindui karya-karyanya yang luar biasa, Mat Kecoh abang Aziz M. Osman dapat membuat come back di dalam industri filem tempatan. Lupakan perkara yang lama marilah sama-sama kita berusaha untuk menghasilkan filem-filem daripada genre sains fiksyen. Sebelum Mat Kecoh jadi lebih mengarut adalah lebih baik kita balik kepada artikel blog ini. Bagi mereka yang ingin mendapatkan informasi tentang sipnopsis filem ini jangan lupa ya baca di bawah ini: |
Mat Kecoh
Mat Kecoh yang sentiasa kecoh dengan pelbagai isu sensasi dan terkini.... Archives
May 2019
Kategori
All
|