![]() TERENGGANU sebuah negeri cantik dan budaya dia menarik. Apabila berkunjung ke negeri ini sudah tentu makanan yang sinonim dengan Terengganu adalah Nasi Dagang. Namun sebenarnya ada lagi satu menu yang juga sinonim dengan Terengganu. Menu tersebut adalah Nasi Goreng Ikan Terengganu. Nasi goreng ini memang lazat namun korang semua susah dapat jumpa di kedai-kedai makan kerana biasanya menu ini kebanyakkan menjadi hidangan di rumah semata-mata. Kelazatan Nasi Goreng Ikan ini sememangnya tiada tolok bandingnya, malah mungkin kalau korang semua cuba makan nasi ini mungkin korang semua tak cukup kalau setakat makan sepinggan dua kerana menu ini tidak 'muak' malah yang tak berselera untuk makan sebelum ini akan menjadi berselera apabila menjamah menu ringkas tetapi lazat ini. Nasi Goreng ini sememangnya popular di kalangan suri-suri rumah sepenuh masa di negeri Darul Iman ini, negeri dimana letaknya pembuat kapal tersohor yang tinggal di Pulau Duyung, Kuala Terengganu. Menu ringkas tapi lazat ini ternyata menjadi kesukaan ramai termasuklah Mat Kecoh sendiri. Bila Sebut Nasi Goreng Ikan Terengganu ini mulut dah berasa berair kerana tak sabar untuk menikmati menu istimewa ini. Oleh yang demikian, Hari Ini Mat Kecoh memilih untuk berkongsi resipi menu yang berasal dari Terengganu ini.
0 Comments
![]() HARI ini Mat Kecoh ingin berkongsi dengan anda semua berkenaan dengan resepi sejenis kuih tradisional yang begitu popular terutamanya apabila tibanya bulan Ramadhan Al-Mubarak. Kuih yang Mat Kecoh maksudkan ialah onde-onde ataupun ia turut dipanggil Buah Melaka. Onde-onde biasanya mudah kita jumpa apabila kita berada di dalam bulan Ramadhan AL-Mubarak. Pendek kata kuih ini memang sinonim dengan bulan Ramadhan. Kuih ini diperbuat daripada Tepung Beras Pulut dan Gula Melaka. Pengemar kuih ini lazimnya tidak akan melepaskan peluang untuk mendapatkan kuih ini apabila tibanya bulan Ramadhan Al-mubarak. Malah kuih ini dijadikan 'menu wajib' setiap kali mereka berbuka puasa. ![]() SALAM 1Malaysia khas buat semua pembaca dan pengikut setia blog Mat Kecoh yang tak seberapa ini, hari ini sempurna masih di bulan Hari Raya Aidilfitri yakni bulan Syawal, Mat Kecoh rasa mungkin masa yang terbaik untuk Mat Kecoh berkongsi satu resipi yang agak sinonim dengan Aidilfitri, resipi tersebut ialah Resepi Biskut Almond London. Bahan-bahan ( +/- 150 biji )
|
Mat Kecoh
Mat Kecoh yang sentiasa kecoh dengan pelbagai isu sensasi dan terkini.... Archives
September 2015
Kategori
All
|