![]()
LIRIK Dengarilah The 4AITH /The Faith
Cover Lagu Despacito / Lagu Versi Melayu Despacito (Aniq) Aku pernah Dengar cerita Tentang dunia Akhir zaman ini Betapa situasi kita diuji Oh, teman… Manusia terus buntu Kebenaran tak bersatu Dan agama Direndahi dan dihina Hina… Kita terus bergaduh Sesama sendiri Musuh bersatu Terus menghancuri Hingga kita terus hanyut Dengan dosa tanpa resah! Keliru hak batil! Dan arah tuju!
0 Comments
![]()
MAT KECOH hari ini ingin berkongsi satu lirik lagu daripada salah seorang penyanyi cilik yang berbakat besar, artis yang Mat Kecoh maksudkan ialah Aliff Amierul dengan lagu dari single beliau yang berjudul Ku Percaya. Mendengar suaranya begitu mengasyikkan dan memang akan membuatkan korang semua terhibur bila mendengar lagu ini.
Aliff Amierul merupakan seorang penyanyi cilik yang berbakat, di harap beliau dapat menyaingi populariti penyanyi cilik dari seberang iaitu Tegar Septian. Mat Kecoh amat berharap janganlah kehadiran penyanyi cilik ini sekadar untuk satu lagu single ini sahaja, sebaiknya perbanyakkan lagi lagu-lagunya agar penyanyi cilik negara kita mampu menyaingi penyanyi cilik dari seberang terutamanya Tegar Septian. Daripada lagu yang bertajuk Ku Percaya nyanyian Aliff Amierul ini Mat Kecoh percaya bintang cilik ini ada nilai komersialnya dan mampu pergi jauh. Oleh yang demikian, jangan sia-siakan bakat yang ada pada bintang kecil ini demi kemajuan industri muzik tempatan. ![]()
HARI ini Mat Kecoh memilih untuk berkongsi dengan korang semua lirik lagu yang terhangat di pasaran pada masa ini. Lirik lagu yang Mat Kecoh maksudkan ialah lirik lagu terbaru Wings. Judul lagu tersebut adalah Ingatkan Dia.
Ingatkan Dia merupakan lagu terbaru dari Wings yang pada hari ini lagu ini boleh dikatakan lagu ini kerap diputarkan oleh stesen-stesen radio tanah air, tidak kiralah stesen radio kerajaan ataupun swasta. Ternyata lagu ini mendapat sambutan hangat di kalangan peminat-peminat muzik tanah air. Oleh yang demikian, Mat Kecoh memilih untuk berkongsi lirik lagu ini buat korang semua. Dengan adanya lirik ini dapatlah korang semua berhibur. Dalam keseronokkan korang semua berhibur jangan lupa tanggugjawab ye...berhibur tak salah asalkan tahu bertempat. Apa yang Mat Kecoh lihat daripada muzik video lagu ini sememangnya Vokal Vokalis Kumpulan Wings ternyata masih mantap. Lima bintang Mat Kecoh beri pada Awie. Ternyata penyanyi dulu-dulu sememangnya betul-betul hebat. ![]() CUMA tinggal beberapa hari lagi kita nak sambut Hari Raya Aidilfitri, oleh yang demikian Mat Kecoh hari ini ingin bercakap mengenai raya. Maklum sahajalah raya pun dah nak dekat ni. Cuma tinggal beberapa hari aje lagi. Di kesempatan ini Mat Kecoh ingin ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua terutamanya pembaca setia blog Mat Kecoh. Kalau ada salah dan silap harap dimaafkan maklum sahajalah Mat Kecoh ni cuma manusia biasa yang tidak lepas daripada melakukan sebarang kesilapan. Apabila kita bercakap mengenai raya sudah tentu satu perkara yang sinonim dengan raya iaitu lagu raya. Bercakap mengenai lagu raya, ada satu lagu raya yang paling Mat Kecoh minati, lagu raya tersebut ialah Cahaya Aidilfitri yang dinyanyikan oleh Black Dog Bone. Liriknya sepertimana di bawah: |
Mat Kecoh
Mat Kecoh yang sentiasa kecoh dengan pelbagai isu sensasi dan terkini.... Archives
September 2015
Kategori
All
|