POPULARITI sesebuah website itu biasanya kita ukur dengan kehadiran trafik yang melayari website tersebut. Terdapat bermacam cara untuk meningkatkan bilangan pengunjung ataupun trafik ke website anda, bagi yang berkemampuan bolehlah menggunakan khidmat pengiklanan Google Ads ataupun Facebook Ads dengan sedikit kos bayaran.
Namun, ada juga cara yang tidak memerlukan korang semua mengeluarkan bayaran. Hari ini Mat Kecoh akan berkongsi dengan korang semua berhubung caranya untuk mendapatkan trafik yang lebih tinggi ke website korang semua. Terlebih dahulu Mat Kecoh memberi amaran kepada korang semua cara ini tidak sesuai untuk website yang mempunyai iklan Google Adsense kerana ia mungkin akan mengakibatkan akaun Google Adsense anda di banned. Walaupun, Website yang mempunyai iklan Google Adsense boleh dimuatkan ke dalam fungsi-fungsi lain yang ada disediakan oleh EasyHits4u. Hanya fungsi Autosurf sahaja tidak boleh letak iklan Google Adsense bagi mengelakkan anda dihukum oleh Google.
0 Comments
KETIDAKTENTUAN EKONOMI global telah memberi kesan kepada negara-negara di seluruh dunia. Negara kita Malaysia turut tidak terkecuali dari terkena tempias kemelesetan ekonomi global ini. Di ikuti pula dengan kejatuhan nilai ringgit dari sehari ke sehari sekaligus ia juga turut membuatkan pasaran ekonomi domestik menjadi lembab.
Sebenarnya sewaktu dunia mengalami kemerosotan ekonomi ianya waktu yang sesuai bagi kita untuk menyimpan. Ada pelbagai cara untuk kita menyimpan terpulanglah kepada korang semua untuk menyimpan macamana. Ada yang memilih untuk menyimpanya di rumah mungkin juga di bawah bantal, namun bagi Mat Kecoh akhir-akhir kadar jenayah meningkat jadi menyimpan di bawah bantal di rumah anda mungkin satu masa nanti akan membuatkan korang semua rugi besar. Mungkin juga ada yang memilih untuk menyimpanya dengan skim-skim cepat kaya tapi skim ini tidak mampu memberi apa jaminan kepada kita kerana akhirnya korang semua juga yang merana. Mungkin ada yang memilih untuk menyimpan di akaun simpanan biasa ataupun simpanan tetap di bank-bank, namun pulangannya pula tidak berbaloi. Mungkin juga boleh menyimpan di Tabung Haji kerana ia bukan sahaja berbaloi tetapi simpanan anda sudah dibayar zakatnya. Paling ramai yang memilih Amanah Saham seperti Amanah Saham Bumiputera (ASB) sebagai simpanan mereka kerana dividen yang ditawarkan kompetitif. Namun, ramai tidak tahu Simpanan Emas juga satu instrumen simpanan @ pelaburan yang menguntungkan.
LIRIK Dengarilah The 4AITH /The Faith
Cover Lagu Despacito / Lagu Versi Melayu Despacito (Aniq) Aku pernah Dengar cerita Tentang dunia Akhir zaman ini Betapa situasi kita diuji Oh, teman… Manusia terus buntu Kebenaran tak bersatu Dan agama Direndahi dan dihina Hina… Kita terus bergaduh Sesama sendiri Musuh bersatu Terus menghancuri Hingga kita terus hanyut Dengan dosa tanpa resah! Keliru hak batil! Dan arah tuju!
MYFREEVIEW TV merupakan siaran digital percuma untuk korang semua. Ia adalah satu projek DTT (Televisyen Terestial Digital) yang dikawal selia oleh Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC). Penyediaan khidmat radio dan tv terbaik untuk rakyat merupakan satu inisiatif kerajaan. Tanpa bayaran bulanan semua siaran akan dapat ditonton dengan lebih jelas dengan pembaharuan ini.
Mengapa perlu tukar Siaran Analog Kepada Siaran Digital? Pemindahan siaran analog sedia ada kepada siaran digital sedang proses oleh kerajaan. Untuk menikmati siaran digital, anda perlu mendapatkan alat penerima, iaitu dekoder MYTV (jenis DVB-T2) yang perlu disambungkan kepada TV anda dan aerial UHF. Selain itu, anda juga boleh menikmati siaran digital dengan membeli TV digital (IDTV) yang dilengkapi dengan penala digital (built-in digital tuner).
WANG TIDAK DITUNTUT boleh didefinasikan kepada sejumlah wang yang kena bayar di sisi undang-undang kepada empunya tetapi tidak bayar di dalam tempoh tidak kurang dari satu (1) tahun di dalam kategori pertama.
Contoh Wang Tidak Dituntut bagi kategori ini ialah:
Wang di dalam kredit sesuatu akaun yang telah tidak dikendalikan oleh empunya dengan apa cara sekalipun dalam tempoh masa tidak kurang dari tujuh (7) tahun di dalam kategori kedua. Contoh wang tidak dituntut dalam kategori ini ialah
Wang di dalam kredit satu akaun dagangan yang telah tidak dikendalikan melalui apa-apa urusniaga dalam satu tempoh tidak kurang dari dua (2) tahun. Contoh wang tidak dituntut dalam kategori ini ialah:
SEJAK AKHIR-AKHIR ini lagu Despacito telah mendapat tempat di kalangan penggemar-pengemar muzik tanah air. Oleh yang demikian Mat Kecoh memilih untuk berkongsi dengan korang semua sebuah lagu yang bertajuk Despacito cuma bezanya ialah Despacito ini dalam versi Kelantan.
Walaupun lagu Despacito ini dalam versi Kelantan namun ia tetap mampu menghiburkan korang semua. Lagu Despacito versi asal telah pun menjadi viral dan menjadi kegilaan ramai peminat-peminat muzik. Muzik sememangnya satu terapi terbaik yang berguna untuk merawat otak kita sebagai manusia biasa yang tak pernah lari daripada dikunjungi masalah yang menimpa-nimpa. Oleh yang demikian, Despacito Kelantan ini mungkin juga dapat membantu korang semua di dalam mengharungi onak-onak berduri, jalan-jalan yang berliku dan mendaki gunung yang mencanak tinggi.
NOKIA satu jenama telefon bimbit yang digemari dan begitu popular tidak lama dahulu, namun setiap yang berada di atas pasti akan turun ke bawah begitu juga kisahnya Nokia, kehadiran peranti-peranti yang menggunakan sistem operasi Android telah berjaya melemahkan Nokia dari pasaran telefon bimbit dunia dan paling memeranjatkan akhirnya Nokia menemui kegagalan selepas siri percubaan menggunakan platform Windows Mobile ternyata gagal mengalahkan kemaraan platform Android.
Kini Nokia boleh diibaratkan sebagai hidup segan mati tak mau sekali lagi tampil dengan percubaan terbarunya dalam menguasai semula pasaran telefon bimbit dunia, langkah pertama Era Baru Nokia ialah mengeluarkan semula model lama yang dinaik taraf, model yang mat kecoh maksudkan ialah Nokia 3310 New (2017). Mampukah Nokia bersaing dengan peranti-peranti yang ada di pasaran masa kini semuanya korang semua kena tunggu dan lihat kerana ia masih terlalu awal untuk kita menilai mengenainya. Kelahiran semula Nokia ini mungkin sedikit sebanyak mampu memberi alternatif baru kepada pengguna-pengguna telefon bimbit di seluruh dunia dan mungkin juga mampu meningkatkan pertumbuhan pengeluaran telefon bimbit dunia.
FILEM XXRAY satu masa dulu telah mendapat tempat dikalangan peminat tempatan kerana jarang sekali filem Melayu mahu mengenengahkan filem yang bergenre sains fiksyen ini. Kejayaan XXRay I dan XXRay II satu masa dahulu sudah tentu menjadi indikasi bahawa kesinambungan filem ini perlu diteruskan.
Setelah bertahun lama, kini akhirnya XXRAY sekali lagi menemui kita meneruskan kesinambungan XXRay I dan XX Ray II yang ternyata mendapat sambutan hangat ketika itu. Mungkinkah XXRAY III mampu mengembalikan zaman kegemilanganya tak lama dahulu? Kita tunggu dan lihat sahaja. Filem arahan Aziz M Osman yang sebelum ini belum pernah mengecewakan penontonya, Jadi adakah buah tanganya kali ini membuahkan hasil sepertimana karya-karya beliau yang terdahulu. Mungkinkah ianya lebih hebat daripada dahulu semua jawapan hanya korang akan peroleh setelah menonton filem ini, jadi jangan lupa jadi penonton filem XXRAYIII di panggung wayang berdekatan dengan korang.
MAT KECOH hari ini ingin berkongsi satu lirik lagu daripada salah seorang penyanyi cilik yang berbakat besar, artis yang Mat Kecoh maksudkan ialah Aliff Amierul dengan lagu dari single beliau yang berjudul Ku Percaya. Mendengar suaranya begitu mengasyikkan dan memang akan membuatkan korang semua terhibur bila mendengar lagu ini.
Aliff Amierul merupakan seorang penyanyi cilik yang berbakat, di harap beliau dapat menyaingi populariti penyanyi cilik dari seberang iaitu Tegar Septian. Mat Kecoh amat berharap janganlah kehadiran penyanyi cilik ini sekadar untuk satu lagu single ini sahaja, sebaiknya perbanyakkan lagi lagu-lagunya agar penyanyi cilik negara kita mampu menyaingi penyanyi cilik dari seberang terutamanya Tegar Septian. Daripada lagu yang bertajuk Ku Percaya nyanyian Aliff Amierul ini Mat Kecoh percaya bintang cilik ini ada nilai komersialnya dan mampu pergi jauh. Oleh yang demikian, jangan sia-siakan bakat yang ada pada bintang kecil ini demi kemajuan industri muzik tempatan. |
Mat Kecoh
Mat Kecoh yang sentiasa kecoh dengan pelbagai isu sensasi dan terkini.... Archives
May 2019
Kategori
All
|