Lagu Anak Kampung - Jimmy Palikat 05/15/2012
HARI ini Mat Kecoh ingin Berkongsi sebuah lagu yang semakin popular sejak akhir-akhir, bertambah popular pasca program Raja Lawak Astro Peringkat Akhir. Lagu yang mat kecoh maksudkan ialah Anak Kampung, lagu ini dinyanyikan oleh Jimmy Palikat. Lagu Anak Kampung atau lagu Asalnya Tanak Kampung semakin mendapat sambutan hangat di kalangan peminat-peminat muzik tanah air, Lagu ini menjadi semakin popular apabila ianya turut dinyanyikan oleh salah satu kumpulan yang menyertai Raja Lawak Astro. Sebenarnya, lagu ini berasal dari Sabah, siapa duga lagu yang berasal daripada Sabah mampu terkenal di seluruh Malaysia termasuk di Semenanjung Malaysia. Inilah yang boleh katakan sebagai lagu 1Malaysia. Add Comment Filem Jidin Sengal 05/12/2012
HARI ini Mat Kecoh ingin berkongsi dengan korang semua mengenai sebuah filem yang sedang menghangatkan pawagam tanah air, filem yang Mat Kecoh maksudkan ialah Filem Jidin Sengal. Filem ini diarahkan oleh Nur Esmi Zahara Bt. Yusof dan diterbitkan oleh Outloud Studio Sdn. Bhd. Genre bagi filem ini adalah komedi. Manakala, durasi bagi filem ini ialah 90 minit. Filem ini terletak di dalam kategori Filem Cereka dan diklasifikasikan (U) atau lebih tepat lagi kalau kita katakan Untuk Tontonan Umum. Antara pelakon-pelakon yang membintangi Jidin Sengal adalah Along Cham sebagai Jidin yang merupakan Watak Utama di dalam filem ini, Angah Raja Lawak sebagai Bob Dobot yang juga merupakan pelakon utama filem ini, Jue Aziz sebagai Amy, Faezah sebagai Ella Sunti, Zack sebagai Iskandar, Azrul Zaidi sebagai Jay-Z, Ernie Chen sebagai Pengarah Ernie, Natalie sebagai Farah, Amyza Aznan sebagai Director Telemovie, dan Norman Hakim sebagai Cameo Pelakon Lelaki. Isu-Isu Semasa 05/07/2012
LAMA juga Mat Kecoh tidak mengemaskini blog ini, ekoran daripada Mat Kecoh terlalu sibuk dengan tugas-tugas harian Mat Kecoh sehinggakan tiada masa untuk Mat Kecoh mendampingi blog ini, namun setelah sekian lama akhirnya Mat Kecoh mempunyai masa terluang jadi Mat Kecoh pun tidak mensia-siakan masa terluang ini untuk mengemaskini blog ini. Sepanjang peninggalan Mat Kecoh bermacam-macam isu hangat telah menghangatkan tanah air kita yakni Malaysia. Paling baru sekali ialah Perhimpunan Bersih 3.0 yang diadakan di Dataran Merdeka baru-baru ini. Sebelum Mat Kecoh mengulas lebih lanjut mengenai Perhimpunan Bersih 3.0 terlebih dahulu ingin ditegaskan di sini bahawa Mat Kecoh seorang yang berkecuali dan tidak menyokong mana-mana pihak, bagi Mat Kecoh adalah lebih baik ianya diulas menggunakan pandangan Mat Kecoh sendiri dan tidak menyebelahi mana-mana pihak. Perbankan Tanpa Cawangan BSN 03/03/2012
TELAH lama juga Mat Kecoh tidak mengemaskini blog ini kerana keblakangan ini Mat Kecoh terlalu sibuk, Alhamdulillah hari ini ada kesempatan masa terluang ini Mat Kecoh tidak sia-siakan dan memilih untuk menerbitkan artikel mengenai Perbankan Tanpa Cawangan BSN. Apa itu BSN? bagi mereka-mereka yang tidak tahu apa itu BSN, sebenarnya ianya sebuah bank dan ringkasan kepada Bank Simpanan Nasional. Baru-baru ini Mat Kecoh dapat tahu mengenai perkhidmatan terbaru yang ditawarkan BSN. Perkhidmatan terbaru yang ditawarkan oleh BSN adalah Perbankan Tanpa Cawangan. Satu kemudahan yang cukup menarik khas untuk pelanggan-pelanggan BSN. Untuk rekod, BSN merupakan bank yang pertama yang menawarkan perkhidmatan ini. Filem Bujang Terlajak 02/18/2012
ALHAMDULILLAH hari ini Mat Kecoh berkesempatan untuk mengemaskini blog Mat Kecoh. Sebenarnya beberapa hari yang lepas sudah beberapa kali Mat kecoh cuba untuk mengemaskini blog ini tetapi sepertimana kata orang kita hanya mampu merancang tuhan sahaja yang menentukan, pada masa yang lepas Mat Kecoh tidak meluangkan masa dengan blog ini kerana terlalu sibuk dengan tugas-tugas harian Mat Kecoh. Hari ini Mat Kecoh akan berkongsi dengan korang semua satu info mengenai filem Bujang Terlajak yang telah pun ditayangkan di pawagam berhampiran anda. Walaubagaimanapun Mat Kecoh tidak berkesempatan untuk menonton filem ini di pawagam namun oleh kerana sekarang ni ASTRO telah menyediakan perkhidmatan Astro First dapatlah juga Mat Kecoh menonton filem ini. Filem Bujang Terlajak ini diarahkan oleh Prof. Madya Abd. Razak Mohaideen yang sememangnya sudah sinonim dengan filem-filem ber'genre' komedi ini. Filem ini menampilkan tiga pelawak tanah air yang cukup terkenal iaitu Saiful Apek, Johan Raja Lawak Astro 1 dan Nabil Raja Lawak Astro 2. Girlfriend Kahwin Dengan Orang Lain 02/11/2012
TANGGAL 10 Februari 2012 satu sejarah hitam yang telah berlaku di dalam hidup seorang manusia yang bernama Mat Kecoh. Sejarah hitam itu Mat Kecoh akan bongkarkan kepada semua khas buat pembaca setia blog Mat Kecoh. Ini adalah kisah percintaan yang mungkin agak peribadi bagi sesetengah orang tetapi Mat Kecoh rasa tidak menjadi kesalahan untuk kita kongsikan pengalaman ini dengan sesiapa sahaja mungkin juga ianya dapat dijadikan panduan untuk mereka yang baru berjinak-jinak dengan alam percintaan. Banyak juga kita dengar orang cakap yang berkata saat paling manis adalah saat bercinta. Benarkah ia atau ia hanyalah sekadar retorik semata-mata? Itulah yang Mat Kecoh nak bincangkan pada hari ini, moga dengan perbincangan ini yang gelap akan jadi terang. Anjing Punya Pasal! 02/06/2012
BENGANG betul Mat Kecoh dengan tuan-tuan punya anjing ni, nak pelihara anjing tapi dibiarkan hidup terbiar, dilepas bebas sehingga menimbulkan kekacauan dan juga menganggu-gugat keselamatan orang ramai. Mat Kecoh tak marah kalau mereka nak bela anjing sekalipun tetapi biarlah mengikut caranya janganlah membiarkan anjing-anjing anda hidup bebas sehingga menganggu ketenteraman orang lain.
Apabila bercakap mengenai anjing teringat pada satu insiden yang berlaku semalam. Anjing punya pasal seorang warga emas terbabit dengan kemalangan, Mat Kecoh lihat mangsa kemalangan tersebut sekejap sedar, sekejap pengsan tak tahulah parah atau tidak kecederaan yang mangsa alami. Menurut saksi kejadian yang memberitahu Mat kecoh, semasa mangsa tengah menunggang motor dengan tiba-tiba seekor anjing melintas dan menyebabkan mangsa terpaksa brek mengejut sehingga menyebabkan beliau terpelanting ke jalan raya dan tidak sedarkan diri. Minyak Oh Minyak.... 02/06/2012
GERAM betul Mat Kecoh sejak akhir-akhir ini betapa sukarnya mendapat bekalan minyak masak. Bukan Mat Kecoh sahaja yang geram dengan keadaan ini, Mat Kecoh percaya ramai yang berada di luar sana geram dengan situasi terbaru ini.
Minyak Masak Mat Kecoh rasa boleh dikategorikan sebagai barang keperluan harian, pelik juga Mat Kecoh kenapa sejak akhir-akhir ini bekalan minyak masak sukar untuk didapati. Kalau ikut pengalaman Mat Kecoh yang lepas-lepas sekiranya kita sukar mendapat bekalan minyak masak itu tandanya harga barang keperluan itu akan naik harga. Mat Kecoh pun kadang-kadang tertanya-tanya juga kenapa sebelum kenaikkan harga, barangan keperluan itu sukar dicari tetapi selepas naik harga mudah pula nak cari. Adakah ini berlaku kerana ianya salah satu strategi syarikat pembekal untuk menaikkan harga? Entahlah kena tanya kat pembekal itu sendiri. Peperiksaan Kemasukan Ke Skim Perkhidmatan 02/05/2012
HENDAK dijadikan cerita, pagi kelmarin Mat Kecoh pergi ke Nilam Puri, Kota Bharu, Kelantan untuk jalan-jalan, setibanya Mat Kecoh di sana kelihatan ramai orang berkumpul di Kolej Islam Antarabangsa Ismail Petra atau ringkasnya KIAS.
Kehadirang orang yang di KIAS membuatkan hati Mat Kecoh tergerak untuk bertanya apakah program yang diadakan di situ sehingga mengamit ramai pengunjung. Kebetulan pula, Mat Kecoh terserempak dengan salah seorang peserta program itu. Tanpa segan silu, Mat Kecoh pun bertanya dengan salah seorang peserta itu, kebetulan pula namanya pun Mat juga tetapi tak tahulah Mat apa. Mat memberitahu Mat Kecoh program tersebut adalah Peperiksaan Kemasukkan Ke Skim Perkhidmatan Penguasa Kastam Gred WK-1. Oh patutlah ramai rupa-rupanya peperiksaan kendalian Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) untuk mengambil pekerja-pekerja baru untuk KASTAM. Filem Sumpahan Kum Kum 02/04/2012
MAT KECOH nak kongsi dengan korang semua pada hari ini satu info mengenai satu filem yang mungkin akan membuatkan semua pawagam-pawagam di tanah air menjadi kecoh. Kali ini Mat Kecoh ingin berkongsi info tentang filem yang berada di dalam genre seram....Mat Kecoh tak nak buat korang tertaya-tanya lagi apa tajuk filem tersebut....Filem yang Mat Kecoh maksudkan ialah Filem Sumpahan Kum Kum.
Apa yang Mat Kecoh dapat tahu filem ini diarahkan oleh Pengarah yang sama yang mengarahkan filem Ngangkung, di mana Mat Kecoh diberitahu kutipan filem tersebut telah mencecah RM 8.45 juta. Wow! duit ni kalau dapat kat Mat Kecoh terpaksalah Mat Kecoh tukar nama jadi Mat Kaya pula....hhehe, Oh ya sebelum Mat Kecoh terlupa nama Pengarah Filem Sumpahan Kum Kum ini ialah Ismail Bob Hashim. Di dalam sesebuah filem, pelakon memainkan peranan yang amat penting....Mat Kecoh diberitahu antara pelakon-pelakon yang membintangi filem Sumpahan Kum Kum adalah Fezrul Khan, Putri Mardiana, Farisya Fatin, Lydiawati, Kaza dan dua lagi pendatang baru iaitu Shima Anuar dan Wawa Zainal. | Mat Kecoh
Mat Kecoh yang sentiasa kecoh dengan pelbagai isu sensasi dan terkini.... ArchivesKategoriAll |






RSS Feed