MAT KECOH percaya ramai yang sudah mendengar lagu yang bertajuk "Aku yang dulu" nyanyian adik Tegar Septian. Lagu ini semakin hangat sejak akhir-akhir ini dan terus menjadi pilihan untuk diputar di corong-corong radio tempatan kita. Sebelum kejayaan digapai oleh Tegar sebelum ini, beliau telah melalui kehidupan yang penuh berliku-liku malah kejayaan beliau hari ini hasil daripada beliau bangkit dari kesusahan yang menghimpit hidupnya satu ketika dulu. Bertitiktolak daripada kesusahan yang terpaksa dilaluinya sejak dari kecil mendorong beliau berusaha untuk mengapai kejayaan dan dibantu oleh mereka yang bersimpati denganya termasuklah seorang graduan yang bertangungjawab memuatnaik video persembahan ke dalam laman sesawang youtube, bermula daripada situlah nama Tegar terus menjadi sebutan khasnya pelayar-pelayar internet tegar. Lagu aku yang dulu sememangnya telah menaikkan namanya dan terus membuat kariernya sebagai seorang penghibur cilik terus bersinar seperti bintang yang bergemerlapan. Lirik Lagu Aku Yang Dulu adalah sepertimana berikut:
0 Comments
PROTON Suprima S baru sahaja dilancarkan oleh Mantan Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohammad baru-baru ini, oleh yang demikian hari ini Mat Kecoh mengambil kesempatan ini untuk berkongsi dengan anda semua berkenaan kereta nasional terbaru ini. Mungkin juga artikel ini boleh dijadikan panduan untuk membeli atau tidak membeli kereta ini. Proton Suprima S dikatakan merupakan antara model terbaik keluaran Proton, mungkin ia juga sebahagian daripada program transformasi Proton. Bagi Mat Kecoh Proton Suprima S adalah antara model terbaik yang dikeluarkan oleh syarikat pengeluaran Kereta Nasional itu. Bagi memudahkan anda semua membuat pilihan adalah lebih elok Mat Kecoh membincangkan dulu berkenaan dengan spesifikasi kereta terbaru keluaran Proton ini. Spesifikasinya adalah sebagaimana berikut: HARI ini Mat Kecoh ingin membawa anda semua melancong ke Pantai Bukit Keluang, Besut, Terengganu. Ia merupakan pantai yang mempunyai pandangan menarik berlatarbelakangkan pulau-pulau yang menarik dan mendamaikan selain sejuk mata memandang. Pantai Bukit Keluang letaknya di dalam daerah Besut. Besut merupakan salah sebuah daerah yang berada di dalam negeri Terengganu dan bersempadan dengan negeri Kelantan. Perjalanan dari Kota Bharu ke Bukit Keluang mengambil masa-masa kira satu jam 15 minit. Manakala perjalanan dari bandar Jerteh mengambil lebih kurang 20 minit. Selain itu, perjalanan dari Kuala Terengganu ke Bukit Keluang mengambil masa kira-kira 1 Jam 45 minit. Pulau-pulau yang paling jelas boleh dilihat di Bukit Keluat ialah Pulau Rhu kerana jaraknya begitu dekat dengan Bukit Keluang. Walaubagaimanapun Pulau Perhentian Kecil dan Pulau Perhentian Besar juga dapat dilihat dari Bukit Keluang sekiranya keadaan cuaca yang tidak berkabus ataupun tidak mendung. Penginapan yang berdekatan dengan Bukit Keluang adalah: Bukit Keluang Beach Resort Damai Beach Resort Tanjung Demong Beach Resort Manor Beach Resort Taman Azimos Chalet Kem Seri Keluang JABATAN Pengangkutan Jalan atau ringkasnya JPJ merupakan sebuah jabatan kerajaan yang bertangunggjawab sepenuhnya dalam urusan berkaitan dengan pengangkutan jalan. Perkhidmatan yang ditawarkan oleh mereka adalah antaranya ialah memperbaharui lesen memandu dan memperbaharui cukai jalan selain pendaftaran nombor kenderaan. Itulah yang menjadi bidang kuasa JPJ sejak sekian lama. Hendak dijadikan cerita hari ini Mat Kecoh pergi membuat urusan memperbaharui Lesen Memandu di Pejabat JPJ Cawangan Kecil, Besut, Terengganu. Disebabkan Mat Kecoh memperbaharui lesen memandu itu lewat sebulan maka terpaksalah Mat Kecoh membayar 2 tahun pembaharuan lesen memandu, tak mengapalah ini sememangnya Mat Kecoh yang salah lagipun tak rugi apa-apa pun. Namun, apa yang Mat Kecoh tak berpuas hati ialah layanan yang diberikan oleh pekerja-pekerja di kaunter perkhidmatan JPJ ini. Kalau Mat Kecoh nak beri markah daripada 1-10, Mat Kecoh rasa layak diberi satu sahaja tu pun markah kesian. Layanan yang diberikan amatlah mengecewakan Mat Kecoh. RAMADHAN telah berlalu pergi meninggalkan kita, kini kita berada pula di bulan Syawal 1434 Hijrah. Pada bulan inilah kita meraikan hari kemenangan kita setelah hampir sebulan kita menunaikan ibadah puasa bersama dengan amal ibadat yang menjadi penambah perisa untuk pahala puasa kita. Setelah hampir sebulan kita berperang dengan nafsu akhirnya dapat kita menyambut hari kemenangan kita dengan penuh kejayaan. Adakah puasa kita mendapat markah penuh ataupun tidak belum kita ketahui namun kita sudah berusaha untuk mencapai markah penuh namun kita hanyalah manusia biasa yang tak lekang melakukan kesalahan. Kesempatan ini Mat Kecoh ambil untuk mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, maaf zahir dan batin kepada semua pembaca atau follower setia blog Mat Kecoh yang tak seberapa ini. Mat Kecoh menyusun sepuluh jari memohon kemaafan daripada anda semua agar dapatlah anda semua memaafkan sebarang kesalahan dan kekhilafan Mat Kecoh. Kepada yang sedang leka menjamah juadah raya tu makanlah dengan elok-elok dan berpada-padalah maklum sahajalah sebulan kita berpuasa nanti perut kita 'terkejut' tak pasal-pasal pula kita berulang alik ke tandas. HARI INI Mat Kecoh tidak mahu mengomel panjang cuma ingin meminta bantuan pembaca-pembaca setia blog Mat Kecoh untuk membantu Mat Kecoh Mencari kereta milik Mat Kecoh yang dicuri di Jalan Wakaf Mek Zainab Kota Bharu Kelantan.
Maklumat mengenai Proton Satria Mat Kecoh adalah sebagaimana berikut: Jenis: PROTON Model: Satria 1.3 Warna: Kelabu Nombor Pendaftaran: WNA 2249 Gambar: Harap maaf tak sempat ambil gambar sebelum dicuri. Mat Kecoh berharap kepada sesiapa sahaja yang mempunyai maklumat mengenai kereta tersebut bolehlah menghantar email kepada [email protected]. HARI ini Mat Kecoh ingin berkongsi dengan anda semua berkenaan dengan resepi sejenis kuih tradisional yang begitu popular terutamanya apabila tibanya bulan Ramadhan Al-Mubarak. Kuih yang Mat Kecoh maksudkan ialah onde-onde ataupun ia turut dipanggil Buah Melaka. Onde-onde biasanya mudah kita jumpa apabila kita berada di dalam bulan Ramadhan AL-Mubarak. Pendek kata kuih ini memang sinonim dengan bulan Ramadhan. Kuih ini diperbuat daripada Tepung Beras Pulut dan Gula Melaka. Pengemar kuih ini lazimnya tidak akan melepaskan peluang untuk mendapatkan kuih ini apabila tibanya bulan Ramadhan Al-mubarak. Malah kuih ini dijadikan 'menu wajib' setiap kali mereka berbuka puasa. HARI ini Mat Kecoh berkesempatan untuk mengemaskini blog Mat Kecoh ini, jadi Mat Kecoh putuskan untuk berkongsi dengan anda semua sebuah video yang menyeramkan yang juga boleh membuat bulu roma anda meremang. Video yang Mat Kecoh maksudkan ialah video penampakkan entiti paranormal atau dalam bahasa mudahnya yakni Hantu. Khabarnya hantu tersebut berjaya dirakamkan di sebuah kedai serbaneka yang terkenal di Paka, Terengganu iaitu 7 Eleven Paka Terengganu. Terlebih dahulu Mat Kecoh ingin ingatkan di sini kepada ibu mengandung, pesakit jantung, kanak-kanak dan penakut adalah dilarang sama sekali untuk menonton video ini. Mat Kecoh tidak akan bertangungjawab sekiranya apa-apa berlaku ke atas anda sewaktu atau selepas anda menonton video ini. Video ini Mat Kecoh kongsikan hanya untuk tatapan umum sahaja tiada maksud lain di sebalik perkongsian video ini. Mat Kecoh juga tidak mengalakkan anda melakukan perbuatan-perbuatan yang berunsurkan khurafat yang boleh membawa kepada syirik. MAT KECOH rasa sudah terlalu lama Mat Kecoh tidak mengemaskini blog ini kerana masa memang amat mencemburui Mat Kecoh, sudah berkali-kali Mat Kecoh cuba untuk mengemaskini blog ini tetapi tak dapat, Alhamdullilah hari ini Mat Kecoh telah diberi kesempatan untuk mengemaskini blog ini jadi Mat Kecoh tidak mahu mensia-siakan peluang keemasan ini. MAT KECOH rasa sudah terlalu lama Mat Kecoh tidak mengemaskini blog ini kerana masa memang amat mencemburui Mat Kecoh, sudah berkali-kali Mat Kecoh cuba untuk mengemaskini blog ini tetapi tak dapat, Alhamdullilah hari ini Mat Kecoh telah diberi kesempatan untuk mengemaskini blog ini jadi Mat Kecoh tidak mahu mensia-siakan peluang keemasan ini. Pada kali ini Mat Kecoh ingin berkongsi dengan semua pembaca setia blog ini berkenaan satu filem yang sedang ditayangkan di pawagam sekarang ini. Filem yang Mat Kecoh maksudkan ialah filem Adik Manja Return. Adik Manja Returns menceritakan tentang kenakalan pelajar-pelajar perempuan di kolej swasta iaitu Kolej Professional Skill. Pengetua Sofea (Rozita Che Wan) pening kepala memikirkan kenakalan pelajarnya terutamanya Kumpulan Bib yang dianggotai oleh Bib (Faezah Elai), Tam (Jihan Raja Lawak), Mala (Geetha), Mei (Adelin Tsen) & Ayu (Fida) serta Kumpulan Su yang dianggotai oleh Su (Juliana Evans) dan rakan-rakannya. Untuk menangani masalah itu akhirnya pihak kolej menawarkan semula khidmat seorang pensyarah lelaki iaitu Cikgu Azmi (Dharma) supaya dapat mengajar dan menggunakan formulanya bagi menginsafkan semula pelajar nakal tersebut. Pelakon-Pelakon Adik Manja Return Antara barisan pelakon yang menjayakan filem adik manja returns ialah Dharma Harun, Rozita Che Wan, Noorfezah, Juliana Evans, Jihan Raja Lawak, Fida dan ramai lagi. Saksikan adik manja returns yang bakal ditayangkan di pawagam pada 20 Disember 2012. MALAM ini akan berlansung satu perlawanan separuh akhir timbal balik Piala AFF Suzuki yang menemukan bekas Juara bertahan edisi tahun lalu, iaitu Malaysia bertemu Thailand. Untuk rekod, perlawanan Separuh akhir pertama baru-baru ini yang di adakan di Stadium Nasional Bukit Jalil baru-baru ini mencatatkan keputusan terikat 1-1. Ini bermakna skuada Harimau Malaya perlu melalui jalan yang sukar untuk menempah tiket ke final Piala AFF Suzuki. Bermacam-macam isu timbul berkenaan skuad Harimau Malaya, terbaru skuad Harimau Malaya mendapat layanan yang kurang memuaskan daripada pihak Thailand apa mendapat padang latihan yang seakan-akan sawah padi, boleh dikatakan rata-rata layanan yang diberikan memang tidak memuaskan hati. |
Mat Kecoh
Mat Kecoh yang sentiasa kecoh dengan pelbagai isu sensasi dan terkini.... Archives
May 2019
Kategori
All
|