ALHAMDULILLAH hari ini Mat Kecoh berkesempatan untuk mengemaskini blog Mat Kecoh. Sebenarnya beberapa hari yang lepas sudah beberapa kali Mat kecoh cuba untuk mengemaskini blog ini tetapi sepertimana kata orang kita hanya mampu merancang tuhan sahaja yang menentukan, pada masa yang lepas Mat Kecoh tidak meluangkan masa dengan blog ini kerana terlalu sibuk dengan tugas-tugas harian Mat Kecoh. Hari ini Mat Kecoh akan berkongsi dengan korang semua satu info mengenai filem Bujang Terlajak yang telah pun ditayangkan di pawagam berhampiran anda. Walaubagaimanapun Mat Kecoh tidak berkesempatan untuk menonton filem ini di pawagam namun oleh kerana sekarang ni ASTRO telah menyediakan perkhidmatan Astro First dapatlah juga Mat Kecoh menonton filem ini. Filem Bujang Terlajak ini diarahkan oleh Prof. Madya Abd. Razak Mohaideen yang sememangnya sudah sinonim dengan filem-filem ber'genre' komedi ini. Filem ini menampilkan tiga pelawak tanah air yang cukup terkenal iaitu Saiful Apek, Johan Raja Lawak Astro 1 dan Nabil Raja Lawak Astro 2.
0 Comments
BENGANG betul Mat Kecoh dengan tuan-tuan punya anjing ni, nak pelihara anjing tapi dibiarkan hidup terbiar, dilepas bebas sehingga menimbulkan kekacauan dan juga menganggu-gugat keselamatan orang ramai. Mat Kecoh tak marah kalau mereka nak bela anjing sekalipun tetapi biarlah mengikut caranya janganlah membiarkan anjing-anjing anda hidup bebas sehingga menganggu ketenteraman orang lain.
Apabila bercakap mengenai anjing teringat pada satu insiden yang berlaku semalam. Anjing punya pasal seorang warga emas terbabit dengan kemalangan, Mat Kecoh lihat mangsa kemalangan tersebut sekejap sedar, sekejap pengsan tak tahulah parah atau tidak kecederaan yang mangsa alami. Menurut saksi kejadian yang memberitahu Mat kecoh, semasa mangsa tengah menunggang motor dengan tiba-tiba seekor anjing melintas dan menyebabkan mangsa terpaksa brek mengejut sehingga menyebabkan beliau terpelanting ke jalan raya dan tidak sedarkan diri. GERAM betul Mat Kecoh sejak akhir-akhir ini betapa sukarnya mendapat bekalan minyak masak. Bukan Mat Kecoh sahaja yang geram dengan keadaan ini, Mat Kecoh percaya ramai yang berada di luar sana geram dengan situasi terbaru ini.
Minyak Masak Mat Kecoh rasa boleh dikategorikan sebagai barang keperluan harian, pelik juga Mat Kecoh kenapa sejak akhir-akhir ini bekalan minyak masak sukar untuk didapati. Kalau ikut pengalaman Mat Kecoh yang lepas-lepas sekiranya kita sukar mendapat bekalan minyak masak itu tandanya harga barang keperluan itu akan naik harga. Mat Kecoh pun kadang-kadang tertanya-tanya juga kenapa sebelum kenaikkan harga, barangan keperluan itu sukar dicari tetapi selepas naik harga mudah pula nak cari. Adakah ini berlaku kerana ianya salah satu strategi syarikat pembekal untuk menaikkan harga? Entahlah kena tanya kat pembekal itu sendiri. HENDAK dijadikan cerita, pagi kelmarin Mat Kecoh pergi ke Nilam Puri, Kota Bharu, Kelantan untuk jalan-jalan, setibanya Mat Kecoh di sana kelihatan ramai orang berkumpul di Kolej Islam Antarabangsa Ismail Petra atau ringkasnya KIAS.
Kehadirang orang yang di KIAS membuatkan hati Mat Kecoh tergerak untuk bertanya apakah program yang diadakan di situ sehingga mengamit ramai pengunjung. Kebetulan pula, Mat Kecoh terserempak dengan salah seorang peserta program itu. Tanpa segan silu, Mat Kecoh pun bertanya dengan salah seorang peserta itu, kebetulan pula namanya pun Mat juga tetapi tak tahulah Mat apa. Mat memberitahu Mat Kecoh program tersebut adalah Peperiksaan Kemasukkan Ke Skim Perkhidmatan Penguasa Kastam Gred WK-1. Oh patutlah ramai rupa-rupanya peperiksaan kendalian Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) untuk mengambil pekerja-pekerja baru untuk KASTAM. |
Mat Kecoh
Mat Kecoh yang sentiasa kecoh dengan pelbagai isu sensasi dan terkini.... Archives
May 2019
Kategori
All
|