HARI ini Mat Kecoh ingin bercakap mengenai Telco. Mungkin ia boleh dijadikan rujukan oleh korang semua untuk memilih Telco mana yang patut anda guna. Dunia zaman sekarang memerlukan kita pilih yang terbaik dari segi Planya mahupun kadarnya. Telco yang menjadi pilihan Mat Kecoh hari ini ialah Umobile. Baru-baru ini Umobile telah melancarkan Pek Prabayar Power khas untuk korang semua yang terlalu sibuk main internet di telefon pintar masing-masing. Sepertimana telco-telco lain yang ada di Malaysia, uMobile juga tidak melepaskan peluang untuk bersaing dengan telco-telco yang ada di bumi Malaysia ini. Mat Kecoh merasakan ini persaingan yang sihat dan tambahan pula ianya juga memberikan keuntungan kepada kita selaku pengguna telco. Daripada apa yang Mat Kecoh tahu Pek Prabayar Power Umobile banyak kelebihanya dan memang sesuai untuk dipakai oleh sesiapa sahaja yang meminatinya. Maklumat berkenaan pek prabayar tersebut Mat Kecoh letakkan di bawah:
0 Comments
HARI ini Mat Kecoh mahu berkongsi dengan korang semua sebuah gajet keluaran terbaru Samsung. Model terbaru Samsung ini menjadi kegilaan muda-mudi masakini yang ternyata begitu taksub dengan telefon pintar. Model terbaru samsung yang Mat Kecoh maksudkan ialah Samsung Galaxy S6.
Mat Kecoh berharap moga maklumat yang bakal Mat Kecoh berikan ini akan menjadi panduan berguna buat semua pembaca setia blog Mat Kecoh ini. Maklumat berkenaan telefon pintar Samsung Galaxy S6 adalah sepertimana di bawah ini: KELUARAN: Samsung Mobile TEKNOLOGI RANGKAIAN: GSM / HSPA / LTE DIMENSI: 143.4 x 70.5 x 6.8 mm (5.65 x 2.78 x 0.27 in) BERAT: 138g SKRIN: Corning Gorilla Glass 4 back panel SIM: NANO-SIM Maklumat Lanjut boleh baca di sini. VIDEO PREVIEW SAMSUNG GALAXY S6
MAT KECOH: Nanti ada modal Mat Kecoh pun nak sambar satu...hahaha
KALI ini Mat Kecoh memilih untuk bercakap mengenai sebuah kereta nasional baru yang dikeluarkan oleh syarikat Perodua. Kereta yang Mat Kecoh Maksudkan ialah Perodua AXIA yang sudah mula menerima tempahanya di seluruh Malaysia. Perodua AXIA di datangkan di dalam beberapa varian antaranya ialah: AXIA 1000 E MANUAL RM24 900.00 (Solid) semenanjung Malaysia / RM25 300.00 (Metalik) semenanjung Malaysia. AXIA 1000 G MANUAL - RM32 800.00 (Solid) semenanjung Malaysia / RM 33 200.00 (Metalik) Semenanjung Malaysia. AXIA 1000 G AUTO - RM34 800.00 (Solid) semenanjung malaysia / RM35 200.00 (Metalik) semenanjung malaysia. AXIA 1000 SE MANUAL - RM37 900.00 (Solid) semenanjung malaysia / RM38 300.00 (Metalik) semenanjung Malaysia. AXIA 1000 SE AUTO - RM40 900.00 (Solid) semenanjung malaysia / RM41 300.00 (Metalik) semenanjung malaysia. AXIA 1000 AV AUTO - RM44 900.00 (Solid) semenanjung malaysia / RM45 300.00 (Metalik) semenanjung malaysia. Kejam, angkuh dan sombong mungkin itulah yang Mat Kecoh boleh berikan kepada negara yang dibina di atas tanah orang lain yang berketurunan Yahudi iaitu Israel. Hari demi hari ada saja rakyat Palestin yang tak berdosa menjadi mangsa Israel yang rakus itu. Boleh dikatakan hampir setiap hari kanak-kanak yang tak berdosa menjadi mangsa kekejaman perang rejim Israel. Mat Kecoh rasa tindakan yang dilakukan oleh Israel ini merupakan salah satu cara mereka nak menghapuskan Umat Islam. Saudara seagama kita di Palestin hampir setiap hari ada sahaja mati terbunuh dek kerana perang yang dilancarkan Israel ke atas Palestin. Kerakusan Israel melancarkan perang ternyata mengorbankan nyawa-nyawa Umat Islam. Sudah tiba masanya Umat Islam di seluruh dunia bersatu menentang keganasan Israel. Israel pula didakwa di atas kekejaman perang yang dilakukanya sehingga mengorbankan bukan ratusan malah ribuan mangsa yang tak berdosa menjadi mangsa. Ayuh negara-negara Islam di seluruh dunia marilah bersama-sama kita mengheret Israel ke muka pengadilan. Jangan biarkan Palestin terus menjadi mangsa keganasan Israel. Mat Kecoh juga ingin menyifatkan bahawa Israel merupakan sebuah negara Pengganas NO1 Dunia atau dalam Bahasa Inggerisnya berbunyi "Israel is The #1 Terorist Country in the world". MAT KECOH: Turut simpati dengan nasib rakyat Palestin, marilah bersama-sama kita menghulurkan bantuan yang terdaya oleh kita. SEMPENA tinggal beberapa hari lagi kita sebagai umat Islam di Malaysia akan menyambut Hari Raya Aidilfitri, Mat Kecoh mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua pembaca setia blog Mat Kecoh dan juga seluruh rakyat Malaysia serta semua umat Islam di seantero dunia.
Mat Kecoh ingin memohon maaf seandainya ada posting-posting Mat Kecoh yang telah membuat orang tersinggung kerana Mat Kecoh menulis bukan bermaksud untuk membuat orang tersingung tetapi apakan daya Mat Kecoh hanyalah manusia biasa yang tidak lekang melakukan kesalahan. Mat Kecoh menyusun sepuluh jari memohon keampunan daripada semua pembaca setia blog Mat Kecoh yang tak seberapa ini. Dari hujung rambut hingga ke hujung kaki Mat Kecoh mohon maaf. Dalam masa yang sama, Mat Kecoh ingin melahirkan rasa terima kasih yang tidak terhingga kepada semua pembaca setia yang terus menjadi pembaca setia blog Mat Kecoh yang tak seberapa ini. HARI ini MAT KECOH ingin berkongsi sebuah filem arahan Mamat Khalid yang berjudul "Zombi Kilang Biskut". Filem ini telah ditayangkan di pawagam semalam. Menariknya filem ini telah diterbitkan oleh syarikat Mamat Khalid sendiri iaitu Enjit-Enjit Semut Sdn. Bhd. Filem ini dijangka akan membuatkan penonton tak kering gesi melihat elemen-elemen komedi yang diterapkan oleh Mamat Khalid. Namun, belum dapat dipastikan bahawa adakah filem ini akan menjadi filem komedi 'pecah panggung'. SIPNOPSIS FILEM ZOMBI KILANG BISKUT MAT KECOH percaya masih ramai bukan sahaja rakyat Malaysia malahan di kebanyakkan negara-negara yang berada dalam dunia ini terus membincangkan isu kehilangan Pesawat MH370 ini jadi MAT KECOH pun tidak mahulah terlepas daripada memperkatakan isu yang menjadi semakin hangat kini. Mungkin ada yang berpendapat MAT KECOH agak terlewat membincangkan isu ini, namun bagi MAT KECOH kata orang "better late then never". Ini daripada tidak langsung MAT KECOH memperkatakan isu hangat ini ada baiknya MAT KECOH membincangkan biarpun agak lewat berbanding orang lain maklumlah isu ini juga melibatkan negara kita MALAYSIA. MAT KECOH rasa sudah terlalu lama Mat Kecoh tidak mengemaskini blog ini, kebetulan hari ini Mat Kecoh ada masa terluang jadi Mat Kecoh rasa inilah masa terbaik untuk berkongsi sesuatu dengan korang semua. Sunyi juga lama berblogging ni....Alhamdulillah hari dapat juga Mat Kecoh blogging.
Oleh kerana sudah lama Mat Kecoh tidak mengemaskini blog ini, hari ini Mat Kecoh memilih untuk berkongsi sebuah video muzik istimewa khas buat semua pembaca dan pengikut setia blog Mat Kecoh ini. Mungkin korang pernah menonton video muzik lagu rancak yang berirama disko yang 'bait-bait'nya berbunyi seperti ini: "Bara Bara". Hari ni bukanlah Mat Kecoh nak berkongsi video muzik asal lagu tersebut tetapi video muzik lagu tersebut di dalam versi Kelantan. Orang yang sudah biasa dengan aliran muzik Kelantan sudah pasti akan meminati lagu ini dan mungkin juga lagu ini boleh dikategorikan sebagai lagu Dikir Barat. Di mana Dikir Barat merupakan salah satu aliran muzik yang digemari ramai di Kelantan. PROTON Suprima S baru sahaja dilancarkan oleh Mantan Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohammad baru-baru ini, oleh yang demikian hari ini Mat Kecoh mengambil kesempatan ini untuk berkongsi dengan anda semua berkenaan kereta nasional terbaru ini. Mungkin juga artikel ini boleh dijadikan panduan untuk membeli atau tidak membeli kereta ini. Proton Suprima S dikatakan merupakan antara model terbaik keluaran Proton, mungkin ia juga sebahagian daripada program transformasi Proton. Bagi Mat Kecoh Proton Suprima S adalah antara model terbaik yang dikeluarkan oleh syarikat pengeluaran Kereta Nasional itu. Bagi memudahkan anda semua membuat pilihan adalah lebih elok Mat Kecoh membincangkan dulu berkenaan dengan spesifikasi kereta terbaru keluaran Proton ini. Spesifikasinya adalah sebagaimana berikut: |
Mat Kecoh
Mat Kecoh yang sentiasa kecoh dengan pelbagai isu sensasi dan terkini.... Archives
May 2019
Kategori
All
|