HARI ini Mat Kecoh ingin berkongsi satu artikel yang tidak kurang menariknya. Artikel yang Mat Kecoh maksudkan ialah artikel Surat Mohon Cuti dalam versi Kelantan. Surat ini sepertimana surat-surat biasa namun, apa yang uniknya surat ini dikarang dengan menggunakan loghat Kelantan.
Surat ini juga mengandungi beberapa entry lucu yang akan membuat korang tidak kering gusi dibuatnya. Terlebih dahulu eloklah Mat Kecoh terjemahkan dahulu dalam bahasa surat untuk memudahkan korang memahami surat ini. TERJEMAHAN SURAT MENGIKUT BAHASA SURAT Kepada, Bos Besar Tempat Kerja Saya Bos, MEMOHON TAMBAHAN CUTI RAYA Adalah saya merujuk kepada perkara di atas 2. Saya mahu memberitahu bos, saya kerja di sini sudah lama doh sejak zaman Tokong Tonggek lagi, tapi setiap kali cuti raya saya boleh cuti sedikit sahaja. Biasanya subuh hari di pagi raya saya tiba di kampong. Mak dan Ayah selalu berleter. 3. Sehubungan itu, raya tahun ini saya minta bos biar reti bahasa sikit. Apa-apa pun saya nak cuti lebih juga. Boleh dua hari sebelum raya dan tiga hari selepas raya pun dah tak mengapa. Balik Kuala Lumpur tak adalah kena masuk pejabat terus, letih bos. KL ke Besut, 7/8 Jam tapi kalau musim raya tak tahulah lama mana. Krem punggong saya. Kalau masuk pejabat pun tak boleh buat kerja juga. Saya berharap bos mengambil peduli pada masalah saya ini. Saya akan buat sujud syukur terus jika bos meluluskan permohonan saya ini. Lepas raya saya nanti saya akan belanja bos makan nasi ulam dengan ikan singang cicah budu, oh sedap bos. Terima kasih banyak. "Biar Reti Bahasa Sikit yang benar, Anok Besut Nak Balik Raya Di Kampung. VERSI KELANTAN
0 Comments
HARI ini Mat Kecoh ingin bercakap mengenai cukai jalan atau dalam Bahasa Inggerisnya dipanggil Road Tax. Kebanyakkan daripada kita sering terlupa untuk membayar cukai jalan atau road tax ini maklum sahajalah kalau road tax mati bertahun pun dia tidak berbau ini membuatkan kita tidak perasan sehingga kita terlihat baru perasan. Itulah kelemahan kita seringkali terlupa.
Hari ini bersama-samalah kita mengubahnya agar di masa akan datang kita tidak akan terlupa lagi, jika terlupa lagi dikhuatiri kita akan menerima padah, cuba bayangkan kita tidak perasan cukai jalan kereta kita sudah mati tetapi kebetulan abang Polis ke abang JPJ buat sekatan jalan raya atau road block kita main lalu je lah sampai giliran kita abang polis ke abang jpj tu minta kita tandantangan satu surat, ya lah surat apa lagi surat saman lah apalagi bayarlah sebelum tamat tempoh saman tu, tak pasal-pasal dua kali kena kena keluar modal, modal pertama bayar saman, modal kedua bayar roadtax Oleh itu, kita sebagai pengguna jalanraya perlulah alert dengan tarikh mati cukai jalan kita kalau tak nak rugi. Tapi kalau korang banyak duit silakan sahaja kalau korang tak kisah habis banyak duit, mungkin korang ni dari keluarga beruang eh silap berwang jadi tak kisahlah keluar banyak pun. Bagi yang kais pagi makan pagi kais petang makan petang janganlah buat camni kelak anda juga termenung.
HARI INI Mat Kecoh nak kecoh pasal CTOS, persoalan yang Mat Kecoh nak kecohkan ialah kenapa perlu adanya CTOS, kewujudan CTOS sememangnya menyusahkan orang ramai. Sedangkan kita sudah ada CCRIS sebagai rujukan kredit sah yang disediakan oleh Bank Negara Malaysia.
Kewujudan CTOS sebagai rujukan kredit sebenarnya telah benar-benar menyusahkan orang ramai, baru-baru ini Mat Kecoh ada menerima rungutan mengenai salah seorang mangsa yang disenarai CTOS, paling mengejutkan sudah lama pinjaman yang tersenarai sebagai trade referee dalam CTOS sebenarnya sudah lama dijelaskan. Akibat penyenaraian di dalam CTOS tersebut, mangsa gagal untuk memohon pinjaman daripada mana institusi kewangan. Ini bermakna, CTOS yang begitu lembab dalam bertindak mengemaskini datanya menyebabkan si mangsa menjadi mangsa kepada CTOS. Boon Siew Honda Malaysia telah memperkenalkan model terbaru motosikal keluaranya hasil daripada naik taraf model terdahulu iaitu Honda Wave Dash. Model terbaru Boon Siew itu diberi nama Honda Wave Dash PGM-F1 yang dilengkapi dengan sistem Bahan Api Suntikan (Injections System). Hari ini Mat Kecoh memilih untuk berkongsi dengan korang semua maklumat mengenai motosikal keluaran terbaru Boon Siew Honda ini, mungkin boleh dijadikan panduan buat korang semua sekiranya ingin memiliki motosikal baru. Antara ciri-ciri model ini ialah menggunakan enjin yang menggunakan sistem bahan api suntikan, dilengkapi dengan lampu utama yang lebih dan jelas serta tampak lebih 'sporty'. Lampu belakang yang kelihatan lebih 'garang' dan dilengkapi dengan eksos terbaru yang menarik. MAT KECOH percaya ramai yang berada di luar sana telah mengetahui tentang Deklarasi Menuntut DS Najib Razak meletak jawatan anjuran bersama mantan Perdana Menteri Tun Mahathir Mohammad dan juga pembangkang. Secara dasarnya Mat Kecoh turut bersetuju dengan pandangan yang dilontarkan oleh Tun Mahathir, kerana DS Najib Razak terbukti gagal menjadi Perdana Menteri yang cemerlang, lihat sahaja ketidaktentuan ekonomi dan kejatuhan nilai Ringgit yang gagal diatasi oleh DS Najib Razak selaku Perdana Menteri. Malah tidak nampak sebarang usaha oleh DS Najib Razak untuk memulihkan ekonomi dan juga mengukuhkan nilai ringgit, sebaliknya beliau lebih mementingkan usaha-usaha untuk memperkukuhkan kedudukanya sebagai Perdana Menteri dengan membuat tindakan-tindakan drastik berupa pemutihan dengan memecat sesiapa sahaja yang tidak sebulu denganya dengan cara terang-terangan mahupun cara yang penuh tersirat. Dewasa ini rakyat sebenar-benarnya tertekan dengan situasi ekonomi negara. Keadaan ekonomi negara sekarang ini, benar-benar memberikan tekanan dan kesusahan kepada rakyat. Adakah ini yang dikatakan yang dipilih rakyat? Kerajaan yang dipilih rakyat akhirnya menyusahkan rakyat sekaligus kerajaan Dinasti Najib Razak telah menyebabkan UMNO telah disenarai hitam oleh rakyat dan tunggu masa dan ketika sahaja untuk rakyat Meisytiharkan UMNO Muflis dengan memilih pembangkang pada PRU14 kelak. Tiada guna lagi DS Najib Razak mempertahankan jawatanya kerana sememangnya kedudukanya telah terjejas walaupun beliau mampu mempertahankan kedudukanya di dalam UMNO, beliau belum tentu mampu mempertahankan kedudukanya sebagai Perdana Menteri, beliau kena ingat Rakyat adalah hakim negara. Apa yang kau cari
Usah kau cari ketum untuk berkhayal Apa yang kau cari Usah kau cari membron untuk kelihatan gila Apa yang kau cari usah kau cari metapethamine untuk berjaga malam Apa yang kau cari Usah kau jadi kaya kerana mengedar dadah Apa yang kau cari Hari ini kaya esok bertemu padah Apa yang kau cari Ayuhlah kita berganding bahu membangun bangsa Apa yang kau cari Jangan kau cari nahas menjadi perosak bangsa Apa yang kau cari Marilah kita mencari kekayaan halal Apa yang kau cari Usahlah diragui mencari rezeki halal
HARI ini Mat Kecoh memilih untuk berkongsi dengan korang semua lirik lagu yang terhangat di pasaran pada masa ini. Lirik lagu yang Mat Kecoh maksudkan ialah lirik lagu terbaru Wings. Judul lagu tersebut adalah Ingatkan Dia.
Ingatkan Dia merupakan lagu terbaru dari Wings yang pada hari ini lagu ini boleh dikatakan lagu ini kerap diputarkan oleh stesen-stesen radio tanah air, tidak kiralah stesen radio kerajaan ataupun swasta. Ternyata lagu ini mendapat sambutan hangat di kalangan peminat-peminat muzik tanah air. Oleh yang demikian, Mat Kecoh memilih untuk berkongsi lirik lagu ini buat korang semua. Dengan adanya lirik ini dapatlah korang semua berhibur. Dalam keseronokkan korang semua berhibur jangan lupa tanggugjawab ye...berhibur tak salah asalkan tahu bertempat. Apa yang Mat Kecoh lihat daripada muzik video lagu ini sememangnya Vokal Vokalis Kumpulan Wings ternyata masih mantap. Lima bintang Mat Kecoh beri pada Awie. Ternyata penyanyi dulu-dulu sememangnya betul-betul hebat.
KALI ini Mat Kecoh memilih untuk berkongsi dengan korang semua informasi tentang Persembahan Keseniaan yang sinonim dengan negeri Cik Siti Wan Kembang yakni Kelantan. Persembahan yang Mat Kecoh maksudkan ialah persembahan Mak Yong. Mungkin ada diantara korang semua sudah biasa dengan persembahan Mak Yong tetapi tidak kurang juga yang tak biasa dengan persembahan Mak Yong.
Mak Yong merupakan sebuah persembahan kebudayaan yang unik dan mampu membuat penonton terpukau dengan persembahanya. Mak Yong juga mengandungi alunan-alunan muzik yang menenangkan selain itu persembahan Mak Yong ini juga mempunyai unsur-unsur mistik. Mak Yong merupakan salah satu tarian Melayu tradisional. Tarian mengambungkanya dengan drama atau lebih tepat lagi kalau kita menggelarnya sebagai Drama Tari. Ia biasanya dipertontonkan di Kelantan, Terengganu dan kedah. Mak yong mengabungkan unsur-unsur ritual, lakonan dan tarian yang digayakan muzik vokal, instrumental, cerita dan teks percakapan yang formal dan bersahaja. Mak Yong juga dikaitkan dengan salah satu cara perubatan. HARI ini Mat Kecoh ingin berkongsi cerita berkenaan dengan Kisah Tiga Mahkluk. Tiga Makhluk yang Mat Kecoh maksudkan ialah Manusia, Malaikat dan Syaitan. Kisah tiga makhluk ini mungkin berguna untuk korang semua sebagai teladan di dalam menghadapi hari-hari yang mendatang. Walaupun tiga mahkluk ini berbeza namun ia tetap ada satu persamaan. Apakah Persamaan itu? Persamaan ketiga-tiga makhluk ini ialah ketiga-tiganya adalah Mahkluk Allah walaupun ada makhluk yang melanggar perintah Allah tuhan seru sekian alam. Jadikan artikel blog Mat Kecoh hari ini sebagai salah satu bentuk ilmu yang berguna untuk memastikan kita sentiasa berada di landasan yang betul menuju Akhirat kerana kiamat sudah dekat jadi jangan lupa gandakan amal anda. HARI ini Mat Kecoh ingin bercakap mengenai Telco. Mungkin ia boleh dijadikan rujukan oleh korang semua untuk memilih Telco mana yang patut anda guna. Dunia zaman sekarang memerlukan kita pilih yang terbaik dari segi Planya mahupun kadarnya. Telco yang menjadi pilihan Mat Kecoh hari ini ialah Umobile. Baru-baru ini Umobile telah melancarkan Pek Prabayar Power khas untuk korang semua yang terlalu sibuk main internet di telefon pintar masing-masing. Sepertimana telco-telco lain yang ada di Malaysia, uMobile juga tidak melepaskan peluang untuk bersaing dengan telco-telco yang ada di bumi Malaysia ini. Mat Kecoh merasakan ini persaingan yang sihat dan tambahan pula ianya juga memberikan keuntungan kepada kita selaku pengguna telco. Daripada apa yang Mat Kecoh tahu Pek Prabayar Power Umobile banyak kelebihanya dan memang sesuai untuk dipakai oleh sesiapa sahaja yang meminatinya. Maklumat berkenaan pek prabayar tersebut Mat Kecoh letakkan di bawah: |
Mat Kecoh
Mat Kecoh yang sentiasa kecoh dengan pelbagai isu sensasi dan terkini.... Archives
May 2019
Kategori
All
|