![]() Salam 1Malaysia Mat Kecoh ucapkan kepada semua, di kesempatan ini juga Mat Kecoh ingin menyampaikan ucapan Selamat Menyambut Hari Deepavali kepada semua rakyat Malaysia yang beragama hindu terutamanya yang menjadi pembaca setia blog Mat Kecoh yang tak seberapa ini. Penulisan artikel Mat Kecoh pada kali ini berkisar tentang satu perkhidmatan Internet berasaskan teknologi 4G yang ditawarkan oleh Packet One Networks (M) Sdn. Bhd. Satu perkhidmatan yang berinovasi yang menawarkan khidmat internet tanpa wayar. Mat Kecoh telah melakukan beberapa siri ujian terhadap kelajuan melayari internet yang ditawarkan oleh P1 ringkasnya atau Packet One Networks (M) Sdn. Bhd. Hasil daripada siri ujian tersebut Mat Kecoh akan paparkan sepertimana di bawah ini:
0 Comments
![]() HARI INI Mat Kecoh nak kongsi dengan korang semua mengenai satu perkhidmatan internet mudah alih yang berlandaskan sistem generasi keempat atau 4G. Perkhidmatan ini ditawarkan oleh YTL Communications. Mat Kecoh telah menguji kelajuan internet menggunakan YES untuk memastikan adakah YES merupakan yang terbaik atau tidak. Hasil ujianya adalah sepertimana berikut: ![]() ![]() HARI ini Mat Kecoh ingin berkongsi dengan korang semua suatu maklumat yang amat berguna terutamanya kepada pengguna komputer peribadi dan komputer buku di seluruh dunia. Paling tepat lagi info ini juga berguna kepada mereka-mereka yang sukakan melayari internet dan menghabiskan masa terluang mereka di ruangan maya dan media-media sosial seperti facebook, google+, myspace, twitter dan sebagainya. Terelbih dahulu kita lihat kedudukan carta 10 Pelayar antivirus terbaik 2012: #1 Google Chrome #2 Firefox #3 Internet Explorer #4 Opera #5 Safari #6 Maxthon #7 RockMeIt #8 SeaMonkey #9 Deepnet Explorer #10 Avant Browser Mat Kecoh rasa korang semua sudah faham mengenai kedudukan carta 10 pelayar internet terbaik bagi tahun 2012, adalah lebih elok untuk Mat Kecoh menerangkan satu persatu mengenainya sepertimana di bawah ini: ![]() PENING juga kan kalau PC korang semua membuat onar, atau lebih tepat lagi PC anda mengalami beberapa ganguan sistem yang akan menganggu anda untuk melakukan kerja-kerja yang memerlukan anda semua menggunakan PC. Bermacam-macam masalah atau gangguan yang mungkin boleh menganggu sistem komputer korang, antara masalah yang popular adalah serangan virus, malware, adware dan bermacam-macam lagi serangan yang akan membuatkan korang pening kepala dengan PC korang. Ada sesetengah daripada korang semua membuat solusi segera dengan terus format komputer korang sekiranya PC korang terkena masalah-masalah yang Mat Kecoh senaraikan tadi. Tahukah anda bahawa kita tidak digalakkan untuk kerap membuat proses format sistem komputer kita. Sebenarnya ada solusi lain yang boleh digunakan dan format merupakan solusi yang terakhir untuk menyelesaikan masalah sistem komputer kita. Anda mungkin boleh menggunakan perisian Virus Removal yang popular, Malware Removal, Adware Removal dan Spy Ware Removal untuk menyelesaikan beberapa masalah berkait dengan sistem OS komputer korang. |
Mat Kecoh
Mat Kecoh yang sentiasa kecoh dengan pelbagai isu sensasi dan terkini.... Archives
September 2015
Kategori
All
|