BERSEMPENA dengan Hari Raya Aidilfitri 1438H, Mat Kecoh ingin berkongsi dengan korang semua sebuah lagu raya baru untuk sama-sama kita meriahkan sambutan Hari Raya Aidilfitri pada kali ini. Tajuk lagu ini ialah Hang Pi Raya yang dinyanyikan oleh kumpulan Khalifah. Mat Kecoh akan turut kongsikan lirik lagu ini untuk kemudahan korang semua.
LIRIK LAGU JUDUL LAGU : HANG PI RAYA ARTIS: KHALIFAH
0 Comments
![]() RAMADHAN telah berlalu pergi meninggalkan kita, kini kita berada pula di bulan Syawal 1434 Hijrah. Pada bulan inilah kita meraikan hari kemenangan kita setelah hampir sebulan kita menunaikan ibadah puasa bersama dengan amal ibadat yang menjadi penambah perisa untuk pahala puasa kita. Setelah hampir sebulan kita berperang dengan nafsu akhirnya dapat kita menyambut hari kemenangan kita dengan penuh kejayaan. Adakah puasa kita mendapat markah penuh ataupun tidak belum kita ketahui namun kita sudah berusaha untuk mencapai markah penuh namun kita hanyalah manusia biasa yang tak lekang melakukan kesalahan. Kesempatan ini Mat Kecoh ambil untuk mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, maaf zahir dan batin kepada semua pembaca atau follower setia blog Mat Kecoh yang tak seberapa ini. Mat Kecoh menyusun sepuluh jari memohon kemaafan daripada anda semua agar dapatlah anda semua memaafkan sebarang kesalahan dan kekhilafan Mat Kecoh. Kepada yang sedang leka menjamah juadah raya tu makanlah dengan elok-elok dan berpada-padalah maklum sahajalah sebulan kita berpuasa nanti perut kita 'terkejut' tak pasal-pasal pula kita berulang alik ke tandas. ![]() SALAM 1Malaysia khas buat semua pembaca dan pengikut setia blog Mat Kecoh yang tak seberapa ini, hari ini sempurna masih di bulan Hari Raya Aidilfitri yakni bulan Syawal, Mat Kecoh rasa mungkin masa yang terbaik untuk Mat Kecoh berkongsi satu resipi yang agak sinonim dengan Aidilfitri, resipi tersebut ialah Resepi Biskut Almond London. Bahan-bahan ( +/- 150 biji )
![]() CUMA tinggal beberapa hari lagi kita nak sambut Hari Raya Aidilfitri, oleh yang demikian Mat Kecoh hari ini ingin bercakap mengenai raya. Maklum sahajalah raya pun dah nak dekat ni. Cuma tinggal beberapa hari aje lagi. Di kesempatan ini Mat Kecoh ingin ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua terutamanya pembaca setia blog Mat Kecoh. Kalau ada salah dan silap harap dimaafkan maklum sahajalah Mat Kecoh ni cuma manusia biasa yang tidak lepas daripada melakukan sebarang kesilapan. Apabila kita bercakap mengenai raya sudah tentu satu perkara yang sinonim dengan raya iaitu lagu raya. Bercakap mengenai lagu raya, ada satu lagu raya yang paling Mat Kecoh minati, lagu raya tersebut ialah Cahaya Aidilfitri yang dinyanyikan oleh Black Dog Bone. Liriknya sepertimana di bawah: |
Mat Kecoh
Mat Kecoh yang sentiasa kecoh dengan pelbagai isu sensasi dan terkini.... Archives
September 2015
Kategori
All
|