![]()
BEGITU PANTAS Masa berlalu, Biarpun Ramadhan yang lalu telah berlalu pergi walaupun kita rasa baru beberapa hari yang lalu Ramadhan meninggalka kita tapi kini Ramadhan datang lagi mengunjungi kita, ketibaan bulan yang penuh keberkatan ini memang ditunggu-tunggu oleh sekalian Umat Islam di seantero dunia.
Kalau markah pahala kita di Ramadhan yang lalu sekadar cukup-cukup makan, maka Ramadhan kali ini kita hendaklah berusaha agar Ramadhan kali ini adalah yang lebih baik daripada yang telah berlalu meninggalkan kita. Mari bersama kita jadikan Ramadhan kali ini seolah-olah Ramadhan yang terakhir bagi hidup kita. Menjadi kelaziman bila tiba Ramadhan ialah di siangnya kita sama-sama menahan lapar dan dahaga di samping menjauhi perkara-perkara yang membatalkan puasa malah perkara-perkara yang boleh mengurangkan markah pahala atau ganjaran puasa tersebut, dan tidak semata-mata hanya dapat lapar dan dahaga. Dikesempatan ini, Mat Kecoh selaku insan biasa yang tidak lekang melakukan kesalah ingin menyusun sepuluh jari kepada semua pembaca blog mat kecoh ini, sekiranya sepanjang Mat Kecoh bergelar blogger ini ada kesilapan-kesilapan diri Mat Kecoh yang secara sengaja mahupun tidak sengaja yang dilakukan oleh Mat Kecoh kerana saya hanyalah Manusia biasa yang tahu tulis baca kadang-kadang terlupa watak dan perangai aku manusia.
0 Comments
![]()
HARI ini Mat Kecoh mahu berkongsi dengan korang semua sebuah gajet keluaran terbaru Samsung. Model terbaru Samsung ini menjadi kegilaan muda-mudi masakini yang ternyata begitu taksub dengan telefon pintar. Model terbaru samsung yang Mat Kecoh maksudkan ialah Samsung Galaxy S6.
Mat Kecoh berharap moga maklumat yang bakal Mat Kecoh berikan ini akan menjadi panduan berguna buat semua pembaca setia blog Mat Kecoh ini. Maklumat berkenaan telefon pintar Samsung Galaxy S6 adalah sepertimana di bawah ini: KELUARAN: Samsung Mobile TEKNOLOGI RANGKAIAN: GSM / HSPA / LTE DIMENSI: 143.4 x 70.5 x 6.8 mm (5.65 x 2.78 x 0.27 in) BERAT: 138g SKRIN: Corning Gorilla Glass 4 back panel SIM: NANO-SIM Maklumat Lanjut boleh baca di sini. VIDEO PREVIEW SAMSUNG GALAXY S6
MAT KECOH: Nanti ada modal Mat Kecoh pun nak sambar satu...hahaha
![]() JABATAN Pengangkutan Jalan atau ringkasnya JPJ merupakan sebuah jabatan kerajaan yang bertangunggjawab sepenuhnya dalam urusan berkaitan dengan pengangkutan jalan. Perkhidmatan yang ditawarkan oleh mereka adalah antaranya ialah memperbaharui lesen memandu dan memperbaharui cukai jalan selain pendaftaran nombor kenderaan. Itulah yang menjadi bidang kuasa JPJ sejak sekian lama. Hendak dijadikan cerita hari ini Mat Kecoh pergi membuat urusan memperbaharui Lesen Memandu di Pejabat JPJ Cawangan Kecil, Besut, Terengganu. Disebabkan Mat Kecoh memperbaharui lesen memandu itu lewat sebulan maka terpaksalah Mat Kecoh membayar 2 tahun pembaharuan lesen memandu, tak mengapalah ini sememangnya Mat Kecoh yang salah lagipun tak rugi apa-apa pun. Namun, apa yang Mat Kecoh tak berpuas hati ialah layanan yang diberikan oleh pekerja-pekerja di kaunter perkhidmatan JPJ ini. Kalau Mat Kecoh nak beri markah daripada 1-10, Mat Kecoh rasa layak diberi satu sahaja tu pun markah kesian. Layanan yang diberikan amatlah mengecewakan Mat Kecoh. |
Mat Kecoh
Mat Kecoh yang sentiasa kecoh dengan pelbagai isu sensasi dan terkini.... Archives
September 2015
Kategori
All
|