Mat Kecoh
  • Mat Kecoh
    • Home

Filem Bujang Terlajak

02/18/2012

0 Comments

 
Picture
ALHAMDULILLAH hari ini Mat Kecoh berkesempatan untuk mengemaskini blog Mat Kecoh. Sebenarnya beberapa hari yang lepas sudah beberapa kali Mat kecoh cuba untuk mengemaskini blog ini tetapi sepertimana kata orang kita hanya mampu merancang tuhan sahaja yang menentukan, pada masa yang lepas Mat Kecoh tidak meluangkan masa dengan blog ini kerana terlalu sibuk dengan tugas-tugas harian Mat Kecoh.

Hari ini Mat Kecoh akan berkongsi dengan korang semua satu info mengenai filem Bujang Terlajak yang telah pun ditayangkan di pawagam berhampiran anda. Walaubagaimanapun Mat Kecoh tidak berkesempatan untuk menonton filem ini di pawagam namun oleh kerana sekarang ni ASTRO telah menyediakan perkhidmatan Astro First dapatlah juga Mat Kecoh menonton filem ini.

Filem Bujang Terlajak ini diarahkan oleh Prof. Madya Abd. Razak Mohaideen yang sememangnya sudah sinonim dengan filem-filem ber'genre' komedi ini. Filem ini menampilkan tiga pelawak tanah air yang cukup terkenal iaitu Saiful Apek, Johan Raja Lawak Astro 1 dan Nabil Raja Lawak Astro 2.

Adalah menjadi satu kemestian kalau kita bercakap mengenai filem sudah tentunya perkara yang tidak boleh kita lupakan ialah Sipnopsis Filem tersebut. Sipnopsis Filem Bujang Terlajak adalah sepertimana di bawah ini:

SIPNOPSIS FILEM BUJANG TERLAJAK

Bujang Terlajak mengisahkan mengenai 3 rakan karib iaitu Saiful, Nabil dan Johan yang jatuh cinta dan bersaing antara satu sama lain untuk merebut perhatian seorang gadis bernama Puteri (Fazura).

Mereka bertiga adalah ahli silap mata profesional. Ketika membuat rakaman penggambaran sebuah iklan, mereka tertarik dengan Puteri yang menjadi model untuk iklan itu.Tiga sekawan ini mengekori Puteri sehingga mereka mengetahui yang Puteri adalah seorang guru tadika dan juga model sambilan. Bagi mengenali Puteri dengan lebih rapat, Saiful mencungkil rahsia untuk menambat hati Puteri daripada ayah Puteri yang buta, Haji Hashim (Mustapha Kamal).

Dia diberitahu Puteri ingin berkahwin dengan seorang yang kurang upaya kerana Puteri percaya bahawa dia akan mendapat cinta sejati seperti yang dialami oleh ibunya. Oleh itu ketiga-tiga mereka mula menyamar dengan niat untuk memenangi hati Puteri. Pelbagai helah mereka gunakan untuk meraih kasih Puteri termasuk menggagalkan rancangan antara satu sama lain.



Trailer Filem Bujang Terlajak
MAT KECOH: Memang kecoh betul filem ni rugi korang tak tengok tau....
 


Comments




Leave a Reply

    Mat Kecoh

    Mat Kecoh yang sentiasa kecoh dengan pelbagai isu sensasi dan terkini....

    Archives

    March 2012
    February 2012

    Kategori

    All
    Anjing
    Bank
    Bantuan Kerajaan
    Bebel Mat Kecoh
    Bsn
    Cinta
    Filem
    Filem Bujang Terlajak
    Filem Melayu
    Filem Sumpahan Kum Kum
    Government
    Hiburan
    Isu Semasa
    Jawatan Kosong
    Jpa
    Kastam
    Kebahagiaan
    Kelantan
    Kemalangan
    Kerajaan
    Kerja Kosong
    Kewangan
    Lagu Melayu
    Lirik Lagu
    Malaysia
    Minyak Masak
    Perbankan
    Perhubungan
    Perkhidmatan
    Putus Cinta
    Rumah Tangga
    Thailand
    Video Muzik
    Wayang

    RSS Feed


Create a free website with Weebly