BEGITU PANTAS Masa berlalu, Biarpun Ramadhan yang lalu telah berlalu pergi walaupun kita rasa baru beberapa hari yang lalu Ramadhan meninggalka kita tapi kini Ramadhan datang lagi mengunjungi kita, ketibaan bulan yang penuh keberkatan ini memang ditunggu-tunggu oleh sekalian Umat Islam di seantero dunia.
Kalau markah pahala kita di Ramadhan yang lalu sekadar cukup-cukup makan, maka Ramadhan kali ini kita hendaklah berusaha agar Ramadhan kali ini adalah yang lebih baik daripada yang telah berlalu meninggalkan kita. Mari bersama kita jadikan Ramadhan kali ini seolah-olah Ramadhan yang terakhir bagi hidup kita. Menjadi kelaziman bila tiba Ramadhan ialah di siangnya kita sama-sama menahan lapar dan dahaga di samping menjauhi perkara-perkara yang membatalkan puasa malah perkara-perkara yang boleh mengurangkan markah pahala atau ganjaran puasa tersebut, dan tidak semata-mata hanya dapat lapar dan dahaga. Dikesempatan ini, Mat Kecoh selaku insan biasa yang tidak lekang melakukan kesalah ingin menyusun sepuluh jari kepada semua pembaca blog mat kecoh ini, sekiranya sepanjang Mat Kecoh bergelar blogger ini ada kesilapan-kesilapan diri Mat Kecoh yang secara sengaja mahupun tidak sengaja yang dilakukan oleh Mat Kecoh kerana saya hanyalah Manusia biasa yang tahu tulis baca kadang-kadang terlupa watak dan perangai aku manusia.
0 Comments
HARI ini Mat Kecoh nak kongsi dengan korang semua tutorial khas pemasangan MyFreeView TV atau lebih dikenali dengan nama MyTV. MyTV adalah satu projek khas oleh kerajaan untuk pengalihan sistem analog sebelum ini kepada sistem digital sepenuhnya untuk kemudahan rakyat marhaen. Ramai penerima set dekoder MyTV mengadu tidak pandai untuk membuat pemasangan.
Oleh kerana Mat Kecoh memang suka untuk menolong korang semua, kali ini Mat Kecoh akan kongsikan cara-cara pemasangan MyTV dengan beberapa langkah yang mudah untuk korang semua fahami, dalam masa yang sama Mat Kecoh mahu ucapkan tahniah kepada kerajaan kerana berjaya mengadakan peralihan dari sistem analog kepada digital sepenuhnya.
POWER dan MANTAP itulah yang Mat Kecoh boleh gambarkan bila menonton video dua pasangan kembar menyanyikan lagu Aisyah diiringi oleh petikan gitar, namun Mat Kecoh tidak mengetahui samaada pemetik gitar tersebut adakah Ayah mereka berdua atau tak dan tidak pasti juga apakah hubungan di antara pemetik gitar tersebut dengan pasangan kembar terbabit.
Khabarnya pasangan kembar ini berasal dari Sandakan, Sabah Malaysia. Video mantap pasangan kembar ini telah dimuat naik ke laman video yang tidak kurang popularnya di kalangan netizen-netizen negara kita. Korang semua patut bangga dengan bakat yang ada pada dua kanak-kanak riang ribena ini kerana video mereka di dalam Youtube telah mencapai 75, 500 tontonan setakat artikel ini ditulis. \ Korang semua mungkin tak sangka yang pasangan kembar ini begitu berbakat besar sehinggakan suaranya setanding dengan penyanyi yang lebih usianya daripada mereka berdua. Mat Kecoh berharap ada pihak yang berminat untuk membawa bakat yang ada pada mereka pergi lebih jauh lagi.
TANGGAL 31 OGOS 1957 negara kita Merdeka. Oleh kerana kita sekarang berada di bulan kemerdekaan yakni Ogos Mat Kecoh ingin berkongsi dengan korang semua info tentang salah seorang tokoh yang berkaitan dengan kemerdekaan negara kita. Orang yang Mat Kecoh maksudkan ialah Leftenan Adnan atau Leftenan Adnan Saidi.
Adnan bin Saidi (Jawi: آدنان بن سيدي; 1919 - 14 Februari 1942) adalah seorang askar Malaya dari Briged Infanteri Pertama yang bertempur dengan Jepun dalam Pertempuran Singapura. Dia dianggap oleh rakyat Singapura dan rakyat Malaysia hari ini sebagai wira untuk tindakannya di Pertempuran Bukit Chandu untuk Pasir Panjang. Nama beliau juga merupakan nama untuk Kenderaan Pertempuran Infantri Malaysia (MIFV). Kehidupan Peribadi Adnan dilahirkan di Sungai Ramal berhampiran Kajang, Selangor, seorang muslim keturunan Minangkabau. Dia adalah anak sulung di seluruh keluarganya. Saudaranya, Ahmad Saidi dan Amarullah Saidi, juga askar. Ahmad terbunuh dalam tindakan selepas kapalnya, HMS Pelanduk, ditenggelamkan oleh orang Jepun dalam perjalanan ke Australia. Amarullah selamat dari perang dan kini tinggal di Kajang, Selangor. Adnan telah berkahwin dengan Sophia Pakir, seorang guru agama Islam. Dia meninggal dunia pada tahun 1949. Mereka mempunyai seorang anak perempuan, yang meninggal dunia tidak lama selepas kelahiran, dan dua anak lelaki: Mokhtar Adnan, yang kini tinggal di Seremban, dan Zainudin Adnan, yang tinggal di negeri Johor.
HARI ini Mat Kecoh ingin bercakap mengenai kekecohan yang berlaku semasa berlangsungnya program Nothing2Hide 2.0 yang berlaku dengan tragis siang tadi. Insiden yang berlaku di luar dugaan itu telah mencemarkan majlis ilmu yang sepatutnya boleh dijalankan dengan suasana yang harmoni, aman dan damai namun sebaliknya yang terjadi apabila suasana program itu bertukar kecoh selepas sahaja Tun Dr. Mahathir Mohd menjawab soalan peserta program berkenaan dengan Tragedi Memali.
Berdasarkan pemerhatian Mat Kecoh, insiden luar kawal tersebut berlaku adalah 'sesuatu yang telah dirancang' dan mempunyai unsur sabotaj untuk mengagalkan matlamat program tersebut. Apa yang Mat Kecoh dapat ramalkan ialah selepas ini program seumpama ini tidak akan dibenarkan lagi atas alasan insiden ini sepertimana apa yang dicakapkan oleh jurucakap Polis yang mendakwa pihak pengajur gagal di dalam menyediakan kawalan keselamatan. Mungkin selepas ini, alasan ini akan digunakan untuk mengharamkan program seumpama ini, dan mungkin juga permit untuk program ini tak lama lagi tidak akan dibenarkan hanya dengan menggunakan alasan ini. Ini bermakna 'insiden' ini sengaja dirancang untuk sabotaj program ini dengan harapan selepas ini tiada lagi program-program seumpama ini dapat diadakan. Mat Kecoh geram betul kepada mereka yang terlibat dengan usaha-usaha untuk sabotaj program ini, kenapa mereka takut sangat dengan program ini sehinggakan sanggup melakukan 'sabotaj' terhadap program ini. Adakah mereka takut kedudukan mereka akan tergugat sekiranya program ini terus diadakan? Mat Kecoh berharap program seumpama ini harus dibenarkan lagi diadakan bagi meniupkan semangat demokrasi di negara kita ini, dalam masa yang sama menggesa orang-orang yang terlibat di dalam usaha-usaha untuk mensabotaj usaha ini di bawa ke muka pengadilan.
BOCEY sebuah kumpulan lawak jenaka yang cukup terkenal masa kini. Kalau cakap Abam Bocey sudah tentunya ramai yang mengenalinya. Kemampuan kumpulan Bocey dalam membuat lawak-lawak yang akan membuat korang semua tidak kering gusi menontonya. Malah antara kelebihan kumpulan Bocey ialah mampu membuat lawak jenaka bercorak muzikal bukan sahaja korang semua akan terhibur dengan lawaknya malah suara mereka yang lunak juga menambahkan umpphh yang ada bagi kumpulan ini.
Kumpulan Bocey pada asalnya dilahirkan di rancangan realiti tv yang dikendalikan oleh stesen tv swasta yang cukup terkenal tanah air iaitu TV3, salah sebuah subsidiari Media Prima menerusi rancangan Bintang Mencari Bintang. Selepas mencapai kejayaan di dalam rancangan Bintang Mencari Bintang mereka terus mencuba nasib dengan menyertai Maharaja Lawak Mega yang dikendalikan oleh pihak ASTRO. Dari situlah bermulanya beberapa kisah-kisah kejayaan mereka sehinggakan mereka menjadi popular bukan sahaja lawaknya yang bersahaja malah suara mereka yang lunak merdu yang mampu membuatkan korang semua terpukau apabila menontonya. Kali ini Mat Kecoh memilih untuk berkongsi dengan korang semua Video Bocey To Moment sepanjang mereka berada di dalam rancangan Maharajalawak Mega 2017. Mungkin video ini sedikit sebanyak dapat memberi sokongan moral buat Bocey sepanjang perjalanan mereka sejak bergelar Maharaja Lawak ini.
HEBAT, MENARIK. SANGAT BAGUS entah apa lagi yang mat kecoh nak cakap tentang kehebatan 5 remaja yang cover lagu Despacito dengan suara yang mempunyai kelas penyanyi dunia atau antarabangsa. Kehebatan 5 remaja ini memang sepatutnya diakaui. Mat Kecoh berharap lebih banyak lagi bakat-bakat dalam dunia seni suara ini diketengahkan pada masa-masa yang akan datang.
Korang semua jangan dengki pulak dengan bakat-bakat yang ada pada mereka berlima ni. Korang semua kena akur yang bakat itu Anugerah Allah jadi jangan berlagak pandai nak kecam mereka. Biarkan mereka ingin tonjolkan bakat mereka kerana tiada gunanya sekiranya bakat itu hanya dipendam semata-mata. Despacito satu lagu yang memang menghiburkan, Mat Kecoh percaya hampir semua dari korang semua adalah peminat lagu ini. Jadi alang-alang Mat Kecoh dah kongsi video 5 remaja cover lagu Despacito ini adalah lebih baik Mat Kecoh pun turut sama kongsikan lirik lagu Despacito.
MUNGKIN korang semua dah tahu mengenai majalah Mastika yang sentiasa memuatkan cerita-cerita seram berunsur mistik. Mungkin ada di antara korang semua adalah peminat majalah mastika. Mat Kecoh sendiri pun sebenarnya penggemar majalah mastika namun sejak akhir-akhir ini sahaja Mat Kecoh kesuntukkan masa untuk mendapatkan majalah tersebut.
Baru-baru ini Mat Kecoh mendapat maklumat bahawa beberapa cerita dari Mastika akan diterbitkan dalam bentuk siri TV. Siri Cerita dari Mastika ini ditayangkan di saluran Astro Prima dan Astro Maya pada setiap hari rabu jam 10.30 malam. Jadi jangan lupa simpan dalam jadual tontona korang semua tau bagi yang minat la....bagi yang tak minat tu dok diam-diam je lah jangan nak menyampuk nanti kena sampuk...hehehe. Kali ini Mat Kecoh akan berkongsi dengan korang semua salah satu episod dari siri Cerita Dari Mastika. Episod tersebut ialah Episod Pertama yang bertajuk Ratah Janin Sendiri. Jadi bersama-samalah kita tonton siri tv ini moga korang semua terhibur. TERENGGANU sebuah negeri cantik dan budaya dia menarik. Apabila berkunjung ke negeri ini sudah tentu makanan yang sinonim dengan Terengganu adalah Nasi Dagang. Namun sebenarnya ada lagi satu menu yang juga sinonim dengan Terengganu. Menu tersebut adalah Nasi Goreng Ikan Terengganu. Nasi goreng ini memang lazat namun korang semua susah dapat jumpa di kedai-kedai makan kerana biasanya menu ini kebanyakkan menjadi hidangan di rumah semata-mata. Kelazatan Nasi Goreng Ikan ini sememangnya tiada tolok bandingnya, malah mungkin kalau korang semua cuba makan nasi ini mungkin korang semua tak cukup kalau setakat makan sepinggan dua kerana menu ini tidak 'muak' malah yang tak berselera untuk makan sebelum ini akan menjadi berselera apabila menjamah menu ringkas tetapi lazat ini. Nasi Goreng ini sememangnya popular di kalangan suri-suri rumah sepenuh masa di negeri Darul Iman ini, negeri dimana letaknya pembuat kapal tersohor yang tinggal di Pulau Duyung, Kuala Terengganu. Menu ringkas tapi lazat ini ternyata menjadi kesukaan ramai termasuklah Mat Kecoh sendiri. Bila Sebut Nasi Goreng Ikan Terengganu ini mulut dah berasa berair kerana tak sabar untuk menikmati menu istimewa ini. Oleh yang demikian, Hari Ini Mat Kecoh memilih untuk berkongsi resipi menu yang berasal dari Terengganu ini.
POPULARITI sesebuah website itu biasanya kita ukur dengan kehadiran trafik yang melayari website tersebut. Terdapat bermacam cara untuk meningkatkan bilangan pengunjung ataupun trafik ke website anda, bagi yang berkemampuan bolehlah menggunakan khidmat pengiklanan Google Ads ataupun Facebook Ads dengan sedikit kos bayaran.
Namun, ada juga cara yang tidak memerlukan korang semua mengeluarkan bayaran. Hari ini Mat Kecoh akan berkongsi dengan korang semua berhubung caranya untuk mendapatkan trafik yang lebih tinggi ke website korang semua. Terlebih dahulu Mat Kecoh memberi amaran kepada korang semua cara ini tidak sesuai untuk website yang mempunyai iklan Google Adsense kerana ia mungkin akan mengakibatkan akaun Google Adsense anda di banned. Walaupun, Website yang mempunyai iklan Google Adsense boleh dimuatkan ke dalam fungsi-fungsi lain yang ada disediakan oleh EasyHits4u. Hanya fungsi Autosurf sahaja tidak boleh letak iklan Google Adsense bagi mengelakkan anda dihukum oleh Google. |
Mat Kecoh
Mat Kecoh yang sentiasa kecoh dengan pelbagai isu sensasi dan terkini.... Archives
May 2019
Kategori
All
|