SALAM 1Malaysia khas buat semua pembaca dan pengikut setia blog Mat Kecoh yang tak seberapa ini, hari ini sempurna masih di bulan Hari Raya Aidilfitri yakni bulan Syawal, Mat Kecoh rasa mungkin masa yang terbaik untuk Mat Kecoh berkongsi satu resipi yang agak sinonim dengan Aidilfitri, resipi tersebut ialah Resepi Biskut Almond London. Bahan-bahan ( +/- 150 biji )
0 Comments
CUMA tinggal beberapa hari lagi kita nak sambut Hari Raya Aidilfitri, oleh yang demikian Mat Kecoh hari ini ingin bercakap mengenai raya. Maklum sahajalah raya pun dah nak dekat ni. Cuma tinggal beberapa hari aje lagi. Di kesempatan ini Mat Kecoh ingin ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua terutamanya pembaca setia blog Mat Kecoh. Kalau ada salah dan silap harap dimaafkan maklum sahajalah Mat Kecoh ni cuma manusia biasa yang tidak lepas daripada melakukan sebarang kesilapan. Apabila kita bercakap mengenai raya sudah tentu satu perkara yang sinonim dengan raya iaitu lagu raya. Bercakap mengenai lagu raya, ada satu lagu raya yang paling Mat Kecoh minati, lagu raya tersebut ialah Cahaya Aidilfitri yang dinyanyikan oleh Black Dog Bone. Liriknya sepertimana di bawah: Hari ini Mat Kecoh ingin berkongsi korang yang mungkin boleh menghiburkan korang semua dikala korang sunyi sepi dan rasa boring meningkat dalam diri korang sendiri. Sebuah lagu yang syahdu dan menyentuh kalbu sesuai untuk jiwa korang semua, mungkin juga ia boleh dijadikan terapi muzik buat korang semua. Lagu yang Mat Kecoh maksudkan ialah Aku Suka Dia yang dinyanyikan oleh seorang penyanyi yang baru meningkat naik dan juga boleh dikatakan cantik dan menarik dan boleh membuat sesiapa sahaja yang tertarik padanya ditambahan pula dengan suaranya yang merdu dan penuh kesyahduan. Ianya tak lain tak bukan siapa lagi kalau bukan Aina Tasneem. Mat Kecoh rasa sebelum korang menonton video muzik lagu tersebut, adalah lebih elok korang mendalami dan menghayati baitt-bait lagu yang cuba disampaikan sepertimana yang ditunjukkan di dalam lirik lagu tersebut di bawah ini: HARI ini Mat Kecoh ingin berkongsi dengan korang semua suatu maklumat yang amat berguna terutamanya kepada pengguna komputer peribadi dan komputer buku di seluruh dunia. Paling tepat lagi info ini juga berguna kepada mereka-mereka yang sukakan melayari internet dan menghabiskan masa terluang mereka di ruangan maya dan media-media sosial seperti facebook, google+, myspace, twitter dan sebagainya. Terelbih dahulu kita lihat kedudukan carta 10 Pelayar antivirus terbaik 2012: #1 Google Chrome #2 Firefox #3 Internet Explorer #4 Opera #5 Safari #6 Maxthon #7 RockMeIt #8 SeaMonkey #9 Deepnet Explorer #10 Avant Browser Mat Kecoh rasa korang semua sudah faham mengenai kedudukan carta 10 pelayar internet terbaik bagi tahun 2012, adalah lebih elok untuk Mat Kecoh menerangkan satu persatu mengenainya sepertimana di bawah ini: FILEM yang masih baru di pawagam pada hari ini ialah filem daripada genre seram yang bertajuk "Momok jangan cari Pasal", filem ini mungkin juga boleh dikatakan seram komedi berdasarkan apa yang telah Mat Kecoh tonton sebelum ini. Filem ini sebenarnya diarahkan oleh M. Jamil. Antara pelakon-pelakon yang membintangi filem ini ialah Wan Raja, Sharifah Sheril Aida, Myza Aryqa, M. Jamil dan juga Ruminah Sidek. Sebelum kita terus melalut ke lain, adalah lebih elok Mat Kecoh mengulas sedikit berkenaan filem ini. Terlebih dahulu Mat Kecoh nak mohon maaf kat M.Jamil, namun adalah lebih baik Mat Kecoh berterus terang daripada menyembunyikan apa yang benar demi untuk menjaga hati M.Jamil. Adalah diharap M. Jamil dapat menerima ulasan Mat Kecoh ini seadanya dan anggaplah ia kritikan yang membina. PENING juga kan kalau PC korang semua membuat onar, atau lebih tepat lagi PC anda mengalami beberapa ganguan sistem yang akan menganggu anda untuk melakukan kerja-kerja yang memerlukan anda semua menggunakan PC. Bermacam-macam masalah atau gangguan yang mungkin boleh menganggu sistem komputer korang, antara masalah yang popular adalah serangan virus, malware, adware dan bermacam-macam lagi serangan yang akan membuatkan korang pening kepala dengan PC korang. Ada sesetengah daripada korang semua membuat solusi segera dengan terus format komputer korang sekiranya PC korang terkena masalah-masalah yang Mat Kecoh senaraikan tadi. Tahukah anda bahawa kita tidak digalakkan untuk kerap membuat proses format sistem komputer kita. Sebenarnya ada solusi lain yang boleh digunakan dan format merupakan solusi yang terakhir untuk menyelesaikan masalah sistem komputer kita. Anda mungkin boleh menggunakan perisian Virus Removal yang popular, Malware Removal, Adware Removal dan Spy Ware Removal untuk menyelesaikan beberapa masalah berkait dengan sistem OS komputer korang. TELAH lama juga Mat Kecoh tidak mengemaskini blog ini, maklum sahajalah sejak kebelakangan ini Mat Kecoh terlalu sibuk tambahan pula dua hari lepas Mat Kecoh diserang demam. Adoi letih juga demam bulan puasa ni, walaubagaimanapun Mat Kecoh telah menggalas cabaran ini tingkatkan semangat untuk terus beribadat walaupun diserang demam yang kuat. Pejam celik pejam celik sudah empat hari kita berpuasa, ini bermakna cuma tinggal 24 hari lagi untuk meneruskan ibadat puasa. Sudah dua hari Mat Kecoh diserang demam teruk, tak tahulah kenapa mungkin dua hari lepas masa pergi terawikh Mat Kecoh ditimpa hujan semasa dalam perjalanan. Namun, Mat Kecoh tetap kuatkan diiri untuk terus melaksanakan ibadat puasa walaupun tubuh Mat Kecoh sudah tidak bermaya, malah seluruh sendi-sendi Mat Kecoh terasa lenguh, tapi Mat Kecoh kuatkan semangat untuk meneruskan ibadat tersebut. |
Mat Kecoh
Mat Kecoh yang sentiasa kecoh dengan pelbagai isu sensasi dan terkini.... Archives
May 2019
Kategori
All
|